Saturday, December 31, 2011

Eh tahun baharu

Apa erti tahun baharu kalau korupsi masih berleluasa
Apa erti tahun baharu kalau yang papa masih terus meminta
Anak muda tenggelam dengan hendonisma nya
Orang tua masih sibuk ingin menjadi kaya maksima

Apa erti tahun baharu kalau pemikiran masih di takuk lama
sampaikan cacing difitnahnya menjadi naga
Apa erti tahun baharu kalau ideologi menjadi berhala
umpama ltta dan uzza yang berperut buncit pendek katik terdiam sahaja

Manusia dan hewan bezanya cuma nama
tindak tanduk nya persis sahaja
Kata si darwin manusia dari beruk mungkin ada benarnya
Mana tak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi dalca

Tahun lepas,tahun kelmarin dan tahun ini masih sama
Bezanya cuma sebilangan angka
Dunia semakin parah dengan angkara
tangan tangan si beruk manusia



selamat datang tahun gajah versi modeneka



Tuesday, December 20, 2011

Walrus

Tengah gua sedap sedap online fesbuk adik gua bagi link,link untuk webcam katanya,senang.....tak perlu bayar bil maupon credit boleh tengok muka ibu ayah gua live dalam skrin komputer.Gua pon atas kepercayaan yang adik gua ni handal bab IT ni gua pon dengan tanpa was was tekan link tu.Menakjubkan bila gua berjaya video call dengan adik gua dan ibu ayah gua.Dalam tengah gua live call tu gua ambik dua batag toothpick,sendal kat kiri dan kanan bibir gua,bukan apa...nak bagi funny lah kononnya,"eh along cute lah,macam walrus"damn !!! itu benda pertama yang terpacul dari mulut adik gua,gua syak adik gua ni memang tak carum insuran untuk mulut dia nih.....peh,bukan itu sahaja,usai ber video call,gua try chat dengan beberapa orang makwe,yang herannya semua makwe hairan sebab naik link berbunyi " we can now see each other on facebook facebook chat http://vidone2one.com/ghg6027 ".Tak pasal pasal gua dah kena hinggap dengan pepijat nih.Siap dia ambik alih browser google chrome gua kepada browser yang tak bes.Ini boleh buatkan gua marah,jangan sampai gua terpaksa jugak buat video ludah meludah macam abang abang panglima perang......haru nanti !!!!

Saturday, December 17, 2011

Fragile





"Laki-laki itu lebih kuat dari batu,lebih kukuh dari waja TETAPI laki-laki itu lebih rapuh dari setangkai bunga mawar"

Friday, December 16, 2011

Gambar terbengkalai






p/s : when we miss something.....means......its far from us now

Tuesday, December 13, 2011

Inovasi


Gua masa pergi pesta pulau pinang hari tu ada beli keropok,pakej keropok tu rm 10 berserta sepaket cumi dah nak expired.Gua yakin kalau lu panggil budak budak sekarang lu cakap kenal tak cumi ni,kompem sepatah haram depa tak tahu.Memandangkan gua takde peti ais,housemate gua pon cadangkan yang cumi ni diletakkan di sekitar sinki agar kesejukan aliran air dapat menyejukkan cumi ini tadi.Kadang kadang gua rasa idea housemate gua ni taraf taraf idea pesakit wad gila tanjung rambutan pon ada...apasal tak cakap rendamkan aje dalam mangkuk tandas,lagi bernas ye dak?

Wednesday, November 30, 2011

Misteri Nusantara Vol 1

Gua bersiaran secara lansung dari ruang tamu rumah gua,feel jugak rupanya update blog depan tivi nih.Gua sebenarnya baru balik dari kedah,bukan apa,gua temankan housemate gua pegi jumpa orang untuk tengok tengokkan henpon dia yanng hilang semalam.Gua pon bkn percaya dgn bomoh bomoh nih.Tapi dah member ajak kan,gua pon follow je lah.

sempat jugak gua tengok bomoh ni beraksi,dah macam cerita jangan pandang belakang dah gua tengok,peh peh peh.Yang paling style skali bila bomoh tu ckp yg henpon tu ada lagi dalam rumah nenek member gua tadik.Sah la org dalam rumah punya kerja jugak."dah banyak budak ni ambik"kata bomoh tu."budak kalau dah amik ubat payah"kata bomoh tu lagik...peh handal gak bomoh ni main teka teki.Gua syak kalau masuk pertandingan teka teki kompem boleh jadi champion.

jadi kawan gua ckp yang dia just nak mintak budak tu pulangkan balik je henpon dia,bukan apa...katanya nak bagi lesson supaya budak ni beringat pas ni jangan sesuke ambik barang orang lagik.Kata orang baru buku bertemu ruas kan.Dalam seminggu insyaALLAH lah barang tu akan dipulangkan kata bomoh tu tadi.Jadi kita tengok apa akan jadi pasni.....

dengarnya budak tu akan tak senang duduk,rasa panas selagi tak pulangkan henpon tu.Hurm...gua buat muke plai je sambil cucuh sebatang Marlboro light.Gua sedut dalam-dalam hembus buat bentuk O.santai dowh


-bersambung-

Tuesday, November 29, 2011

KUCHA-Lana

Gua dah sebulan tak update blog,bukan apa,banyak sangat benda yang berlaku hujung-hujung tahun ni,sejak dari jemput parent gua balik haji aritu life gua sedikit kucha lana.....pindah rumah lah,ada training lah,ke sana sini lah,orang nak mintak edit gambar lah,pertandingan lah,pendek kata hidup gua ni memang agak pack sikit.Baru hari ni gua dapat settle down skit,boleh update blog.

semalam masa gua duplicate kunci rumah baru,baru gua perasan yang gua punya kunci dah semakin banyak,dan setiap satunya merupakan kunci yang sentiasa gua gunakan dalam kehidupan gua,kunci rumah,kunci moto,kunci drawer,kunci lab,kunci loker,eh dah macam tukang kunci dah rupenyer.Gua syak semakin kau orang meningkat dewasa semakin banyak lah kunci yang bakal berada dalam gugusan pegangan kau,bukan apa,ia indicated yang kau ini semakin besar,semakin ada tanggungan,tanggungjawab dan amanah yang diberikan utk kau galas.

peh,kalau begitu lah gayanya,kau agak berapa banyak kunci yang najib ada?

Wednesday, November 9, 2011

Ustazah Pilihan

Gua masa balik kampung jenguk adik adik gua tempoh hari, gua banyak habiskan masa menonton tibi.Selalu yang akan teman gua tengok tibi adalah opah gua yang umur dia baya baya Marilyn Monroe .Selalu nya rancangan yang gua akan layan sudah pastilah siaran Astro Oasis yang bercorak islamik sikit.Bukan apa,agak agak la kan,tak kan gua nak layan cerita katun maupon program program berunsur freemanson plak dengan opah gua ye dak?.Rancangan yang paling opah gua suka adalah rancangan ustazah pilihan.Maklumlah,orang-orang tua kan,seronok la tengok makwe makwe muda yang tertib,sopan,beradap,dan yang paling penting berhijab dan agak pandai perihal selok belok ugama ni.Tengah gua sedap sedap layan ustazah pilihan opah gua kasi siren pada gua"bagus jugak kan kalau dapat bakal cucu menantu yang ustazah ni,bukan apa,kita ni banyak yang tak tahu nya" peh peh peh.

gua syak ayat penyata nih memang dituju khas pada gua nih,yelah tak kan lah dia nak tujukan ayat ni pada adik gua yang perempuan tu,dia bukan nya geng puak puak Ambiga yang sokong pesta seksualiti merdeka pon.Lagi mustahil lah opah gua tujukan ayat tadi pada adik bongsu gua yang lelaki tu,dia tu dah la baru lepas UPSR,kencing pon nak gua temankan lagi,mana mungkin kan. Jadi gua beranggapan yang ayat ni memang khas dituju pada gua.

Gua rilek rilek ajer,gua bangun pergi dapur telan segelas dua air,lepas tu gua duduk balik sebelah opah gua,"along ada simpan jambang nih opah,agak agak boleh dapat tak kalau nak try ejas ustazah buat cucu menantu sorang?",opah gua berpaling tengok muka gua yang berjambang,sambil senyum menyerlahkan giginya yang gua nampak ada yang sudah lompong susunannya.Dengan orang orang veteren ni mana boleh nak jawab secara face to face and face off ye dak?,mau jap lagi opah gua keluar hadis 40 maupon kuliah ugama versi masa tambahan karang,mau sawan gua dekat situ jugak gua rasa.Jadi baik gua layankan ajer......setel

Sunday, October 30, 2011

Bisnes

Semenjak ibu dan ayah gua ke makkah untuk menunaikan rukun islam yang ke 5 ada dua tiga ekor kutu request kat gua mintak ejas sekilo dua kurma maupon kismis combo pakej dengan air zam zam sebotol.Eh ape diorang ingat gua ni bukan francais macam kepsi maupon mekdi ke jual jual benda ni.Bila gua tanya untuk apa,dia orang kata nak makan untuk bagi terang hati,mudah untuk belajor katanya.Gua dah kabor pada ayah gua mintak tapau air zam zam dengan tamar banyak-banyak untuk bawak balik kesini.Bukan apa,atas permintaan yang memberansangkan gua nak bukan bisnes kombo tamar,kismis,serta air zam zam khusus untuk sape sape yang berhajat nak terangkan hati yang dah malap.Pasal harga,jangan risau....boleh nego !!!!!.SEKIAN

Wednesday, October 26, 2011

Sarapan di SG petani.....Lunch di Penang.....tea time di Alor Setar



Gua awal pagi lagi dah bangun,awal pagi lagi dah bertolak ke Kedah....sarapan di Sungai Petani,tapi atas sebab tertentu kena revert ke Penang smula,lepas zohor gegas ke Alor Setar semula.Maaf ini bukan job ketip gambar orang kawen,ini charity untuk member member kawen.Kawan punya pasal,apa ada hal kan?

Tuesday, October 25, 2011

Perkahwinan itu dalam kepala otak gua bukan nya satu trend

Umur gua semakin bertambah,dari hari ke hari,bulan ke bulan,sampai gua tak sedar yang tahun depan gua akan masuk kumpulan akhir 20 an.Jadi trend baya baya umur gua ini selalunya adalah kerja dan Kahwin.Ianya macam satu pathway yang perlu diikuti oleh seorang lelaki normal,maupon wanita normal.Siapa yang tak mahu berkahwin,semua orang nak berkahwin,ye dak?.Senang cakap kalau gua pergi mana mana kenduri orang kahwin,orang bertunang,hatta kenduri doa selamat pun orang akan tanya "bila nak kahwin".dan jawapan padu dari gua tentulah "belajar pon tak habis lagi".

