Monday, March 5, 2012

once a Looser not always a Looser

Usai gua menghabiskan beberapa keping roti arab,dengan jari yang masih diselimuti kuah saltah chegu amp melontarkan soalan, "apa agaknya rasa belanja makwe makan dengan duit PTPTN?".Gua pandang tepat muka chegu amp,riak muka gua cukup membutuhkan penjelasan.Chegu amp kata dia tak ada pengalaman masa belajar belanja makwe makan pakai duit pinjaman. "aku pon tak ada pengalaman yang semcam kau cakap"ujar gua. Maklumlah,masa gua study dulu makwe gua pon bukan nya sekampus dengan gua. Lagipun gua mana ada makwe,kalau ada pun,hanya makwe untuk beberapa bulan dan makwe yang sekarang ni dah jadi bini orang,cilaka,orang semacam gua ni makwe tak boleh lekat lama,maklumlah pipit dengan enggang mana boleh mengawan ye dak.

amp kata dia rasa diri dia masa sekolah dan di maktab semacam looser,takde makwe yang nak dikepit kesana kemari dibuat piala iringan. Gua pon begitu juga rasanya. jadi gua boleh katakan yang gua juga pada zaman belajar dulu looser. Ya looser untuk at that moment lah. Tapi bukan benda itu yang gua nak highlightkan,apa yang gua nak bagitahu adalah apa yang ada dalam dunia ni adalah tidak ideal,yakni tidak sempurna.Sebagai contoh jika waktu belajar dahalu kau orang tak pernah ada makwe ini bermakna kau orang dapat rasa bagaimana feel dia life without women dalam hari hari hidup kau sebagai pelajar,tetapi kau orang mungkin tak akan rasa keluar makan hari hari dengan makwe,sambil suap nasi sambil usha muke makwe lu....memang berselera ye dak? nasi sepinggan pon boleh habes. Contoh lain adalah kalau kau tak isap rokok zaman dok hostel dulu jadi kau tak ada pengalam thrill isap rokok sorok sorok dalam tandas maupon berkongsi rokok sebatang dengan lapan orang perokok lain. Jadi kesan dia,ada sesetengah moment yang kau tak akan lalui dalam proses kau nak membesar.

dalam hidup ini kau tak akan dapat rasai semua perkara,tetapi kau mampu untuk mencuba sebanyak mana perkara yang kau mampu cuba. Hidup bukan hanya sekadar kau mengikuti trend atau corak kehidupan belajar kerja kawen mati,its more than that. Pergi ke luar sana dan make ur own mistakes. Banyak benda yang kau boleh cuba sebelom kau mati agar kau tak akan hilang beberapa moment yang berharga dalam kehidupan kau. Kalau kau masih belajar,lakukan banyak perkara dan bukan hanya tumpu pada buku sahaja. Pergi backpack....pergi bersosial dengan kawan kawan...lakukan apa yang kau suka. Bukan apa gua yakin sepuluh tahun akan datang kau mesti akan terfikir kembali apa yang kau terlupa hendak buat pada usia muda kau. Pada masa itu kalaupun kau pegi lakukannya kembali,feel  dia tak akan sama dengan feel sepuluh tahun yang lepas. Mati hanya sekali...dan biarkan kematian kau itu sesuatu yang bermakna.......cheers