Tuesday, October 25, 2011

Perkahwinan itu dalam kepala otak gua bukan nya satu trend

Umur gua semakin bertambah,dari hari ke hari,bulan ke bulan,sampai gua tak sedar yang tahun depan gua akan masuk kumpulan akhir 20 an.Jadi trend baya baya umur gua ini selalunya adalah kerja dan Kahwin.Ianya macam satu pathway yang perlu diikuti oleh seorang lelaki normal,maupon wanita normal.Siapa yang tak mahu berkahwin,semua orang nak berkahwin,ye dak?.Senang cakap kalau gua pergi mana mana kenduri orang kahwin,orang bertunang,hatta kenduri doa selamat pun orang akan tanya "bila nak kahwin".dan jawapan padu dari gua tentulah "belajar pon tak habis lagi".

Gua ingat lagi,masa ibu ayah gua amik gua di lapangan terbang masa gua baru saja tammat belajar dulu,dalam kereta lagi ibu gua dah tanya "along tak ada calon ke nak hantar tanda".Ayah gua pulak tambah lagi "bukan apa,umur macam kau ni dah boleh cerita benda macam ni,belajar pon dah habis".Gua senyap aja,tengok luar tingkap kereta.Ibu ayah bukan main exited lagi nak suruh gua berbini,tapi gua ni ada planning gua sendiri.Gua bukan tak nak kahwin,cuma ada benda yang nak tangkap dulu sebelum gua tangkap anak orang.Lagipon gua tengok kerja dan kahwin pada masa tu sama macam gua tengok kuih donut yang tak ada lumuran gula di keliling dia,plain...macam tak complete orang kata.

Paling klimaks sekali bila gua dengan ayah gua drive balik kampung untuk ziarah nenek gua,dalam kereta dia ada tanya gua,apa plan gua lepas ni.Gua cakap yang gua nak sambung belajar lagi.Dia tanya gua "kenapa tak nak kerja,kenapa nak belajar lagi?" Gua senyum,gua cakap dengan dia yang gua tak nak hidup gua komma maupon noktah.Gua tengok muka ayah gua dah berkerut kerut,tak faham dengan jawapan gua barangkali. "kalau along kerja lepas ini,along akan kahwin,kemudian along akan ada anak mungkin,akan ada keluarga,akan settle life,dan mungkin 10,20,30 tahun mendatang ianya tetap sama,itu noktah bukan?" Ujar gua.Ayah gua cakap "tapi lepas kerja kan boleh sambung?"."lepas kerja berapa lama perlu menunggu? setahun,dua tahun,10 tahun baru kemudiannya boleh sambung?itu pula komma bukan?"Balas gua.Gua tak nak nanti 10  tahun kemudian kawan kawan gua sudah maju kedepan,tapi gua masih di tempat yang sama.....masih di takuk yang sama....seolah macam berlari 10 meter,gua berjaya lari sampai 5 meter,kemudian gua hanya berlari setempat sahaja,penyudahnya gua tak kemana mana....kekal disitu sahaja...sampai bila?.

pada gua, kehidupan pada takrifan gua bukan hanya kerja kahwin ada anak,ada cucu dan tunggu mati.Pada gua life is more than that.Bukan bermakna gua tak nak kahwin tak nak kerja tak nak ada family.Cuma buat masa ini perkara itu bukan matlamat utama gua lagi.Yelah apa yang gua buat sekarang ni sikit banyak untuk bakal bini dan anak gua jugak nanti,paling tidak kalau sekarang ni gua boleh makan mekdi maupon kepsi in future mereka pon boleh gua suapkan sekali,tak gitu?.Kepada Ibu dan ayah gua yang gua sayang gila babi, tunggulah sedikit masa lagi,bersabarlah....gua bukannya sempurna,tapi gua cuba untuk jadi sesempurna boleh.....tunggu gua,dan pasti ianya akan berbaloi insyaALLAH.Bak kata kawan gua,"megat kau rileks,sekarang ni kau ibarat bermain daun terup,kau biarkan orang lain letakkan kad kad mereka,dan kau hanya lihat sahaja,tunggu...sampai masanya kau letakkan kad SPADE kau,kad terhebat kau.....pasti kemudiannya kau yang akan mengawal permainan dan kemenangan itu akan ada dalam poket poket kau".

setiap orang ada plan sendiri,gua tak kesah lu kerja ke,belajar ke,mengganggur ke,asalakan lu ada sebab mengapa lu buat begitu, itu sudah baik......jangan kau buat sesuatu itu disebabkan ianya satu trend orang dewasa dan hanya ikut ikutan agar kau nampak normal sudah,bukan apa kita semua sudah besar,sudah dewasa,jadi setiap keputusan yang kita buat itu perlu ada rasional di sebaliknya okei !!!!






p/s: Life is the summary of all the things  you have done during  life......which, today steps is for tomorrow history 

2 comments:

faqhrule said...

tapi kadang2 persekitaran juga mempengaruhi tekanan ini. macam gua, gua agak tercabar bila kawan dan orang sebaya sekeliling gua ada anak comel, anak yang banyak kerenah, dan gua suka budak2.

meronta juga dibuatnya.

xmegoox said...

memang kawan....gua akui itu...tapi tak berbaloi hanya kerana nak seperti org lain,disebabkan rasa tercabar kita kahwin dan perlu hadap pekahwinan itu sampai mati.....bukan gua ckp tak patut kawin,cuma kahwin ini soal kehidupan lepas akad nikah itu,perihal sesuatu yang mengubah hidup lu.....jadi be prepared....kena betol2 sedia...kalau lu dah sedia,tak ada hal....pasti akan ada jalan dia utk lu kawen dgn mudah....smooth ja org kata...doa banyk2 minta dipermudah jodoh disamping bersedia utk ia.....sekian -ustad amirul-