Gua ingat lagi,masa ibu ayah gua amik gua di lapangan terbang masa gua baru saja tammat belajar dulu,dalam kereta lagi ibu gua dah tanya "along tak ada calon ke nak hantar tanda".Ayah gua pulak tambah lagi "bukan apa,umur macam kau ni dah boleh cerita benda macam ni,belajar pon dah habis".Gua senyap aja,tengok luar tingkap kereta.Ibu ayah bukan main exited lagi nak suruh gua berbini,tapi gua ni ada planning gua sendiri.Gua bukan tak nak kahwin,cuma ada benda yang nak tangkap dulu sebelum gua tangkap anak orang.Lagipon gua tengok kerja dan kahwin pada masa tu sama macam gua tengok kuih donut yang tak ada lumuran gula di keliling dia,plain...macam tak complete orang kata.

Paling klimaks sekali bila gua dengan ayah gua drive balik kampung untuk ziarah nenek gua,dalam kereta dia ada tanya gua,apa plan gua lepas ni.Gua cakap yang gua nak sambung belajar lagi.Dia tanya gua "kenapa tak nak kerja,kenapa nak belajar lagi?" Gua senyum,gua cakap dengan dia yang gua tak nak hidup gua komma maupon noktah.Gua tengok muka ayah gua dah berkerut kerut,tak faham dengan jawapan gua barangkali. "kalau along kerja lepas ini,along akan kahwin,kemudian along akan ada anak mungkin,akan ada keluarga,akan settle life,dan mungkin 10,20,30 tahun mendatang ianya tetap sama,itu noktah bukan?" Ujar gua.Ayah gua cakap "tapi lepas kerja kan boleh sambung?"."lepas kerja berapa lama perlu menunggu? setahun,dua tahun,10 tahun baru kemudiannya boleh sambung?itu pula komma bukan?"Balas gua.Gua tak nak nanti 10  tahun kemudian kawan kawan gua sudah maju kedepan,tapi gua masih di tempat yang sama.....masih di takuk yang sama....seolah macam berlari 10 meter,gua berjaya lari sampai 5 meter,kemudian gua hanya berlari setempat sahaja,penyudahnya gua tak kemana mana....kekal disitu sahaja...sampai bila?.

pada gua, kehidupan pada takrifan gua bukan hanya kerja kahwin ada anak,ada cucu dan tunggu mati.Pada gua life is more than that.Bukan bermakna gua tak nak kahwin tak nak kerja tak nak ada family.Cuma buat masa ini perkara itu bukan matlamat utama gua lagi.Yelah apa yang gua buat sekarang ni sikit banyak untuk bakal bini dan anak gua jugak nanti,paling tidak kalau sekarang ni gua boleh makan mekdi maupon kepsi in future mereka pon boleh gua suapkan sekali,tak gitu?.Kepada Ibu dan ayah gua yang gua sayang gila babi, tunggulah sedikit masa lagi,bersabarlah....gua bukannya sempurna,tapi gua cuba untuk jadi sesempurna boleh.....tunggu gua,dan pasti ianya akan berbaloi insyaALLAH.Bak kata kawan gua,"megat kau rileks,sekarang ni kau ibarat bermain daun terup,kau biarkan orang lain letakkan kad kad mereka,dan kau hanya lihat sahaja,tunggu...sampai masanya kau letakkan kad SPADE kau,kad terhebat kau.....pasti kemudiannya kau yang akan mengawal permainan dan kemenangan itu akan ada dalam poket poket kau".

setiap orang ada plan sendiri,gua tak kesah lu kerja ke,belajar ke,mengganggur ke,asalakan lu ada sebab mengapa lu buat begitu, itu sudah baik......jangan kau buat sesuatu itu disebabkan ianya satu trend orang dewasa dan hanya ikut ikutan agar kau nampak normal sudah,bukan apa kita semua sudah besar,sudah dewasa,jadi setiap keputusan yang kita buat itu perlu ada rasional di sebaliknya okei !!!!






p/s: Life is the summary of all the things  you have done during  life......which, today steps is for tomorrow history 

Wednesday, October 19, 2011

Sweet itu Manis,dan boleh jadi kemudian DIABETICS

Gua sebok sikit dua tiga hari ni,sebuk dengan tugasan pejabat.Tugasan pejabat dalam takrifan gua bukan lah sibuk menyiapkan laporan meeting dan merencana arah tuju syarikat,tetapi lebih kepada penyediaan paperwork utk geran juta juta dan buat slaid show persembahan untuk bos gua ke bandung nanti.Tu belum kira lagi kerja nak menanda laporan amali student  lagi.

gua sebenarnya dari dulu lagi wondering tentang takrifan sweet bagi golongan makwe-makwe nih,gua tak tahu apa definisi sweet pada dia orang,sebab pada perspektif lelaki mungkin sweet ini sesuatu yang sungguh amazing,walhal bagi golongan makwe kalau kau berjaya buat sesuatu benda yang kecil pun ia dah dikira sweet.Kita ambil contoh,katakan seorang lelaki bagi sms ucapan selamat pagi dengan ayat "hari ini matahari sungguh menyinar,sama cantiknya macam senyuman awak!!!! gud morning"mungkin ada sesetangah makwe katakan wish sebegini adalah sweet,sedangkan pada golongan lelaki pulak ini adalah ayat lelaki yang mengjengkelkan.Pada gua pulak,bagi seorang lelaki,kau akan nampak sweet bila kau ajak makwe kau keluar,dan katakan kau nak belikan sesuatu untuk mak kau,kemudian bila kau dah beli,dah balut cantik cantik kau katakan yang ianya untuk makwe kau,dan kemudian dia akan stunned !!!! oh itu sweet pada gua. Ataupun kau buat buat lupa hari lahir si dia,dan suddenly kau hantarkan hadiah yang dia inginkan melalui pos,dan dia juga tak expect ianya dari kau,sweet juga pada gua.Contoh lain katakan kau tanya makwe kau lagu apa yang dia suka,dan ketika itu juga kau nyanyikan lagu itu secara live tanpa peduli pitching kau lari ke laut, itu sweet bukan?

jadi mungkin pada lelaki sweet ini adalah sesuatu perkara yang kau lakukan sampaikan makwe makwe amazed dgn tindakan kau,nak lagi sedap kalau dia sampai speechless,kalau kau buat begitu memang win lah orang kata, awesome geng !!!.Orang perempuan ni pada gua dia menilai sesuatu kemanisan (sweet) itu secara quantitative tanpa mengira besar atau kecil kemanisan itu,tak kesah lah kau nyanyi pitching ke laut ke,kau hanya bagi bunga tahi ayam ke,maupon kau wish dia dengan ayat ayat manis.Ianya adalah sama,ianya sweet.Bebeza dengan lelaki yang menilai kemanisan itu dari segi qualitative aspek.Qualitative aspek ni adalah seperti kau buat sesuatu yang betol-betol menyebabkan lelaki itu rasa kau menghargai dia,dan kau betol betol ingin dia tahu that he is really a someone for U !!!.Senang cerita lelaki ini nak kau treat dia lain dari kau treat lelaki lelaki lain,alah macam limited edition la lebih kurang.

tetapi,semua orang tidak sama penilaian nya,mungkin pada makwe makwe yang bercitarasa tinggi kau kena belikan dia set kasut jimmy choo maupon tas tangan Luis Vuitton baru dia akan rasa kau ni sweet,tetapi pada makwe makwe yang regular mungkin cukup kalau kau dendangkan dia lagu dan petikan gitar untuk dia sebelu tidur sudah memadai. Bagi lelaki pulak,kalau kau spend masa dengan dia untuk tengok bola sepak bersama dekat kedai mamak itu dah cukup sweet barangkali.Kalau nak lagi champion,kau masakkan makanan kegemaran dia,kompem dia akan rasa kau ni makwe yang paling sweet.

Pada gua pula,sweet ni mudah je takrifan dia,kalau kau belikan 2 kon aiskrim,satu untuk kau dan satu untuk gua,kemudian kita sama sama makan di atas tembok batu maupon di atas rooftop bagunan sambil melihat hiruk pikuk dunia, itu sangatlah sweet pada gua,sweet dia sama macam dalam dunia ini tiada lagi hidupan lain, yang ada hanyalah kau dan gua bersama dan masa seolah olah berhenti kemudiannya,noktah.

Friday, October 14, 2011

Flare,botol air,kerusi,mercun dan bola sepak

kalau menonton bola sepak di stadium empat perkara dia atas memang tak boleh dipisahkan,bagai isi dengan kuku.Gua tengok bola tadik,perlawanan antara selangor dan perak,perlawanan ok,cuma biasalah penyokong mula bakar flare,mercun,dan campak kerusi ke padang,pada gua ia adalah perkara biasa dalam bola sepak,barulah hype orang kater.Pengulas dah mula mempersoalkan kredibaliti penonton kerana berperangai sedemikian,macam tak patut katanya.Nak aja gua tendang pengulas tu,bukan apa,cuba kau bayangkan kalau tengok bola kat stadium senyap sepi tanpa teriak,tanpa provokasi,tanpa kemeriahan.Pada gua feel dia mungkin sama macam lu pergi ceramah politik maupon forum perdana.Adakah perlu sedemikian behavior penonton ketika menonton perlawanan?kalau begitu baik tengok dekat rumah...setel..yedak?.Kemudian mula lah kata tak ada sokongan dari peminat la,tak support team tempatan la,bullshit !!!!!.Lain kali kalau nak penonton behave,suruh yang datang tu golongan JKKK dan veteren sahaja,pasti senyap,bertamadun,dan sopan.

gua bukan apa,pada gua benda-benda seperti flare,mercun dan balingan botol air lah yang menandakan peminat tempatan masih menyokong penuh pasukan kegemaran mereka.Fanatik orang kata,barulah true peminat bola sepak,inilah dia bola sepak !!!!.Bukan macam sukan golf maupon tennis yang tak in lansung feel dia.Lagipon bola sepak ini adalah sukan untuk orang kebanyakkan,jadi kau kena expect yang akan hadir tu adalah dari golongan working class maupon golongan rude boys,bukan dari golongan yang berkot berblazer kasut kilat bersongkok tinggi macam geng-geng sultan bola maupon pak najib.

memang lah behavior penonton itu tak berapa sehat,tapi sekurang-kurangnya mereka masih lagi ada disisi pasukan tempatan dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi tanpa men double standard kan pasukan tempatan dengan pasukan EPL.Pada gua mereka adalah peminat setia sukan bola sepak,mereka menyokong bola sepak,tanpa mengira reputasi pasukan tersebut.Bukan macam sesetengah orang yang hanya tahu definisi bola sepak adalah liberpul,arsenal,menyu,dan chelsea,such a f**king poseur.

gua pon tak delah fanatik sgt dengan bola sepak ini,tapi sekurang-kurangnya gua masih ambil tahu lagi apa yang terjadi di liga tempatan.Kebetulan masa gua lepak tengok bola tadik gua ada nampak tiga orang budak lelaki pakai jersi team liberpul,manyu dan chelsea sambil jalan depan mamak,diaorang pandang tepat pada skrin dan berlalu pergi macam yang sedang ditayangkan itu adalah tayangan WWE wrestling,gua geleng kepala,gua syak kalau gua tanya diaorang kenal tak shahrin majid,patah haram dorang tak tahu agaknya.Inilah malaysia,semua orang nak into trend terkini,nak jadi hipster,tapi apa pun tak tau.Gua ingat dalam scene musik je ada poseur,rupanya scene bola pon ada jugak,scene politik usahlah cerita,lagi melambak !!!!semua nak tunjuk tahu politik,walhal apa yang dorang tahu tu semuanya dari cerita-cerita orang,bukan atas kejian mereka sendiri.Betullah Malaysian ini jauh lagi nak ke wawasan 2020.

