semakin hari semakin masa meninggalkan kita,semakin banyak tanggunjawab,semakin banyak masalah,dan semakin kita akan berubah menjadi seorang yang berbeza dari sebelumnya.Mungkin tak ramai yang suka untuk jadi dewasa,its a trap,and yes it is.Tetapi nak atau tak nak kau kena membesar.Jadi sebelum membesar gua sarankan agar kau nikmati kehidupan sekarang. Bukan apa takut nanti kau akan terperangkap dengan dunia yang pernah kau tinggalakan,dan akhirnya kau kekal di sana.
pernah kau jumpa orang yang kurang sensitivitinya?orang yang asyik memikirkan soal boifren gelfren?orang yang asyik bercerita soal kehidupan hedonisma nya?orang masih terperangkap dalam dunia remajanya?pernah?.....pada gua mereka begitu kerana pada waktu sebelum dewasanya mereka terlupa untuk menikmati zaman remeja mereka.Jadi akibatnya dikala orang sedang sibuk dengan urusan kerja mereka,mereka mereka ini sibuk dengan memikirkan baju apa yang padan untuk digayakan,kelab mana mereka luangkan,awek/pakwe mana yang patut mereka pikatkan.Bukan salah mereka total sebenarnya,tapi mungkin juga salah didikan keluarga maupon salah didikan di asrama dahulu.Low exposure mungkin kalinya.
dalam hidup ini kita semakin berusia,dan peningkatan usia sepatutnya sejajar dengan peningkatan pemikiran.Pokok kalau kau tanam pon sampai masanya akan besar,akan berbuah,akan lebih keras kulit luarnya,akan berubah warnanya. Itulah proses pembesaran.Kita perlu dewasa untuk apa?untuk mati sebenarnya,dan sebelum mati kita perlu lalu proses-proses kematangan,dalam dunia ini semua benda ada peringkat hidupnya.Dewasa itu satu proses,tak perlu takut untuk menghadapinya. Keep calm and just grow up.
Rumah flat,Penang,Malaysia