Tuesday, May 17, 2011

Good day GOD bless

ibu gua datang buat inspection di bilik gua hari ni,dah mcm zaman hostel dulu-dulu pulak bila time cuti warden akan datang melawat. Pagi-pagi lagi ibu gua dah call,gua tengah tidur lagi masa tu..."boleh tak ibu nak datang?"...gua dengan blur-blur,stim,stoned main jawab je....gua tak ingat apa yang gua jawab. Jam 2 ptg ibu gua sampai dengan deligasi....Siap bawakan gua almari kain lagi,perghhhh...lama tak jumpa gua katanya,rindu.....segan gua,sebab nampak sangat gua jarang balik rumah."along bila nak kahwin?",tersentak gua dengar soalan mcm tu,yelah..mana tidak nya,gua jujurnya tak pernah lagi pikir soal nak bermakwe-makwe ni,inikan pula soal nak pinang anak orang....kelu...."bukan apa,tengah orang tua ada nyawa lagi,kahwin lah"deep......cukup deep...gua sepetkan mata,renung anjung bilik gua dalam-dalam....dalam macam gua tenung kim kardashian depan gua.....adik gua lagi sedap soalan dia"along tahu tak hisap rokok tu haram?"perghhh soalan dia tu memang betul-betul tuju tepat pada hati gua ... bullseye sial....mentang-mentang lah Ujian UPKK sekolah agama dia skor,dia soal hukum haram halal dengan gua...tapi gua rilek-rilek tenang aje cantas "alah,bukan rokok je haram,bercinta pon haram jugak".....kali ni turn ibu gua pulak sepetkan mata,tenung gua dalam-dalam......keputusan semasa.....satu berbalas satu (1-1).









p/s:bila cakap soal kahwin ni,gua memang ralat sikit lah,yelah geng-geng sebaya gua kebanyakkannya dah kahwin anak 3-4 orang dah,paling-paling pun ada yang nak kahwin cuti sekolah bulan 6 nih....style gelojoh-gelojoh diaorang ni gua syak,takde angin takde ribut tetiba je kad sampai rumah....damn