Thursday, October 13, 2011

Betting budak dokter pasalpah

Adel (im not terrorist) ada argue dengan sorang lagik budak phd dalam lab gua,riuh rendah bunyinya,bukan lah gaduh bertekak mulut, cuma masing-masing make stand untuk tegakkan pandangan masing-masing.Bukan hal tentang apa pun,hal tentang dua jenis bakteria iaitu bacillus subtilis dan springomonas (kalau tak silap gua) mana satu yang positif  gram dan negative gram.Yang paling owning sekali bilamana diaorang betting kalau siapa yang kalah kena blanja lunch siapa yang menang.Si Adel ni gua memang konfiden boleh menang sebab dia ni memang background bidang kuman-kuman nih.Jadi the betting is on,dan usai melakukan gram staining masing-masing menanti dengan penuh debaran apa keputusan warna kedua-dia bakteria tersebut.Bila tengok bawah mikroskop sah-sah lah bacillus ni kaler purple (positif) dan springomonas ni kaler Red (negatif).Betting ni diadili pulak oleh seorang post doctorate background microbiology dari Nigeria,and the winner goes to Adel dengan mottonya im not a terrorist,im a microbiologist.Apa boleh buat,si Adel ni claim yang kos makan tengah hari dia selalunya berharga RM 50....peh peh peh,gua syak mamat ni makan 3 ekor ayam dan 2 jug air untuk lunch.

pelik-pelik je betting budak budak doctorate nih,ilmiah sungguh !!!!.Bos gua dah gelak-gelak je kat tepi mikroskop sambil senyum melihat kerenah anak-anak buah yang membudayakan ilmu dalam betting....keputusan semasa Adel (1) - Azieda (0).

Wednesday, October 12, 2011

Brader yang ape pon tak boleh

Gua melepak dekat kedai makan,sedap pulak gua tengah makan owner kedai pasang DVD green lantern.Memang cempion lah kalau dapat tengok movie sambil makan roti canai dan fresh oren,mana tak nya tak pernah lagi ada panggung wayang yang offer makan roti canai dalam panggung, baik GSC ke TGV ke,maupon wayang kulit.Paling kurang pon mesti makan pop kon sama hot dok.Tengah gua dok melayan cerita adelah sorang berader ni datang,dia terus duduk sambil tgk cerita,gua syak memang ini jenis xpernah tengok movie ni.Paling win sekali biLa dia cakap dengan tokey kedai ini cerita kapten amareka ea?tokey kedai cakap bukan sambil kupas-kupas bawang.Berader ni dengan buat-buat tahu tanya lagi,ke ini cerita Harry potter?peh tersembur air oren gua bila dia guess cerita harry potter.Gua agak kalau J.K Rowlings tahu ni mesti dia tumbuk laju-laju berader tadik sampai makan pon kena pakai tiub.Mana tidak nya kalau dah besor-besor ada tanglung hijau tu dgn hero pon kaler hijau mestilah bukan harry potter,kalau dia guess citer HULK boleh consider lagi.Nasib baik berader tu tak guess cerita tu cerita wanderpet,kalo tidak belum sempat dia guess lagi sekali gua bekhen kepala dia. Bukan apa,kalau tak tau rilek dulu,tengok,analisis,baru guess.Bukan main petik je macam main roda impian saya putar halim!!!!!!.

Monday, October 10, 2011

Anip anak janggoat Buah

Gua punya member ni gua tengok cukup payah nak serius.Gua kenal mamat ni masa gua masuk tingkatan 1. Dia punya retard dah sama macam orang penyakit aspergers gua syak. Mana kau nak cari orang yang bila cikgu suruh listkan cita-cita dalam report kad dia tulis  nak jadi tukang gunting rambut, mekanik dan penchuri tatkala semua orang lain nak jadi peguam, dokter, maupon angkasawan. Paling cilaka bila gua tanya dia selesai dia habis degree ni dia nak buat apa. Dengan santai dia jawab aku nak masuk AF. Rasa macam dan dan tu jugak kau nak buh tumbukan padu kat dada dia. Dengar cerita tak lama lagi beliau nak berumah tangga. Tak gua sangka makhluk ni pikir jugak perihal membina keluarga ni.Mungkin lepas ni dia plan nak masuk sehati berdansa pulak agaknya.......

Saturday, October 8, 2011

Bakso KOMBAT

Gua dah lama dengar cerita tentang bakso kona kat pasar malam sg 2  nih.Cuma hari ini baru gua tergerak nak cuba.Dengar cerita dari geng-geng indo kat sini,tukang buat bakso ni memang handal orangnya.Masa gua sampai kat gerai bakso kona ni,rata rata pelanggan dia adalah indo  yang terdiri dari makwe-makwe kilang dan student,tak ketinggalan juga mamat mata sepet cakap pelat.Memang tak disangkal lah geng,bila gua try rasa kuah bakso ni,gua sampai ke tingkat ekstasi yang tinggi,rasa macam gua berada kat surabaya,memang  owsem gila babi rasa dia.Mulai hari ini gua gelar bakso ni sebagai bakso KOMBAT.......trattt...trattt...ratttt



Thursday, October 6, 2011

Cikgu Tadika yang terlampau...........LAPAR

Masa gua makan pagi tadik,ada dua orang makwe duduk bersebelahan dengan meja makan gua.Gua syak cikgu tadika sebab eskot dia dua orang budak kecik.Seorang cikgu yang agak cun berbadan solid pergi mengambil nasi lemak,gua pandang-pandang ala kadar je,bukan apa....nanti dia syak gua nak ngorat dia pulak.Sampai je dekat meja gua tengok cikgu tadi genggam dua bungkus nasi lemak.Gua rilek-rilek je,xdelah terkejut mana,yelah memang sebungkus pada gua tak cukup nak kasi satisfied perut agakya.Tiba-tiba "chegu makan nasi lemak sampai dua...patutah chegu gemok"kata sorang budak sambil yang lagi sorang tepat merenung bungkusan nasi lemak.Peh budak budak memang tak menipu,dia cakap apa yang terbuku di hati.Gua tengok cikgu tadi terus letak sebungkus nasi lemak kat depan budak tu,katanya "ni awak ambil buat makan dekat kelas" sambil chegu yang seorang lagi ketawa menutup gigi dengan tapak tangan.Gua pon senyum sambil pandang kereta yang lalu lalang.Kesian, terbantut niat nak makan getus hati gua.

Wednesday, October 5, 2011

Kau benci dengan hidup kau.Tapi mereka mengidamkannya

Masa gua nak balik dari kg halaman ke pulau pinang,bus gua berenti sekejap dekat ipoh.Jadi gua turun dan cucuh sebatang rokok di tepi bus,tengah gua hembus laju-laju rokok gua, ada seorang budak india datang bawak sebakul jajan.Dia kata abang beli jajan.Gua gelengkan kepala tanda menolak.Dia kata lagi abang belilah,ini untuk belanja sekolah.Gua tenung tajam-tajam mata dia.Gua tanya selalu buat macam ini? (maksud gua jual jajan) dia kata setiap hujung minggu.Dia akan keluar awal pagi dan pulang setelah semua jajan habis.Gua tanya berapa dapat sehari.Dia kata rm 25.Gua hulur rm 2,tanpa ambil jajan.Dia kata terima kasih dan  terus naik ke bus untuk meneruskan penjualan.Gua sambung isap rokok.

selang 2 minit dia turun dari bus,dia tanya gua abang nak kemana?.Gua jawab gua nak balik penang.Dia angguk-angguk.Gua nampak ada riak simpati pada budak india tadi.Gua tanya dia dah makan?.Dia kata belum,dan biasanya dia akan pulang petang nanti untuk makan setelah semua jajan habis dijual.Cuba kau bayang kan budak umur 11-12 tahun keluar awal pagi balik lewat petang tanpa isi dan alas perut.Kesian bukan?i.Lagi pun gua ada adik sebaya dia,jadi gua dapat rasa macam mana laparnya dia kesana kemari menjual jajan.

gua buka dompet gua, kasi dia sekeping not merah.Gua cakap ambil ni kau pergi beli makanan,isi perut kau.Berlari budak india tadi macam  menuju ke kedai beger berdekatan.Lapar sangat barangkali.Nak pula hari hujan,kau sendiri pun tahu kan macam mana rasanya perut kosong bila hujan.Bagi orang dewasa mungkin sekeping duit yang gua bagi tak cukup untuk makan sehari.Tapi bagi budak kecil itu,apa lagi yang lebih penting dari mengisi perut yang lapar stelah seharian mengusung kuderat untuk belanja sekolah.

sambil sedut rokok dalam-dalam gua teringat adik gua yang sedang dirumah.Mungkin sedang bermain PSP mahupon online fesbuk agaknya,Jauh sangat beza kehidupannya getus hati gua.Kadang-kadang kita mungkin fade up dan kecewa dengan kehidupan yang kita sedia ada,tetapi percayalah akan ada orang yang mengharapkan agar mereka beroleh kehidupan seperti apa yang kita ada sekarang.

