Friday, April 8, 2011

Tikam..tikam tampal (fiksyen)

Syafiq dan syafiqah sudah lama kenal.....jika ada budak baharu lahir,mungkin umur budak itu dah masuk darjah 1 sekarang. Mereka berdua bersahabat...sangat akrab...banyak perkara yang mereka luangkan bersama...banyak kenangan yang mereka hasilkan dengan pena kehidupan mereka. Satu hari,syafiqah bertemu dengan seorang jejaka idamannya,dia dilamar...bagaikan mimpi,ianya menjadi kenyataan dan mereka berpacaran.....tak sabar hatinya untk menceritakan hal tersebut kepada syafiq.."aku ada benda nak ckp pada kau"......aku dah ada teman lelaki" getus mulutnya "WAH!! bagusnya"....balas syafiq..."tapi,nanti mesti kau tak akan macam dulu lagi"hela syafiq....."hey...kita kan kawan selamanya" terpacul kata-kata itu dari mulut syafiqah. Pada syafiq,kata-kata itu menandakan yang dia tetap berkawan dengan syafiqah secara teoritikalnya tetapi bakal kehilangan kawan secara parktikalnya.....

benar....lama kemudian,mereka semakin jarang bersama....syafiq banyak menghadapi hari-hari hidupnya sendiri...bosan...sedangkan syafiqah enak dibuai lunak-lunak perca cinta dari jejaka idamannya. biasalah,bila mengemudi kapal kehidupan sendirian,ianya sukar......banyak kali juga syafiq dilanda gelombang dugaan....beberapa kali dia hampir-hampir lemas...namun tetap juga dia lalui dengan upayanya. Ialah,anak lelaki perlu kental bentak hatinya.Namun akhirnya,dia tewas juga.....tenggelam ditelan gelombang lautan kehidupan...lemas......terkapai-kapai dia mengharapkan tangan-tangan membantu....lebih diharapkannya dari tangan syafiqah,malangnya....pengharpan tinggal pengharapan....

dikala itu datang sang pari-pari.....menyatakan ketersediaan untuk membantu dia untuk terus hidup...tetapi ada kondisinya,dia tak boleh hidup di kedaratan kehidupan.....dia perlu menjalani kehidupannya dalam lautan kehidupan itu sendiri....bersama sang pari-pari.....terbayang di akal fikirannya tentang syafiqah,kawan akrabnya....tetapi nyawa nya lebih penting....."deal" katanya....lalu hiduplah syafiq dalam lautan kehidupan......ditinggalkannya daratan kehidupan bersama-sama kenangannya dengan syafiqah.....sesekali mengalir juga air mata jantannya......


hidup di dalam lautan kehidupan memang menyiksakan.......dia perlu adaptasi dirinya..lama juga dia berusaha bersendirian...alah bisa tegal biasa.....hidup perlu diteruskan,buat apa mengenang kembali masa lepas......semakin hari semakin berlalu.....berita perihal syafiqah pun sudah tidak diketahui lagi oleh syafiq...tapi jauh dari sudut hatinya,itulah kawan akrabnya.......setia?...ya pada dia,persahabatan itu tidak dapat digalang gadai.

sedang dia merayau-rayau dalam lautan kehidupannya, perasan ia akanseseorang yang baharu sahaja sedang lemas. Terkapai-kapai.....meminta belas pegangan....kenal? dia cukup kenal dengan wajah itu. "syafiqah" tekaan hatinya tepat.....kasihan dia melihatnya...dia sendiri tahu azabnya lemas tanpa pergantungan dalam lautan kehidupan..manakan mungkin dia lupa.....tak lama dahulu dia pernah sebegitu.

tatkala syafiqah sedang putus harapan...hanya menunggu saat tenggelammya ke dasar lautan kehidupan,ada tangan-tangan gasar menolak ia kembali ke permukaan......bernafas....dia kembali bernafas....lega rasanya...tangan gasar tadi juga lah yang membawa syafiqah ke tepian dan terus ke daratan kehidupan. Ingin benar dia mengetahui siapa yang budiman membantu dia bernafas semula...."syafiq"? perkataan pertama yang terpacul dari mulutnya,bila wajah tampan seorang anak muda keluar dari gigi air lautan kehidupan....."ah,kau memang sentiasa ada untuk aku syafiq"...."Kau memang kawan aku selamanya"kata si syafiqah. Syafiq hanya tersenyum.....puas rasa hatinya dapat membantu sahabat akrabnya itu.......

Rupanya...syafiqah terjatuh ke lautan kehidupan kerana lelaki idammanya meninggalkannya.....kasihan,cinta tak sampai ke penghujung....ada sedikit kekesalan di riak wajah syafiqah.....kesal kerana sanggup mengabaikan rakan akrabnya dahulu syafiq....Ingin rasanya dia memulakan muka baharu dalam cerpen persahabatan mereka...diajaknya syafiq untuk bersama dia...menemani dia berjalan di daratan kehidupan. "tidak.....tempat aku disini syafiqah.....aku tidak boleh bersama kamu seperti dulu" balas syafiq sambil mengukir senyuman pada rakan karibnya itu.......terkejut syafiqah mendengar penjelasan dari syafiq perihal bagaimana dia lemas didalam lautan kehidupan dan perjanjian dia dengan sang pari-pari. Mengalir juga air mata kekechewaan ke pipi mulus syafiqah....menyesal....ya dia menyesal....."aku tidak dapat kemana-mana syafiqah"....di lautan ini tempat aku...pergilah,kita tidak dapat bersama lagi sepeti dahulu....."Tapi mengapa kau tiggalkan aku untuk berjalan sendiri di daratan sedangkan kau di lautan...kita kan kawan, kawan itu saling memerlukan"pandai syafiqah menyusan kata-kata.

"kau silap syafiqah......sebab kerana aku kawan kau lah aku disini.....sentiasa disini untuk menolak kau semula bernafas jika kau kelemasan"....."aku sentiasa ada untuk kau......walaupon aku tidak dapat berada di sisi kau secara zahirnya"..........tetapi aku akan ada untuk bantu engkau ketika engkau dilambung gelombang kehidupan........kelemasan....dan hampir putus pengharapan."itulah kerja seorang kawan".kata syafiq.....sepi.....ambient persekitaran sepi..........masa seolah terhenti

perlahan-lahan syafiq tenggelam ke dasar lautan kehidupan meniggalkan syafiqah......membawa bersama memori kenangan mereka.......tak pernah syafiq menyesal kerana tidak dapat bersama syafiqah...kerana dia tahu,dia sentiasa ada untuk memastikan akrabnya itu tidak akan lemas dalam menghadapi hebatnya gelora dan ganasnya gelombang lautan kehidupan.......













p/s:Friendship is a LOVE without his wings

Pulau Pinang....gua okei


Rumah P.Ramlee

Fort Cornwallis

The famous Mee sotong padang kota

Kek lok si temple (cupak,iki dengan mubin sembayang kat sini)

Cupak sedang bersembahyang (rare footage)

Mesjid Negeri

The popular Feringghi