Pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke empat gua menetap di penang,tekak gua pon dah lali dengan nasi kandar,dah lali dengan pesemboq.Mata gua dah lali dengan anak mami dan amoi penang. Banyak perkara dah berlaku dalam empat tahun ini,kalau ada anak,dah boleh dah gua anto dia pegi tadika.Tahun ini jugak lah tahun terakhir candidature gua,dan gua harap gua boleh tamatkan apa yang gua dah mulakan.berkerja setahun dia sini memang macam macam gua dapat,dari ada rambut sampai total loss rambut gua,dari sehat sampai sakit kronik gua.Sekarang pula gua pegang status jobless,maklumlah tempoh masa mengajar sudah habis bro.Rakan kerja gua dulu pon dah beranak pinak dah sekarang,siap ada yang tambah cawangan lagi. Gua rasa penang tempat yang bagus untuk mencari pengalaman,untuk memulakan proses hidup,tapi untuk terus menetap di sini,gua tak sarankan,melainkan kau betol betol banyak wang dan sanggup memperjudikan kehidupan keluarga kau orang.Lagipon gua jenis suka hinggap sana sini,im a nomadic type of person.Ada peluang gua nak ke tempat lain pula selepas ini.......tempat yang jauh dari orang orang yang gua kenal.mungkin di satu sudut dunia yang tuhan saja tahu mana letaknya.
p/s: update pertama untuk bulan pertama
Rumah flat,Penang,Malaysia
Rumah flat,Penang,Malaysia