Monday, October 3, 2011

Ford fokus punya hal

Masa gua lepak minum dengan Dr H gua diberitahu oleh tibi 3 yang team proton menang rally APRC kat jepun sana tu.Gua pon dengan lagak serba pandai tentang scene rally start diskus lite-lite dengan Dr H tentang betapa handalnya jentera satria neo R3.Gua cakap yang proton ni dah paras-paras kereta ford handal dia.Apa taknya,kalau kereta mitsubishi pon selamber kena pacung masa rally inikan pula kereta jenama datsun maupon nissan sunny.

usai bercerita pung pang pung pang gua bangun menuju ke kauter untuk bayar.Makwe kaunter tanya gua "minum ape ye?"gua dengan konfiden jawab"ford fokus satu".Bangang aper order kereta kat kedai kopi.

Monday, September 26, 2011

Hantu Keliwon

Jam 1 pagi gua ride sorang-sorang balik rumah. Sejuk dia,peh sampai ke tulang rasanya. Elok sampai nak masuk simpang rumah gua,gua terbau benda busuk.Busuk gila babi,macam bau cagu diperam. Tak cukup dengan itu,ditambah lagi dengan bunyi-bunyi mekanikal macam dalam citer transformers. Gua syak hantu ni bukan hantu calang-calang...kurang-kurang pun hantu hollywood mcm freddy kruger maupon jason friday 13th.Tapi jangan cepat suspen sedare....ini bukan hantu hollywood maupon hantu niyang rapik.....ini semua kes MPPP kutip sampah pagi-pagi buta. Percuma-percuma je gua dapat hidu aroma sampah sarap di hening pagi nih. Gua harap karpal singh ambik perhatian kes ni.Bukan apa takut-takut ramai yang terpesong akidah nanti.

Sunday, September 25, 2011

Mom says

Selalunya bila kita punyai bekas teman lelaki/wanita perkara paling fak sekali adalah bilamana kita jumpa balik mereka dalam keadaan mereka sedang berbahagia dengan pasangan.Sedangkan kita masih lagi meneruskan episod episod kehidupan dengan kudrat yang ada.Sedih juga bukan?tapi gua ada sesuatu nak kongsi dengan lu semua

"if one day,u met your ex boy/girl with new partner,please do not be sad.Because when we were young,our mother taught us to donate our old childhood toys to other unfortunate people".

jadi apa perlu ditangisi perkara ini. Mengorbankan sesuatu yang paling kau sayang adalah pengorbanan yang besar dan murni. Nak pula untuk kebahagian org lain. Jangan risau....akan ada mainan yang lain untuk kamu....what comes a round goes a round.

Wednesday, September 21, 2011

Nilai estatika itu kadang-kadang lebih bermakna

Gua selesai membaca sebuah buku bertajuk Terang Bulan, Buku ini dah lama ada dalam simpanan gua,kes gua seludup keluar buku dari Library masa dekat hostel dulu.Gua tak mainlah seludup buku novel cinta-cinta nih, kena juga jaga air muka geng. Sebelum ini gua tak pernah habis baca buku Terang bulan ni sebenarnya, sebab ianya macam sedikit bosan pada babak tengahnya.....macam mendatar. Tetapi acap gua nyanyikan lirik "Terang Bulan.....buaya mati timbul di kali" bila gua dengar marching lagu negaraku dimainkan. Gua tahu ianya sedikit provokatif kepada sesetengah orang yang peka, tetapi bagi remaja seumur gua pada masa itu,ianya semacam tiada apa-apa. Pernah juga gua nyanyikan lirik itu kepada rakan gua yang asalnya dari indonesia,tampaknya dia sedikit kelopongan kerana bagi dia, gua ini terpengaruh dengan ideologis soekarno.

Hari ini ada yang mengatakan lagu negaraku adalah ciplakan dari lagu memula moon dan lagu terang bulan. Iya ada persamaan yang sangat akrab pada lagu-lagu tersebut. Jika diikutkan sejarah lalu,lagu memula moon adalah lagu yang popular di kepulauan mahe (Seychelles ). Ianya dicipta oleh Jean de Beranger seorang rakyat perancis.

Manakala lagu terang bulan pulak,sudah ada dalam simpanan indonesia sejak 1865 lagi dan tidak diketahui siapa penciptanya. Orang yang pertama mengkomersilkannya adalah Indera Zanibar. Dan sebelum negara kita merdeka,soekarno pernah mengirimkan piring hitam mengandungi lagu terang bulan kepada Malaysia.

Jadi, adakah lagu negaraku ciplakan dari lagu memula moon dan lagu Terang bulan?....pada gua ianya adalah adaptasi dan cedokan irama kedua-dua buah lagu bagi menghasilakan lagu negaraku. Tapi mengapa lagu-lagu ini dipilih? itu persoalannya

inilah bukti bahawa nilai estatika itu kadang kadang lebih bermakna. Dengan pengambilan irama dari lagu ini,matlamat sebenarnya adalah supaya rakyat Malaysia akan sentiasa ingat, mengenai perjuangan orang yang terdahulu dalam membebaskan negara kita dari cengkaman kuasa asing. Sebenarnya,lagu memula moon ini terlebih dahulu dibawa ke negeri PERAK oleh puteri Sultan Abdullah yang kembali dari kepualuan Seychelles sebagai ole-ole dari pembuangan ayahandanya akibat merancang pembunuhan JWW Birch di Perak. Jadi lagu ini adalah memoir kepada rakyat ke atas nyawa dan darah Maharajalela, Datuk Sagor, Pandak Indut, dan Sipuntung. Ianya lagu BERDARAH....ianya lagu yang mengingatkan kita bahawa setiap sesuatu perjuangan itu memerlukan pengorbanan.

Jadi lagu negaraku telah diambil melodikanya dari lagu Negeri Perak bagi mengingatkan segenap rakyat malaysia agar mereka mengetahui sejarah, perjuangan, serta pengorbanan rakyat terdahulu bagi mendapatkan kebebasan untuk kita pada hari ini. Ianya sangat Rebel bagi gua. Ianya mempunyai bau-bau perjuangan kiri yang harum. Jadi apakah persoalannya jika ia diciplakkan?, ianya diciplak tetapi nilai estatika nya sungguh besar. Sebagai contoh, jika lu orang ada anak, dan anak lu tahu yang hari ini hari jadi lu, jadi dia bercadang nak bagi kad pada lu.....dia pon bukak komputer,ambil template kad......dan print...kemudian diatas template itu dia tulis dengan tangan dia sendiri ucapan "selamat hari lahir ayah". Gua yakin...berbunga hati lu bila terima kad itu walaupon lu tahu templatenya dari komputer kan?....lu tak kesah pon pasal template itu, tetapi apa yang lu kesahkan adalah nilai estatika kad itu kan?......itu yang penting. !!!!!

Jadi gua rasa isu ciplak lagu ini tidak sepatutnya dipolitikkan.......kerana memang sedia lu tahu politikus itu cilaka....merobek dan merosakkan adalah impian mereka. Dan orang yang respon pada isu ini juga tidak mahu mengulangkaji cerita di sebalik lagu kebangsaan kita kerana pada mereka apa yang penting adalah memenuhkan perut mereka sendiri sampaikan lupa yang otak mereka perlu juga dipenuhkan.....tampaknya bodoh berganda-ganda. Jangan sampai gua pulak yang keluar masuk konti dan paper untuk jelaskan perkara ini.....cemburu tanah air kita nanti !!!



p/s:jika membaca buku ramai yang hanya membaca mukadepannya......sedangkan kalau makan durian, tak pula hanya makan kulitnya sahaja.......

Tuesday, September 20, 2011

Once a girl always a girl

Gua baru selesai menonton Law abiding citizen,gua tahu ia cerita lama,tapi lu kena paham,gua manalah ada masa nak tengok cerita ni,banyak masa gua digunakan untuk konsultasi cinta dengan client gua.Itu belum kira lagi gua tolong-tolong orang bagi cadangan nak cari akal bagaimana nak mengadap bakal mentua.Selesai gua menonton,gua pon pm chat khai,nak suggest cerita ni,yelah,orang kata sharing is caring ye dak.Dia pon bersemangatlah nak donlod,dan dia berjaya jumpa site untuk cerita ini."ni dah jumpa 1 website ni...tengah cari2 tnmpk kungfu panda lak kan...donlod hahaha"kah kah kah,situasi sama mcm kalau makwe-makwe ajak lu jalan-jalan nak beli baju,tapi bila keluar mall bawak seluar,kasut,stokin dan novel...peh .Standed lah tu,ibu gua pon kalau ke pasar nak beli ikan,balik rumah siap bawak tudung bawal sekali.....itu pon kalau tak terlupa beli ikan lah,kalau tidak,makan tengah hari lauk tudung BAWAL masak sweet sour lah gamaknyer,keh keh keh.



p/s:masa kat lab tadik,ada chikas dari iran tanya,kenapa gua smoking.....gua jawab,kenapa wanita suke shopping?

Sunday, September 18, 2011

Judge 1

Senang sangat manusia ni menghakimi orang lain,tak perlu nak ambil jurusan undang-undang maupon kehakiman,semua orang boleh jadi hakim,nak pula hakim di kedai KOPI....fakta dan auta memang bercampur rasi.Agama tolak ketepi,cakap main ikut emosi.Benarlah dunia ini tak akan pernah adil sampai ke MATI.

Saturday, September 17, 2011

Konon brutal

Ada sorang mamat,datang sembang-sembang dengan gua....tetiba tanya gua minat lagu-lagu macam mana,tiba-tiba cerita dulu dia mohawk,tetiba cerita dia dulu main dam,minum todi.Gua diamkan aje,malas sangat nak layan....budak-budak macam ni gua syak dulu tak pernah ada orang nak dengar cerita dia,jadi gua tadahkan je lah telinga,kasi can.Dia pon cerita la pung pang pung pang.....cerita pasal belajar kat Aussie la,cerita bakal jadi lecturer la,kawan dengan orang tu org ni la....Gua tadahkan ajer.Gua tengok kasut dia coverse cun melecun macam basuh tiap-tiap minggu.Keliling tapak tulis soundgarden la,pearl jam la,apa la.....pada gua akai lu sama macam akai budak sekolah menengah form 3 yang baru nak jengah dunia lah geng.Kasi rilek-rilek sudah la brader.Orang lain pun ada cerita juga,nak atau tak nak je bercerita."dulu aku layan dam......last aku layan 2 tahun lepas,kau layan dam tak?bila last kau layan?"........"baru semalam aku cai dengan rokok(auta sambil buat muka konfiden) jawab gua sambil menekan kekunci komputer....senyap sunyi seketika.....dan conversation is OVER.





p/s:tak payah nak bangga sangat dengan kerja bodoh kau,secara tak lansung akan nampak kau ni BODOH berganda

Wednesday, September 14, 2011

LOVE crumb


its good enough to make a good people cry

Tuesday, September 13, 2011

Cukup 7 hari

Genap seminggu gua tak tulis blog,nasib gua masih ingat password blog ni.Banyak sangat benda yang perlu di selesaikan dalam hidup sampai tak sempat nak update.Bila kau dah dewasa ini benda-benda renyah ni bukan lagi jadi jadi keutamaan kau.Kau akan fikirkan benda yang lebih besar...something big orang putih kata.Tadi pon usai gua siapkan paper utk conference baru gua ada masa santai sikit.Baharu gua tahu,kenapa orang dewasa tak banyak rakan-rakan........







p/s:Be a man...do a right things !!!!!

