Gua sebok sikit dua tiga hari ni,sebuk dengan tugasan pejabat.Tugasan pejabat dalam takrifan gua bukan lah sibuk menyiapkan laporan meeting dan merencana arah tuju syarikat,tetapi lebih kepada penyediaan paperwork utk geran juta juta dan buat slaid show persembahan untuk bos gua ke bandung nanti.Tu belum kira lagi kerja nak menanda laporan amali student lagi.
gua sebenarnya dari dulu lagi wondering tentang takrifan sweet bagi golongan makwe-makwe nih,gua tak tahu apa definisi sweet pada dia orang,sebab pada perspektif lelaki mungkin sweet ini sesuatu yang sungguh amazing,walhal bagi golongan makwe kalau kau berjaya buat sesuatu benda yang kecil pun ia dah dikira sweet.Kita ambil contoh,katakan seorang lelaki bagi sms ucapan selamat pagi dengan ayat "hari ini matahari sungguh menyinar,sama cantiknya macam senyuman awak!!!! gud morning"mungkin ada sesetangah makwe katakan wish sebegini adalah sweet,sedangkan pada golongan lelaki pulak ini adalah ayat lelaki yang mengjengkelkan.Pada gua pulak,bagi seorang lelaki,kau akan nampak sweet bila kau ajak makwe kau keluar,dan katakan kau nak belikan sesuatu untuk mak kau,kemudian bila kau dah beli,dah balut cantik cantik kau katakan yang ianya untuk makwe kau,dan kemudian dia akan stunned !!!! oh itu sweet pada gua. Ataupun kau buat buat lupa hari lahir si dia,dan suddenly kau hantarkan hadiah yang dia inginkan melalui pos,dan dia juga tak expect ianya dari kau,sweet juga pada gua.Contoh lain katakan kau tanya makwe kau lagu apa yang dia suka,dan ketika itu juga kau nyanyikan lagu itu secara live tanpa peduli pitching kau lari ke laut, itu sweet bukan?
jadi mungkin pada lelaki sweet ini adalah sesuatu perkara yang kau lakukan sampaikan makwe makwe amazed dgn tindakan kau,nak lagi sedap kalau dia sampai speechless,kalau kau buat begitu memang win lah orang kata, awesome geng !!!.Orang perempuan ni pada gua dia menilai sesuatu kemanisan (sweet) itu secara quantitative tanpa mengira besar atau kecil kemanisan itu,tak kesah lah kau nyanyi pitching ke laut ke,kau hanya bagi bunga tahi ayam ke,maupon kau wish dia dengan ayat ayat manis.Ianya adalah sama,ianya sweet.Bebeza dengan lelaki yang menilai kemanisan itu dari segi qualitative aspek.Qualitative aspek ni adalah seperti kau buat sesuatu yang betol-betol menyebabkan lelaki itu rasa kau menghargai dia,dan kau betol betol ingin dia tahu that he is really a someone for U !!!.Senang cerita lelaki ini nak kau treat dia lain dari kau treat lelaki lelaki lain,alah macam limited edition la lebih kurang.
tetapi,semua orang tidak sama penilaian nya,mungkin pada makwe makwe yang bercitarasa tinggi kau kena belikan dia set kasut jimmy choo maupon tas tangan Luis Vuitton baru dia akan rasa kau ni sweet,tetapi pada makwe makwe yang regular mungkin cukup kalau kau dendangkan dia lagu dan petikan gitar untuk dia sebelu tidur sudah memadai. Bagi lelaki pulak,kalau kau spend masa dengan dia untuk tengok bola sepak bersama dekat kedai mamak itu dah cukup sweet barangkali.Kalau nak lagi champion,kau masakkan makanan kegemaran dia,kompem dia akan rasa kau ni makwe yang paling sweet.
Pada gua pula,sweet ni mudah je takrifan dia,kalau kau belikan 2 kon aiskrim,satu untuk kau dan satu untuk gua,kemudian kita sama sama makan di atas tembok batu maupon di atas rooftop bagunan sambil melihat hiruk pikuk dunia, itu sangatlah sweet pada gua,sweet dia sama macam dalam dunia ini tiada lagi hidupan lain, yang ada hanyalah kau dan gua bersama dan masa seolah olah berhenti kemudiannya,noktah.
2 comments:
entry ni pun sungguh sweet !
Sweet ke geng?kah kah kah
Post a Comment