Sunday, March 27, 2011

Perempuan itu NISA'

Beberapa tahun lepas,gua tak reti pakai seluar jeans, gua tidak merokok dan pada masa tu gua kental sXe. Pada ketika itu jugak gua kenal seorang awek ni. Namanya NISA....khairunisa' bte riduan. Gua tak tahu apa sebab gua boleh syiok dekat dia, nak kata cantik biasa saja..nak kata solid tidak juga..yang gua tahu bila gua dengan dia hati gua bunga-bunga. Tapi yelah,gua masa tu kat seberang laut sana,dia pula ada di teluk intan,jadi hubungan tu jarak jauh lah orang kata. Kalau berjumpa pon pada waktu gua cuti sem gua ke sekolah dia. Itupon beberapa kali...pakai sebelah tangan je boleh kira.Masa tu dia pernah juga syorkan pada gua untuk mula pakai jeans...katanya dia suka lihat lelaki ber jeans. Mula-mula gua refuse juga...tapi ada satu hari tu gua keluar pergi cari seluar jeans. Maklumlah,masa tu si nisa ni akan pulang ke kelumpo untuk kerja sambilan sementara tunggu STPM. Gua ingat nak juga capaikan hajat dia untuk tgk gua ber jeans. Maklumlah,lelaki kan boleh berubah sebab wanita.....mulai saat itu gua mula memakai jeans dan sampai sekarang gua masih bersama jeans walaupon gua sudah tidak bersama nisa.

Hari ini semasa menghadiri walimah seorang rakan, gua terserempak dengan nisa....dengan berseluar jeans gua mengukir senyum pada nisa seolah-olah hati ini tidak pernah terluka.....nisa juga membalas senyuman gua walaupon gua rasa senyuman kami masing-masing kelat rasanya.





p/s:nisa benci orang yang merokok sebab nisa asthma.....gua merokok sebab gua tahu nisa benci perokok.....lagipon merokok itu tanda protes gua pada nisa...bodoh bukan gua

Buat Mesjid orang kata

Kebelakangan ini,ramai yang mengajukan soalan perihal kahwin dengan gua.Gua tak reti nak balas,selalunya gua senyum je walaupon senyum kelat. Maklumlah masa uncle-uncle gua umur tara-tara gua ni dulu anak dah tiga pat orang. Gua bukan xmahu kahwen, kalau gua tahu dulu bagaimana syiok nya kahwen,lepas UPSR gua nak kahwen. Tapi yalah,gua masih belum lagi sampai masa agaknya...keinginan tu ada....tp belum jatuh PERLU gua rasa. Alah macam ni...lu andaikan hidup single ni mcm naik moto....hidup berumah tangga ni naik kereta. Masa lu naik moto dulu,lu ader gak pasang angan nak beli kereta kan,tapi bila lu pikir pendapatan,kemampuan,serta kebolehan...lu akan kata "tak per lah,nanti tunggu stabil dulu baru beli kereta". Tapi bila lu dah up gaji sikit,mampu,dan boleh pasti lu akan beli kereta bukan....macam tu juga pada gua...keinginan untuk kahwin tu ada...tapi buat masa ini dan ketika ini belum lagi lah agaknya...gua belum mampu...yelah kemampuan tu bukan diukur dari segi wang ringgit sahaja berader...kemampuan tu skopnya besar..tanggungjawab....ilmu...kesabaran...dan lain-lain....nak beli kereta pon paling-paling tidak lu kena tahu selok belok kereta....tak gitu?







p/s: Kalau single tu moto,berkahwin tu kereta, kalau bercucu-cicit tu agaknya MPV maupon BUS gua syak