Wednesday, September 7, 2011

Still Waiting

Kita ada dua pilihan dalam hidup,setelah kita berikan hati pada seseorang......samaada kita akan bersedia untuk move on atau pun kita akan terus menunggu.Kedua-dua pilihan ada baik buruk dia,ini bukan macam cerita-cerita fairy tale yang ending dia seronok macam snow white maupon rapuzel.Pabila kau buat keputusan untuk move on,mungkin kau perlu start back from zero......mengenal org lain bukan ada jalan singkat,ia perlukan masa......dan dalam hidup ini kau mengejar masa.Dan bila pula kau ambil keputusan untuk menunggu, mungkin banyak peluang-peluang lain yang kau akan lepaskan.Boleh juga jadi akhirnya kau akan dapat semula hati kau,tapi dalam keadaan yang retak maupon berkecai-kecai.

Jadi, setiap apa pun keputusan yang kau buat,ia akan menetukan apa yang akan terjadi di masa hadapan kelak....be persistence and don't regret.







p/s:kehidupan adalah ringkasan keputusan-keputusan yang telah kau buat dalam hidup

Wednesday, August 31, 2011

Cantik itu sekejap......yang tinggal itu kenangan



p/s: ini stail update blog gaya seorang pemalas

Tuesday, August 23, 2011

Teka teki teka tekuk...ular mati dalam senduk

Gua ada main sms teka teki dengan sorang makwe ni,teka teki dia bunyi begini "kalau anda bijak bistari,binatang apa keris di kaki". Jawapan dia pulak,pastilah ikut skema jawapan gua,dalam teka teki ni tak ada jawapan standard maupon skema jawapan macam soalan peperiksaan UPSR,PMR,SPM,maupon STPM.Lama kemudian,ibu gua sms tanya"along berbuka apa?" gua pun sebagai seorang anak yang baik gua balas"makan nasi lauk telur dan sosej"gua send....selesai


tapi rupa-rupanya sms gua pada ibu gua pending.....jadi gua ke sent item,dan gua send semula.Usai menghantar,ibu gua call..."apa along balas ni,main teka teki pulak".Gua terpinga-pinga macam orang baru ditinggalkan kekasih."Dengar ye,kalau anda bijak bistari,binatang apa keris di kaki".diikuti dengan sound effect ketawa berdekah-dekah dari bapak gua serta adik gua di belakang talian.Peh.....macam mana lah gua boleh salah send message pada ibu gua. Ni balik kampung kompem kena bahan nih.

Wednesday, August 17, 2011

Lelaki dan SAYANG......

aktiviti biasa di awal pagi bulan ramadhan bagi lelaki-lelaki pasca percintaan adalah lepak di kedai kopi. Kedai kopi tepian longkang jadi pilihan,bukannya mahal sangat modalnya,asalkan kau bawak kepala agong kaler hijau daun ,se pek candu phillip moris,serta berbakul-bakul isu itu sudah memadai.Tadi gua sembang meja kopi dengan pami,syun,dan sandok.Macam biasalah,gua banyak berpewatakan liberal dan berdiam diri. Hanya syun mendominasi diskusi.Topik yang di cover sangat abroad. Dari soal politik tanah air sampai ke cerita pasal berak dalam seluar masa sekolah.Gua tanya pada syun,pami,dan sandok........"besar mana,luas mana,banyak mana sayang korang pada makwe korang?".

syun: kalau aku,semasa kenal aku sayang 10%,masa cinta 40%,dah kawin 50% jadi total kemudian 100%.

pami: kalau bini kau tak percaya? (sebab syun ni dah kawin)

syun: Aku ambik kalkulator,aku kira depan dia...aku tunjuk...nah!!!!!

pami:kalau aku,aku cakap....aku sayang pada u macam amoeba!!!!

gua:aik.....kecik betul sayang kau pami pada makwe kau

pami: ish...ini jawapan paling saintifik......amoeba boleh membiak guna binary fusion.Banyak dowh

sandok: aku,kalau awek aku tanya,aku jawab sayang saya pada awak x boleh lebih dari sayang saya pada ALLAH...

gua:bongok....jawapan kau klise sangat.......

syun:nanti awek kau cakap,jawapan abang mcm jawapan kat dalam tv tiap-tiap hari sabtu jam 10 malam


gua hanya diam......merenung langit yang tak ada bintang-bintang,sambil meletakkan tangan di belakang kepala,pikiran gua melayang mencari jawapan kepada soalan yang gua sendiri tujukan.Pada gua cukup hanya si dia tahu yang gua sayangkan dia,tak perlu tanya sebanyak mana,sebesar mana,sejauh mana.....pada gua ia infiniti


Tuesday, August 16, 2011

Mencari RINGGIT ke Syurga

MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI - meloya
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.
Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.


NOTA:

kalau ini berlaku di negara kapir
negara dimana rakyat nya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara dimana rakyatnya tak sembahyang

maka

akan gempar negara kapir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini

agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
gulungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang

seluruh masyarakat kapir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
kapir kapir ini akan memereksa diri

tetapi

dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi

mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah

berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain

kita telah lali

kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia

berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci

politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi

yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad

dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta

inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957

Oleh Hisham Rais
15 Ogos 2011


p/s:gua baca ni dari blog brader jimbo,gua rasa ada baikknya gua kongsi......untuk sama-sama baiki diri

Monday, August 15, 2011

Jika dan kalau

Jika dan kalau lisa surihani jadi kawen dengan yusri KRU,gua orang yang paling kecewa.Yelah,kau orang macam tak tahu gua dengan lisa tu bagaimana cinta dia.Macam terfaktab cakap,definisi cinta itu infiniti.Gua bukan apa,gua cume kesian.Bukan kau orang tak tahu,makwe gua tu accent Deutschland dia kuat sangat,tak ke nanti dia panggi "abg Yusri jadi abg yus ghreeeee".....pergh,ngeriiiii.







p/s:gua harap lisa consider balik proposal gua untuk rujuk semula..........

Wednesday, August 10, 2011

i feel stupid when i speak English

Beberapa hari lepas gua luangkan masa bersama kawan sekolah gua. Yelah,tak ada makwe nak diluangkan masa,jadi luangkan lah dengan kawan ye dak.Masa sampai dekat restoran kapitan gua bingkas duduk dekat meja paling hujung,paling rapat dengan dinding,biasanya kalau gua keluar berdua,maknanya ada perkara unsur pecah kepala yang akan dibincangkan.Usai memasang sebatang rokok,ada mat bangla datang ambil order,dimulakan dengan pesanan minum dan kemudiannya pesanan makan.Gua mintak teh ais dan makan gua minta naan garlic set.Bangla tu cakap garlic dah habis,jadi gua tanya dia roti naan apa yang ada. Dia jawab "lain-lain naan ada,naan pelen pon ada".Gua sentak,gua minta dia ulang lagi apa yang ada,dia kata"macam-macam ada,naan pelen pun ada".Gua dah tak sedap hati dah,lalu gua tanya naan pelen tu apa?.Dia cakap "alah itu naan pelen la bang,naan biasa"gua dah tumuskan kepala gua kat meja dah masa tu,gua tengok kawan gua dah kembung kempis pipi dia tahan gelak....KAH KAH KAH...dey thambi itu bukan naan pelen la...itu naan plain woi.Bangla tadi senyum sipu-sipu macam makwe-makwe kilang vietnam kena ngorat....pffft

Sunday, August 7, 2011

Lelaki ahli silap mata

Kau pernah tak lihat silap mata seribu topeng.Hebat bukan,mereka mampu menukar topeng dalam masa beberapa detik sahaja.Kau jangan terkejut bila gua kata lelaki serupa dengan ahli silap mata topeng seribu.Ya lelaki adalah manusia yang unik,yang pandai memainkan pelbagai watak demi mencapai cita-cita dan matlamat.Ada makwe bagitahu pada gua,dia berkenalan dengan seorang lelaki semasa urusan transaksi,mula berpesanan ringkas,mula berhubung melalui talifon.End up lelaki itu sebenarnya sudah berpunya,bukan dipunyai oleh seorang wanita,malahan dipunyai oleh seorang wanita dan dua orang anak.Wah dah macam beli set combo di mekdi pula,beli satu dapat 2.Gua pelik,bagaimana makwe ni boleh catch up dengan lelaki ini tadi.Gua tanya,orang nya tampak baik kah?,spontan Alim katanya.Pantas perkataan bullshit keluar dari mulut gua.Sebab pada gua kalau benar-benar alim,dia tak akan menjalin hubungan dengan makwe tadi,kalau benar alim,beliau sedar yang beliau ada tanggungjawab lain,bukan menanam pokok-pokok cinta dengan wanita lain.

Gua bukannya nak menghalang poligamy,ramai yang ingin berpoligamy,kononnya sunnah nabi,tapi pada gua itu bukan satu-satunya sunnah yang perlu diikut.Lagi satu,kalau tengok balik mengapa Muhammad p.b.u.h berpoligamy,ianya adalah untuk membantu wanita,melindungi wanita,manakala sekarang ini pula gua lihat orang berkahwin lebih dari satu hanya semata-mata tuntutan seks semata.Gua bukan prejudis terhadap lelaki,cuma gua nak makwe-makwe sekalian tidak mudah kena trap.Nak pilih bakal suami bukan macam pilih kain dekat jakel maupon kamdar untuk buat baju raya. Kau kena betul-betul selidik,nilai,duga,dan uji sebelum buat pilihan.

