Sunday, December 27, 2009

gENTLEMENT

SALAM......benda ni dah lama bermain dikepala gua......selalu gua pikir,mengalahkan gua pikir masa depan gua yg semakin hari semkin suram ni....sejak dari dulu gua xpaham apa yang perempuan mahukan dalam erti kata maksud gentlement.Serius gua xpaham.....pada gua benda terlalu subjektif mcm soalan subjektif.....ikut level needs masing2.....soklan nya disini...bgaimana gua mahu bersikap gentlement.....walhal xder pon buku2 garis panduan yg mengajar sesorg bagaimana hendak jadi seorg yg gentle....Buku panduan utk memandu ader lah.....cukup gentle kah itu???.......tapi gua rasa,gua ada contoh yg mungkin boley tahan la gentle nya kot......org ni gua lihat

  1. selalu gua lihat beliau akan menghantar dan mengambil isterinya ke tempat kerja
  2. beliau xpernah meninggikan suaranya pabila isteri beliau sedang naik angin walaupun kadang2 beliau yang kena bebel...beliau akan diamkan diri aje
  3. jika isteri beliau tiada....beliau akan mengambil alih tugas sebagai isteri,mak,dan tukang kemas rumah
  4. beliau xpernah merungut tentang masakan isteri beliau walaupun kadang2 isteri beliau masak makanan yg beliau pantang untuk menjamahnya.....
  5. beliau akan minta maaf pd isteri beliau jika beliau yg melakukan kesalahan tanpa mengira EGO diri beliau sendiri
Mungkin xckup gentle lg bg sesetengah perempuan....tp pd gua..untuk seorg lelaki melakukan perkara diatas adalah amat2 sukar.....hendak pula pd ms sekarang ini...pd gua beliau sudah ckup gentlement.Lu org kena ingat beb...lelaki ni egonya tinggi......jadi kalau sebelom kawen dia boley gentle sama lu org gua xheran sgt......itu perkara biasa,tapi...kalau lepas kawen beliau tetap gentle dgn lu org......percayalah....Lu org adalah wanita yg bertuah dalam dunia ini......sekian