Sunday, April 4, 2010

Tilikan


Dikala entry ini ditulis...hati aku sebenarnya sedikit kechewa.....bukan kerana apa....kerana perihal yang kecil mungkin pada kamu tetapi besar pada aku.....terpulanglah pd kamu untuk menilainya...tepuk dada tanya hati...ikut kata illahi atau kata musuh tradisi.....

aku seperti biasa...suke menconteng2 komen di muka buku rakan2 aku...kadang2 contengan itu seperti konvensional...kadang2 lebih ke arah dakwah dalam gurauan.....ya...aku akui....aku baru sekarang ini nampak perihal agama itu sendiri.....kerana dahulu mata hati aku mati....syukurlah....ianya masih boleh diganti.....walaupun keterbukaannya agak kecil...sedikit sebanyak ada juga cahaya2 kecil yang bersinar di hati ini.....biarlah ia seperti kejora sekalipon walaupun tidak seperti mentari.....kerana aku insan biasa......bukan bermakam tinggi......

aku lihat....gejala tilikan di muka buku semakin menjadi2......jadi hari ini terdetik di hati aku untuk menegur........ianya berbunyi "jgn percaya tilikan =)" dan balasannya begini "utk ske2.takpe2."......aku tersentak......kerana pada aku.....tilikan adalah haram di sisi ISLAM jika tidak berdasarkan 3 perkara al-Quran, hadis sahih dan Hasan serta fitrah kejadian alam....jika dilihat dari konteks tilikan yang selalu berlegar2 di fesbook...ianya jauh sekali berlandaskan KALAMALLAH.....hadis2 sahih.Jadi tinggalah sumber yang ketiga iaitu fitrah kejadian alam (SUNATULLAH).Sunatullah bermaksud mempercayai perkara ghaib berdasarkan fitrah alam....contohnya kita meramalkan esok akan hujan berdasarkan imejan satelit terdapatnya kumpulan awan......ia adalah ramalan berdasarkan fitrah alam semulajadi......maka hal ini diharuskan......tetapi kita harus ingt!!!! ia adalah hanya ramalan........

“Andai kata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, nescaya akan rosaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya,” (al-Mu’minun: 71).

“Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah SWT semesta,” (an-Naml: 65).

Berdasarkan ayat2 diatas....nyatalah bahawa tidak ada seorgpun yang mengetahui perihal ghaib melainkan sang Pencipta.....memanglah niat kita suka2 sahaja...tetapi ditakutkan hati kita terdeti "eh betullah apa yang ditilik td"......maka dikhuatiri kita kan terjun ke lembah syirik....syirik kahfi....itu yang ditakutkan.....dan minta2 dijauhkan....kita takut kita syirik dlm kita tidak sedar......ketahuilah kawan2 sekalian....tipu daya syaitan itu pelbagai...dan mereka tidak akan memesongkan kita dengan perkara2 utama tetapi dengan perkara2 remeh....sehingga kita tidak menyedarinya......

aku minta maaf...jika kamu membaca blog ini.....jika kamu terasa...aku minta maaf...aku ingin meyedarkan......aku xmahu kamu terus leka.....kerana kita ini di era dajjal.....kita ini umat yang sedang mengalami fitnah terbesar.....tanggungjawab kita bersama2 saling mengingatkan antara satu sama lain......jika aku salah...perbetulkanlah.......jika benar perbuatanku ikutilah....sekian....dari hamba ALLAH yang serba serbi fakir