Jangan nak risau sangat tentang jodoh,itu bukan hak kuasa tata cara kau,itu semua hal kerajaan yang di atas sana.Yang penting jalankan hidup kau,kalau ditakdirkan kau berkahwin,lambat laun kau akan berkahwin. Jika masih belum sampai masanya,jangan khuatir sebab jawapan tuhan itu hanya ada 3.YA......YA tapi bukan sekarang....dan I have a better plan for U.Sedangkan semanjak kau lahir kau tak pernah takut pun perihal rezeki kau,apa pekerjaan kau,dan apa makan pakai kau...inikan pula tentang sesuatu rahsia kecil tentang siapa teman hidup kau yang perlu kau takutkan?rilek lah beb......kalau bukan di sini,di sana nanti pasti ada kan...di dunia yang lebih asli.







p/s:ada orang pesan kat gua,hujung zaman ni manusia yang nampak baik selalunya adalah manusia jahat....manakala manusia yang nampak jahat selalunya manusia yang baik...

Friday, August 5, 2011

Im Adel....im not a terrorist part 2


Masa gua lepak sebelah mamat yamen ni dalam bilik seminar,gua sembang-sembang dengan dia,maklumlah pertama kali berpuasa tanpa keluarga dan bini di rantauan. Jadi memandangkan gua adalah seorang rakyat Malaysia yang concern,gua tanya Adel ni,macam mana puasa dia sini. Katanya ok,cuma dia tak tahan sebab dia nak merokok. Gua tanya lagi,untuk juadah berbuka,dia masak ke...katanya,ya dia masak untuk juadah berbuka.Gua macam terkagum sekejap,dan gua tanya apa yang dia masak.Katanya dia masak nasi,basbousa,dan tosei.Basbousa ni kira macam kek manis la kata si Adel ni. Dalam otak gua basbousa ni mcm kek lapis APOLLO,tapi setelah gua google baru la gua tawu menatang ape basbousa ni.Pastu adil cakap yang tosei tu makan dengan Yougoat....gua gamam?makhluk apa yougoat tu....kuah kambeng ke...atau makan dengan daging kambeng buat macam toasted pocketfull maupon kebab.Adel cakap bukan,Yougoat tu dibuat kuah,dan cicah...sedap katanya.Gua masih wondering,jadah apa Yougoat tu. Jenuh gua selidik,tanya dia cmne nak buat menatang tu,sekali dia cakap beli je dekat tesco....perghhhh itu bukan Yougoat Adel Ali Abduh.....itu namanya Yogurt,Yogurt,Yogurt. Senyum je dia sambil anguk-anguk membenarkan kata-kata gua....tu belum lagi gua citer pasal Dreg yang dia sebut-sebut pada gua masa bincang pasal kajian dia. Dekat sejam gua kerut-kerut dahi nak catch apa Dreg tu....rupanya Dreg tu dadah...bungkam!!!!! itu namanya DRUG....bukan Dreg,perghhhhh !!!

Sunday, July 31, 2011

Sebulan Seth Tan terikat..........bukan Aaron Aziz

Semoga melalui ramadhan kali ini dengan lebih baik dari tahun sebelumnya gua doakan kepada lu orang semua.Gua pohon ampun dan maaf kalau-kalau sepanjang lu orang baca blog picisan ni ada terasa hati, leka dan lalai.Doakan kesihatan gua bertambah baik okei !!!!!!!









p/s:sahur pagi tadi hidung gua bleed lagi.Haih...........

Saturday, July 30, 2011

Hitam atau putih ia tetap warna



"Kadang-kadang bila tak ada tisu,aku kesat air mata aku pada lengan baju"

Darah dari luka di hati keluar melalui lohong sinus

its a clear sky.....usai gua meratah sebungkus nasi lemak,gua pun selak-selak senaskah akhbar tabloid.Tiba-tiba ada sesuatu menitik ke atas naskah akhbar tersebut.Merah,ya merah....menitik-nitik ke baju,short,dan kaki gua.Panik,sedikit gua panik,walaupun ia perkara biasa,tetapi jumlahnya sangat banyak.Gua baringkan diri,berharap pendarahan berhenti. Bila baring,automatik darah meleleh ke dalam kerongkong gua,mulut gua penuh darah,telan.....walaupon ianya sangat hanyir,gua terpaksa telan..serius,aiskrim stroberi jauh lebih sedap rasanya,tersedak-sedak, kadangkala hemburan darah keluar bersama batuk.Damn....sangat tidak selesa,hampir setengah jam juga gua baring,baru gua confident nak ke tandas,bersihkan diri.Short gua total lost.Its a blood bathing day mike !!!!!

Selesai mandi,gua ambil keputusan sejukkan badan.Gua ke shopping mall yang ada ekon,Mungkin ekon boleh sejukkan badan gua yang kebelakangan ini tak menentu kesihatannya.Tempat tujuan adalah kedai buku.Gua suka ke kedai buku,rasa dia sama mcm kau ada dalam dunia yang lain.Rasa dia Sama mcm rasa makwe-makwe ke kedai alatan solek maupon baju-baju berjenama.Syiok..Paling gua suke,kalau ada makwe yang sanggup duduk di kedai buku membaca....sambil duduk di lantai kedai...ianya sweet pada gua.Sumpah sweet,lagi sweet dari Nora Danish.Ya memang kadang-kadang ayat gua numero uno.Gua tahu.

Selesai di toko buku,gua bawa pulang senaskah buku.Buku tulisan bebas. "Himpunan cerita pari-pari untuk bidadari kota" tertera sebagai wordmark untuk buku setebal Kalkulator saintifik.Duduk-duduk di kedai kopi di luar shopping mall sambil-sambil mata lihat hiruk-pikuk manusia di hujung minggu.Secawan expresso double shot sebagai penyulam tekak yang kering.Kata orang,kopi yang mahal adalah kopi yang paling pahit sekali,sambil mata gua terpana pada satu kata-kata "Clorox hanya menghakis cintaku,bukan wajahmu". Gua senyum sendiri sambil memikirkan kejadian tempoh hari,kejadian yang mengingatkan diri gua,betapa gua sorang LOOSER,menjalankan misi bunuh diri kononya atas landasan kenalan.Semoga kau berbahagia ya

Friday, July 29, 2011

Rakyat kebanyakkan yang macam gua

Hajat besar di hati nak menonton filem kapten amerika...bila fikirkan kos tiketnya rm 18(sebab 3d je yang ada)gua runsing,bukannya gua berkira tapi lu orang kena paham....golongan marhaen macam gua ni lebih mementingkan memenuhkan perut yang kosong berbanding hiburan.









p/s:tiap kali hujung minggu gua memerap sahaja dibilik usang gua.Teringin juga nak keluar kesana kemari macam lelaki normal.Tapi yelah,hidup dalam dunia sekarang ni semuanya perlukan wang.Sampaikan manusia jadi BERUANG,hilang nilai kemanusiaan.

Thursday, July 28, 2011

Bercakap tu biar lah fikir.......jangan nampak macam kau ni tak ada akal

heran bila ada orang melontar pandangan seoplah-olah hidup ini sangat mudah bagi dia.Mungkin anak orang kaya agaknya,yang lahir-lahir dah disua emas permata.Hidup dalam dunia ni kalau nak senang diri sendiri saja baik tak payah hidup.Kita kena fikirkan kesan dan akibat dari setiap apa yang kita buat.Bukan buat ikut rasa senang diri sahaja...kalau begitu pastilah hidup kau tak akan disenangi orang.Ingat beb,dunia ni bukan untuk kau sorang sahaja....kena fikir sensitiviti orang lain juga.Gua tengok banyak yang jenis mcm ni adalah pelajar yang belajar tinggi-tinggi. Yang jenis pikirkan perihal apa yang penting pada dia sahaja,tak penah fikirkan di side orang lain.Komunikasi tu penting,cara kau berinteraksi tu penting....dan yang paling penting adalah nilai timbangrasa.Sebab adat hidup dunia ni,esok lusa atau bila-bila kau pasti akan berkehendakkan sesuatu dari orang lain.Jadi kalau hari ini kau buat palat....tak mustahil kemudian kau akan dapat palat balik........fikirkan.

Wednesday, July 27, 2011

Naim anak Chegu Hasni

kawan sekolah gua masa dekat hostel dulu,penggila muck,bloodymary,dan band-band bebas.Pernah belajar jauh nu dekat UK.Balik sini,berkhidmat dengan IBM,kemudian tukar kerja ke sektor perbankan.Badan penuh kesan jahitan akibat kemalangan yang ngeri 2 tahun lepas.Selalu ajak gua lepak bila dia balik rumah nenek dia kat Teluk intan.Seorang jejaka yang easy going dan berotak gila.sekian







p/s:dua tahun lalu mamat ni collide dengan sebuah kereta masa nak pulang ke kelumpo setelah cuti raya haji.2 kali major operation,first utk buang limpa sebab internal damage,second untuk betulkan usus yang telah berselirat.Tangan kaki patah....tapi berpantang maut sebelum ajal......kalau dia pergi mandi pantai,swimming pool,maupon taman tema air....budak-budak pasti lari bila dia buka baju......maklumlah parut dah macam gangster kena tetak dengan samurai !!!!

In crust we trust

Semalam,sedang gua rilek-relik tengok flow raptai forum ada makwe datang dekat gua,cakap bisik-bisik macam dalam kelambu.Gua sebagai lelaki budiman,pasang telinga.Besar sungguh hajat makwe tu.Disuruhnya gua recite doa untuk event forum esok.Pikir jugak gua untuk terima ke tidak,maklumlah,ini bukan tugas main-main....ini perihal mintak keberkatan.Lagipon bukannya dorang tak tahu yang gua ni mat metal,bukannya mat surau,mat mesjid dan mat sabu, apatah lagi participant imam muda astro oasis.Jadi atas rasa tanggungjawab,sebagai satu-satunya lelaki yang ada dalam committee,gua terima.....gua bajet pada masa tu gua nak baca doa biasa-biasa jelah,sekali makwe tadik cakap,baca doa dalam bahasa inggeris....perghhhhhhh,sawan sekejap gua dekat situ jugak.

Nak tak nak,malam tadi gua gigih rangka doa dalam bahasa penjajah,bukan senang beb lu nak syncro kan bahasa inggeris agama dengan inggeris verbal communication......sampai jam 4 jugak lah gua baru boleh tido.Hari ni dengan tawadduk nya gua berjaya baca doa.....lebih seronok bila ada amoi-amoi kata baru dia tahu apa content yang ada dalam doa tu,sebab sebelum ni dia kata banyak orang recite doa dalam arabic. Sepatah haram tak paham katanya,Gua pon tunjukkan lah text doa gua yang ditulis dalam buku sketches pada amoi-amoi. Untung-untung boleh berdakwah ye dak?.Elok dorang selak-selak buku sketch gua,dengan tak semena dorang terbukak helaian belakang teks doa tadi.....terkebil-kebil mata amoi-amoi tu tengok muka gua,macam seolah-olah ada sesuatu yang meragukan.Gua pon tumpukan mata gua pada helaian buku sketches tadi,bungkam!!!!artwork gambar hantu rupanya yang dorang tengok!!!!!!


