Gua selesai membaca sebuah buku bertajuk Terang Bulan, Buku ini dah lama ada dalam simpanan gua,kes gua seludup keluar buku dari Library masa dekat hostel dulu.Gua tak mainlah seludup buku novel cinta-cinta nih, kena juga jaga air muka geng. Sebelum ini gua tak pernah habis baca buku Terang bulan ni sebenarnya, sebab ianya macam sedikit bosan pada babak tengahnya.....macam mendatar. Tetapi acap gua nyanyikan lirik "Terang Bulan.....buaya mati timbul di kali" bila gua dengar marching lagu negaraku dimainkan. Gua tahu ianya sedikit provokatif kepada sesetengah orang yang peka, tetapi bagi remaja seumur gua pada masa itu,ianya semacam tiada apa-apa. Pernah juga gua nyanyikan lirik itu kepada rakan gua yang asalnya dari indonesia,tampaknya dia sedikit kelopongan kerana bagi dia, gua ini terpengaruh dengan ideologis soekarno.
Hari ini ada yang mengatakan lagu negaraku adalah ciplakan dari lagu memula moon dan lagu terang bulan. Iya ada persamaan yang sangat akrab pada lagu-lagu tersebut. Jika diikutkan sejarah lalu,lagu memula moon adalah lagu yang popular di kepulauan mahe (Seychelles ). Ianya dicipta oleh Jean de Beranger seorang rakyat perancis.
Manakala lagu terang bulan pulak,sudah ada dalam simpanan indonesia sejak 1865 lagi dan tidak diketahui siapa penciptanya. Orang yang pertama mengkomersilkannya adalah Indera Zanibar. Dan sebelum negara kita merdeka,soekarno pernah mengirimkan piring hitam mengandungi lagu terang bulan kepada Malaysia.
Jadi, adakah lagu negaraku ciplakan dari lagu memula moon dan lagu Terang bulan?....pada gua ianya adalah adaptasi dan cedokan irama kedua-dua buah lagu bagi menghasilakan lagu negaraku. Tapi mengapa lagu-lagu ini dipilih? itu persoalannya
inilah bukti bahawa nilai estatika itu kadang kadang lebih bermakna. Dengan pengambilan irama dari lagu ini,matlamat sebenarnya adalah supaya rakyat Malaysia akan sentiasa ingat, mengenai perjuangan orang yang terdahulu dalam membebaskan negara kita dari cengkaman kuasa asing. Sebenarnya,lagu memula moon ini terlebih dahulu dibawa ke negeri PERAK oleh puteri Sultan Abdullah yang kembali dari kepualuan Seychelles sebagai ole-ole dari pembuangan ayahandanya akibat merancang pembunuhan JWW Birch di Perak. Jadi lagu ini adalah memoir kepada rakyat ke atas nyawa dan darah Maharajalela, Datuk Sagor, Pandak Indut, dan Sipuntung. Ianya lagu BERDARAH....ianya lagu yang mengingatkan kita bahawa setiap sesuatu perjuangan itu memerlukan pengorbanan.
Jadi lagu negaraku telah diambil melodikanya dari lagu Negeri Perak bagi mengingatkan segenap rakyat malaysia agar mereka mengetahui sejarah, perjuangan, serta pengorbanan rakyat terdahulu bagi mendapatkan kebebasan untuk kita pada hari ini. Ianya sangat Rebel bagi gua. Ianya mempunyai bau-bau perjuangan kiri yang harum. Jadi apakah persoalannya jika ia diciplakkan?, ianya diciplak tetapi nilai estatika nya sungguh besar. Sebagai contoh, jika lu orang ada anak, dan anak lu tahu yang hari ini hari jadi lu, jadi dia bercadang nak bagi kad pada lu.....dia pon bukak komputer,ambil template kad......dan print...kemudian diatas template itu dia tulis dengan tangan dia sendiri ucapan "selamat hari lahir ayah". Gua yakin...berbunga hati lu bila terima kad itu walaupon lu tahu templatenya dari komputer kan?....lu tak kesah pon pasal template itu, tetapi apa yang lu kesahkan adalah nilai estatika kad itu kan?......itu yang penting. !!!!!
Jadi gua rasa isu ciplak lagu ini tidak sepatutnya dipolitikkan.......kerana memang sedia lu tahu politikus itu cilaka....merobek dan merosakkan adalah impian mereka. Dan orang yang respon pada isu ini juga tidak mahu mengulangkaji cerita di sebalik lagu kebangsaan kita kerana pada mereka apa yang penting adalah memenuhkan perut mereka sendiri sampaikan lupa yang otak mereka perlu juga dipenuhkan.....tampaknya bodoh berganda-ganda. Jangan sampai gua pulak yang keluar masuk konti dan paper untuk jelaskan perkara ini.....cemburu tanah air kita nanti !!!
p/s:jika membaca buku ramai yang hanya membaca mukadepannya......sedangkan kalau makan durian, tak pula hanya makan kulitnya sahaja.......