"O Allah,please protected us from all evil which pertains to these day and the day hereafter".....antara content dalam doa ni


Elok pulak ini gambar yang ada di belakang teks doa tadik...........well done megat,well done (T.T)

Monday, July 25, 2011

JAMBANGan

"kau kena start ubah penampilan lah aku rasa....jambang kasi potong"itu kata-kata yang terpacul pada mulut Dr H tadi .Sebijik macam saranan mak gua,makcik gua,dan nenek gua.Gua syak,orang perempuan ni memang tak berape gemar lelaki berjambang nih.....mungkin nampak sakai barangkali pada mata mereka.Pada mata lelaki-lelaki pulak,kalau kau berjambang,kau nampak ganas,ngeri,dan mengagumkan.Kalau dalam watak filem harry potter dan rakan sihirnya...gua rasa gua mungkin macam hagrid kot.Tapi kalau gua buang jambang mungkin gua ada iras-iras severus snape ye dak?.Ape?Rambut xada?habis tu lu nak gua jadi watak apa?Lord Voldemort?.................pernah rasa makan nasi pakai straw x?CIS

Saturday, July 23, 2011

Kerana Wanita itu dari Marikh


Bila ada makwe bertanya pada gua,meminta pandangan bernas dan ikhlas dari gua,gua dengan tanpa banyak bicara,akan lontarkan pandangan gua. Bila gua jawab,dan pujian diberikan,dikatakan gua ni pemuji,nak jaga hati,maupon pemulut manis,jika gua tak nak menjawab dikatan gua ni membosankan,tak gentlemen,bahkan mungkin tidak romantis. Ha ha ha,wanita...memang sukar untuk dipenuhi kehendaknya....dan kadang kala gemar membiarkan lelaki terkebil-kebil penuh tanda tanya memikirkan jawapan di sebalik pertanyaan =)

Friday, July 22, 2011

harga sebuah kesetiaan itu hanya se pek rokok LCUKY STRIKE

Bila kau berada dalam keadaan confused,kerana bilamana kau mencintai seseorang,tetapi pada masa yang sama hadir lagi seorang manusia punya tarikan umpama tarikan medan magnetik,berapa banyak peratus kasih sayang yang kau akan berikan kepada manusia pertama dan kedua?.Jika kasih kau pada manusia pertama 90% dan manusia kedua 10% ,esok lusa tulad tulid tak mustahil lelaki kedua akn memenangi hati kau.

ingat,jika sudah memberikan perasaan cinta kepada seseorang,kunci hati kau rapat-rapat,jangan berikan ruang kepada kecHURANGAN.......sebab manusia pasti tidak akan boleh berlaku adil.

Thursday, July 21, 2011

Balada Seorang Rakyat

Sebungkus mee segera...sechawan kopi.....dan sebatang rokok putih.
perfect. Untuk seorang rakyat semacam gua. Tiada kemewahan yang diperlukan asalkan perut penuh walaupun dengan makanan-makanan yang rendah tahap kesihatannya. Setidaknya gua masih mampu tersenyum.

Wednesday, July 20, 2011

Im Adel....im not a terrorist

Ada sorang mamat Yemen kat lab gua,working station dia sebelah working station gua,kira jiran lah. Selalu kalau gua tak datang lab sehari,esok dia tanya gua,mana gua pergi. Cara komunikasi gua dengan dia macam ayam dengan itik,sebabnya kadang-kadang gua tak paham bila dia cakap arab dengan gua,dan adel ni tak paham sangat kalau gua cakap bahasa penjajah dengan accent east london.Selalu gua kalau tengok muka adel ni mcm ayam berak kapur,dengan jambang tak bercukur,mata macam po kungfu panda,gua ajak dia pergi refreshment minum kopi sambil pekena rokok sebatang dua. Pendek kata,gua kena selalu tengok-tengokan si adel ni takut-takut dia buat perkara gila dalam lab .Pernah haritu si adel ni wrap blue cap bottle dengan plastik macam nak buat bomb.....gua tanya dia apasal dia buat begitu,katanya tak nak bagi cahaya masuk,walhal dekat lab tu reagent bottle/amber bottle melambak-lambak....Paling latest si adel ni sedut chemical pakai pipet guna mulut dia,gua stunned!!! gua tanya kenapa dia sedut macam nak hisap shisha.....dia kata dia tak jumpa sucker pipet.....BUNGKAM!!!!!. Baru gua tahu scientist Yemen ni kreatif orangnnya.....


Tuesday, July 19, 2011

Aku harap teman sejiwa aku bukan seekor walrus

Hidup dua tahun kebelakangan ini makan selalunya seorang,duduk di bilik pon seorang,dalam working station pon seorang. Gua bukan tak nak into dgn crowd,cuma gua tak suka bila ramai-ramai dan gua malas nak deal dengan kerenah ragam manusia. Selalu pon jika melepak di kedai minum ramai-ramai gua hanya duduk diam.Malas nak dengar manusia-manusia sibuk mengukur penanda kejayaan masing-masing di meja kopi. Mungkin sebab gua tiada apa-apa kejayaan nak diukur buat masa ini...........kadang-kadang terasa juga nak ada teman sejiwa,cuma jangan beliau adalah seekor walrus.


Monday, July 18, 2011

Gambar lama untuk di renung.....kawan lama untuk di kenang



p/s:tribute untuk rakan-rakan gua...sejak kanak-kanak sehingga hari ini (1991-2011)....u know who u are

Dikala orang nyenyak..gua tongkat mata dgn toothpick

Perghhh,tak pasal-pasal malam ni gua kena crack otak design kad jemputan untuk program school. Gua dah la tak pernah buat kad jemputan untuk orang nih,selalu kalau kenduri doa selamat maupon kenduri sambut hari lahir gua ajak pakai mulut je.....paling formal pon type message kat talipon tangan,send...kalau gua design funky sangat nanti orang-orang tua tu kata tak formal pula...argh pening lah kepala..last-last gua buat style minimalis saja......selesai


p/s:minimalis gila kan.....kalau buat kad kawen,kompem gua bungkam

Sunday, July 17, 2011

Azam Ini

Mujur...hari ni gua belajar sesuatu....belajar tentang benda yang paling dekat dgn gua....melalui fesbuk,gua lihat ada satu status,perihal kematian,kematian seorang manusia yang menjadi ratapan seorang sahabatnya....gua pelik,sebab ratapan itu sangat asing...tidak seperti ratapan-ratapan yang biasa seperti "REST in peace my fren" ,"Alfatihah untuk si polan bin si polan","semoga ditempat di kalangan org beriman"tapi ianya seolah-oleh si mati tadi adalah seorang sahabat yang sangat baik,sangat memberikan impak pada kawan-kawannya,jadi gua pun cari fesbuk si mati tadi......first thing gua lihat profilenya,gambar org memegang hati bertulis"nilai dengan keimanan"...kemudian gua lihat status terakhirnya "takut kerana lemahnya imanku" serta status sebelumnya "masya ALLAH kan hebatnya nikmat yang ALLAH beri,setiap masa ingat MATI,Subhanallah,Tabarakallah".indah....dan menyentuh hati....seperti beliau tahu yang beliau akan dijemput tak lama lagi,wall nya gua lihat penuh dengan status yang mengingatkan tentang kebaikan,sepertinya si mati ini sangat terpelihara sifatnya...gua kagum,bila gua buka photonya,tiada photo yang melalaikan,dan gua tertarik dengan album IKHWAN........tampak ikhlas....dan mengingatkan,gua bandinkan dengan fesbuk gua,beza..........sangat berbeza,gua terfikir,bila-bila masa sahaja gua pon boleh dijemput macam si mati tadi,sooner or later,i will see my creator.......then what have i done in this whole year,in this whole life.....NOTHING.....almost NOTHING.


hari ini,buku baharu bermula.....lembaran baharu ditinta...gua harap buku baharu ini lebih baik dari buku sebelumnya,Al fatihah buat arwah Abdul Adzim,semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman.Al fatihah juga buat arwah YB Dr Lo'Lo',takdirnya orang yang beriman akan pergi dahulu meninggalkan kita........

Friday, July 15, 2011

mungkin Lain MaSA

Baru-baru ni gua ada chat dengan kenalan sekolah rendah gua.....gua sebenarnya tak rapat pon dgn dia,tapi kitaorang pernah sekelas. Masa sekolah rendah,gua bodoh sangat....even sampai sekarang pon gua masih kurang bijak,tapi gua selalu anggap diri gua nih genius....kenalan gua nih dulu budak bijak la,UPSR dia pulun 5A.Lepas tu dia pergi mrsm kalau tak silap,gua?sekolah biasa je,kayuh basikal hari-hari 7kilo......

mula-mula gua dok pelik,sebab ada makwe appear kat fesbuk chat gua nama stella cassandra...okei,gua wondering sebab cassandra.....yelah,makwe mana pulak yang minat kugiran post hc manjung nih getus hati gua.Gua pon terus stalk....largh rupanya si FARHAIZA...gua pon tengok-tengok info dia...skali gua perasan,live in london UK......eh?sejak bila pulak minah ni duduk UK soal gua dalam hati....gua pon terus gamble tanya dia through chat......

rupanya dia sekarang exchange student dekat UK....pergh,gua memang tak boleh tengok orang pergi UK ni. Rasa macam dengki gila beb....yelah,tempat yang memang gua teringin nak pergi kan...tempat evolusinya musik,tempat lahir rockstar,tempat liga bolasepak paling popular...dan tentunya tempat makwe-makwe blondie berkeliaran.

dulu lepas undergrad ada jugak gua apply tmpt blajar kat Liverpool...respon positif,cumanya gua yang tak pernah tahu kena ambik IELTS/TOFL syarat untuk org luar. Last-last....just forget about it jelah.mungkin di lain masa......Tuhan tu tahu tempat mana yang sebaiknnya dan selayaknya untuk gua kan.

Thursday, July 7, 2011

Aku,Kopi,Chairil Anwar dan Keroncong Untuk Ana

setelah hampir 3 minggu bergelut dengan penyakit,hari ini gua rasa ada sihat sikit untuk menulis. Yelah kalau dah 3 kali tukar antibiotik,tiap-tiap malam muntah,every moment batuk sampai tuan rumah syak gua kena santau apa kes. Ini pon gua harap gua dah mula untuk recover. Bukan apa,gua dah tak larat tak buat apa-apa...hanya baring saja....pergi lab pon assist orang,kerja gua bila pula nak jalan ye dak.

gua sedang dengar lagu keroncong untuk ana........tetiba fikiran gua melayang-layang,terfikirkan betapa seorang wanita mampu mempengaruhi seorang lelaki untuk menghasilkan karya yang sangat menyentuh jiwa. Sepertinya wanita itu satu tonik,satu dadah,maupon satu perskripsi untuk menyempurnakan satu kaya seni itu. M.Nasir dan Chairil Anwar nama yang tidak asing lagi sebagai seorang anak seni. Mungkin ramai yang mengenali M.Nasir,seorang penyanyi,pemusik,komposer,dan artis yang sangat disegani kerana karya-karya beliau yang lain daripada yang lain....ianya puitis,siniskal,dan simbolik. Kau kena lapangkan minda kau,luaskan hamparan pemikiran kau...kemudian kau akan berjalan bersama irama nya.

Chairil Anwar pula,mungkin tak ramai yang mengenalinya...tetapi jika buku "AKU"yang rangga baca dalam filem ada apa dengan cinta gua pasti,ramai yang akan kenal. Ya,itu karya Chairil.....karya yang berjaya merevolusikan penulisan puisi indonesia...puisi anak muda ini banyak dipengaruhi oleh kisah hidupnya yang sukar,itu yang menjadikkannya seorang pejuang.Malangnya,umurnya tidak panjang.......pada umur 27 tahun,beliau meninggal dunia....memang lumrahnya,orang hebat mati pada umur 27 agaknya (Kurt Cobai,Janis Joplin, Jim Morrison,Jimi Hendrix etc).Tapi karya beliau segar sampai ke hari ini....kata-kata beliau yang gua agak suka "mampos (mati) dikoyak-koyak sepi". sesuai untuk manusia pemimpi macam gua.....





p/s: Kepada Siti Khadijah Salleh dan Fareha Razali ,selamat hari lahir versi ucapan terlewat !!!!!!!

Saturday, June 25, 2011

3.30 am


gua terjaga.......sore throat yang macam cilake sampai suara nak keluar pon perit,hidung pula mula sumbat,gua dah agak dah end dia mesti macam ni setelah beberapa hari transasi suhu dari sejuk dan tetiba ke panas (dari dewan pameran ke env luar). Siksa rasanya,macam kau fade up dengan diri kau ,kechewa...sangat kechewa!!!! mungkin kau kata "alah,tak sehat sikit,nak kecoh,ngada2"tapi yelah,bukan kau yang rasa.....gua yang rasa.

Manusia ni selalu sangat judge sesuatu tu melalui penaakulan dia sahaja,dia tak pernah pun nak cuba letakkan diri dia dalam situasi yang sama. Tak jump into the shoes orang kata. Tak kira apa-apa situasi pun,pasti akan ada yang akan kondem kau. "Aku pon boleh buat","kalau aku buat rasanya lebih bagus lagi". Orang-orang sebegini eloknya kau jumpa dia,naikkan jari tengah,cakap FAK U!!!!. Kau tak cuba lagi buat,kau dah kata kau pasti boleh buat,lebih baik daripada yang orang lain buat. works speak louder than a words lah brader,cakap saja tak guna.....ye dak?

Sunday, June 19, 2011

got something and need to left the other thing

Kau kena paham hakikat dalam hidup ni kena ada frasa pengorbanan,untuk kau dapatkan sesuatu kau kena korbankan sesuatu.



p/s:ada masa-masa dia,kau perlu korbankan lebih dari satu benda demi SATU benda.....kan

Wednesday, June 15, 2011

drug for life

Dequalinium cl+Enalapril malea+amiloride Hcl+Amoxycillin+Cetrizin DHcl+Chloropheniramine malea+diphenidramine+paracetamol.






semua ubat ni hadiah dr pusat kesihatan......gua kena makan,bila makan gua akan mengantuk sebab ia ubat kawalan. Gua tengok tulisan ni pon dah goyang-goyang....
bila demam,ape pon tk boleh buat.....damn

Thursday, June 9, 2011

sAid

gua hanya nak cakap








Oh Chentaku!!!!!!!!

Tuesday, June 7, 2011

RasA

malam semalam gua makan sorang-sorang kat kedai makan...gua order nasi goreng d sate dan kopi o panas. Sesamapai je nasi dengan kopi gua,gua cucuh sebatang rokok,gua sedut dalam-dalam macam itulah rokok terakhir bagi gua,mata gua meliar mencari tukang ambik order tadi..."ada apa bang" tanya budak ambik order..."cuba kau rasa nasi goreng ni" getus gua...."masin ke bang","ke tak cukup sedap"atau "nasinya pedas"kata budak ambik order...."kau rasa je lah dulu"kali ni suara gua seakan akan tinggi......"errr sudunya mana bang,mcm mana saya nak rasa"kata budak tu....."haaaa tawu pon"gua senyum.....sambil lihat budak tadi pergi ke dapur sambil garu-garu kepala yang tidak gatal

Sunday, May 29, 2011

Jambang

  • situasi satu
Tengah hari jumaat lalu lepas solat jumaat,gua pegi kedai untuk beli satu pek pall mall merah,elok gua berhenti moto,ada dua budak sekolah dok tengok gua semacam,gua buat tak tahu je...terus gua masuk kedai,sempat juga gua dengar apa yang dua budak tadi tu katakan "macho abang tu"kata budak yang kurus pendek...."aah la,tapi silap ada janggut je tebal"balas budak yang lagi satu.....bungkam!!!!

  • situasi dua
gua visit nenek gua kat kampung,gua gerak sorang-sorang. Bukan apa,malas nak pergi ramai-ramai mcm nak bwk rombongan meminang. Sampai je dekat halaman rumah nenek gua,gua bagi salam....."siapa tu?" tanya nenek gua....gua teruskan bagi salam......lama juga gua tunggu,nenek gua tak bukak pintu pun. Last-last gua shout "opah....oooo opah"...senyap....elok gua nak rapat ke pintu gua dengar satu ancaman "kau jangan masuk,aku pegang parang" perghhhhhh.......samseng jugak nenek gua nih....lama jugak gua tercegat dekat laman......sampai lah pakcik gua balik dari memancing....barulah nenek gua buka pintu....."alahai,aku tak cam tadi kau rupanya lan"....aku ingat perompak mana tadik"...bungkam!!!!!!. Nenek gua dah tak cam gua.

  • situasi tiga
gua tengah naik motor nak melepak pekena kopi,berhenti kat traffic light. Tampak ada segerombolan makwe sedang berjalan,mungkin exercise gua syak....takdelah hot mane makwe-makwe tu...paling pun,pakai tudung lilit-lilit macam fatin liyana je...."oi,balak dowh...balak" kata sorang makwe kepada rakan dia yang lain......gua start paling pada makwe tadik,hajat di hati nak ukir sebarang dua senyuman..."mak aih,berjambang macam taliban" kata sorang makwe dengan nada yang tak dikawal tona nya......kalau ya pon nak kutuk,tak payah la cakap kuat-kuat ye dak.....malu gua rasa...barua!!!!!

  • Penutup
cilaka,sebabkan banyak sangat mulut-mulut yang bercakap perihal gua berjambang,mak gua dah berleter kat gua masa gua lepak rumah haritu....bernanah jugak gua dengar....dah lama gua tak kena leter teruk sebegitu...last gua kena leter masa gua tingkatan 3,itupun sebab gua nak PMR. Last-last gua ambik motor,pecut laju-laju pergi kedai mamak gunting rambut...gua trim jambang gua....setel !!!!!....harini gua pergi kenduri buai anak sepupu gua,semua dok kata muka gua berkumis nipis persis arab....gua senyum lebar...tak kurang juga mulut-mulut nakal makcik-makcik mulut takde insuran yang kata gua muka macam benggali karpet.....cilaka...

Tuesday, May 24, 2011

sorry i loVe you

semalam malam gua susah nak tidur....gua rasa gua miss someone...gua try ambil talipon gua...gua taip message "saya rasa saya rindu kamu"gua hantar kepada chegu..........kemudia gua cuba lelapkan mata...masih tak boleh tidur...gua capai talipon lagi...gua taip message satu lagi "saya tak tipu =("gua hantar lagi kepada chegu,dengan harap esok dia akan reply........

bangun pagi,gua bersiap-siap....gua capai talipon,gua tenung dalam-dalam....yang ada hanya tulisan maxis,dan ikon bar signal yang penuh.......gua masukkan talipon dalam kocek...gua gerak keluar rumah....mulakan perjalanan...perjalanan yang gua perlu lalui seorang diri....tanpa ada teman....






maTured

masa gua tengah lepak dengan Dr H dekat tesko,akip call gua....akip ni member gua dekat penang ni,budak puchong,umur pun beza setahun je dengan gua,selalu jugak lah gua lepak dengan dia...itupun kalau gua tak berebut dengan makwe si akip ni la. "bro,malam ni lu tolong hantar gua ke stesen bus,bus gua jam 11,tapi kita keluar awal la,kita lepak minum"gua iyakan saja,kebetulan gua free malam ni.Dalam jam 9 gua baru text si akip ni bagitahu dia yang gua dah on the road. Perkara rutin yang gua akan buat sebelum gua bertolak,supaya gua tak perlu menunggu.

Sampai je kat kedai minum,masing-masing pilih menu ikut selera masing-masing,samping tunggu menu siap,macam-macam jugak cerita yang gua sembang dengan si akip ni. Gua tengok akip ni cukup matang lah dari segi penampilan,jauh beza dengan gua ni....dia kemana-mana mesti tshirt berkolar,gua ni semua baju gambar tengkorak,hantu,dan zombie..."gua rasa gua tak matang penuh lagi la"kata gua pada akip sambil gulung rokok sebatang.......akip tegok muka gua,gelak....."aku rasa aku dah matang megat"......gua pasang api rokok...sedut dalam-dalam....gua cakap pada akip,"memang cara pemakaian gua tak matang,tapi apa yang penting adalah cara gua buat keputusan....itu sebenarnya kayu ukur kematangan".......gua tenung akip sambil sedut rokok...."gua tak nak la jadi mamat yang pakai seluar pendek khakis,baju polo kolar lipat macam kantona...pakai talipon canggih,tapi bulan depan gua jual talipon sebab gua tak ada duit"sambil gua hembus asap rokok kepul-kepul......akip senyum,mungkin berpuas hati dengan hujjah gua.......gua pandang atas,tengok-tengok langit walaupon langit malam tiada apa-apa yang menarik.....





p/s:bagi aku masa sepuluh tahun....aku akan siapkan pencapaian aku lebih dari apa yang aku capai sekarang