Thursday, July 15, 2010

Entry ini serius

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini,aku ditakdirkan untuk melihat satu kisah kehidupan manusia yang selama ini berlaku disekeliling aku tanpa aku sedari.Bermula dengan tatapan mata aku terhadap status rakan-rakan aku di facebook.seorang kawan aku statusnya agak keciwa dengan cinta......dan dia tidak gembira,hmmm aku bukan tahu sangat untuk menyedapkan hati orang,aku komen ala kadar sahaja.Benar,kecewa dalam percintaan memang menyakitkan....aku juga pernah gagal dalam percintaan,apa yang aku boleh katakan sebenarnya soal perihal cinta dan jodoh ini adalah soal rezeki...soal ini telah ditetapkan kepada setiap orang dan ianya berbeza bg setiap orang.Ada yang bercinta kemudian kawin..ada yang bercinta tp xberkahwin...ada juga yang xbercinta dan kahwin...x kurang juga yang xberkahwin...cinta ini seolah2 perkara ghaib yang kamu xakan ketahui,ianya mungkin akan hadir.....cepat atau lambat...atau mungkin x akan hadir....ianya seolah-oleh kamu menantikan apa yang akan berlaku pd hari esok sedangkan kita xakan tahu tentang hari esok....ianya rahsia...rahsia Allah.

Jadi pd aku buat apa mahu dirisaukan benda yang belum pasti...dan buat apa diratapi benda yang telah terjadi....ianya tiada maknanya......hanya kamu akan menambah kekusutan akal maupon kerunsingan hati......Mungkin kamu akan katakan,aku xrasa apa yang kamu rasa....benar,memang benar....tapi berpeganglah pd janjinya....bahawa jodoh itu telah ditetapkan sejak anak adam berada di dalam perut ibunya....jika tiada jodoh di dunia tidak apa..kerana akan ada jodoh kamu di akhirat kelak....lagipon adakah dunia ini matlamat kita....adakah kita perlukan sangat2 seorang lelaki/wanita sedangkan akhirnya dia akan mati juga.....mengapa kamu bermatlamatkan cinta dunia sedangkan cinta yang selayaknya untuk pemilik jiwa kamu di kehidupan seterusnya......mesti kamu akan berkata "kamu cakap bolehlah,cintakan ALLAH konon,perlaksanaanya x pon" tapi kamu kena ingat sekurang-kurangnya aku mencuba,dan paling tidak aku xterkilan jika aku tidak lagi bertemu hak cinta aku.....sebab aku ada tempat pergantungan aku....pada dia,pada dia yang merupakan tuan aku,pemilik mutlak aku...aku percaya pada dia...dan apa yang dilalui oleh aku adalah mengikut perancangan yang terbaik dari dia buat aku.....kamu sebenarnya mungkin lupa dan termakan hasutan-hasutan golongan tertentu yang mahu kamu dipisahkan dari Tuhan kamu......mereka mecipta virus cinta.....dimana virus ini menyebabkan kamu akan kecewa,tertekan,murung disebabkan cinta...lalu kamu akan lalai mengingati ALLAH...kamu akan kecewa dengan apa yang berlaku bahkan kamu akan menyalahkan perancangan ALLAH sedangkan ALLAH merancang yang terbaik buat kamu......kamu lupakan bahawa kamu pernah berjanji bahawa"hidupku,amalku,dan matiku hanya untuk ALLAH"...dimanakah pelaksanaanya??????adakah kamu berjanji bahawa "hidupku,amalku,dan matiku hanya untuk dunia ini"....

Tidak wahai saudara...tidak......sebenarnya inilah yang dilakukan oleh golongan-golongan tertentu yang mahukan kamu supaya menjadi hamba dunia,cintakan dunia....dan berpandangan bahawa dunia ini kekal selama-lamanya dan akhirat itu hanya illusi semata-mata......ya,kamu mesti berkata"mana ada...dunia akan kiamat,akhirat tu kekal"owh....saudara....mulutmu yang berkata...perbuatan mu,hati mu.....kontradiksi dengan itu semua....kamu asyik mengejar dunia ini...berkerja sampaikan kamu lupa untuk meluangkan masa utuk ALLAH.....siangku berkerja...malam mu berehat....senggangmu berhibur....bilakah masa kamu untk pencipta????...."owh aku solat juga"ya kamu solat....cuba kita ambil ini sebagai ideologi....kita boleh makan nasi kosong bercicah garam sebagai menu minima untuk diterima oleh perut.....tetapi kita xmemilih itu...kita memilih kuah kari...masak lemak....lauk ayam..ikan...daging....sayur...air asam dan lain2....mengapa?....sebab kita mahukan kepuasan tubuh kita.....jasad kita....begitulah dengan jiwa kita saudara.....kita solat 5 waktu tu menu minima sahaja.......dan jika dapat kita digalakkan untuk menambah ibadah dengan solat sunat.....sedekah....dll......bagi memenuhi tuntutan jiwa kita.....

Ingat kawan-kawan yang akan mati adalah jasad.....jiwa/roh akan kekal....dan jiwa ini lah yang akan diazab kelak......."sedangkan jika kita bermimpi sewaktu tidur yang kita ditumbuk kita rasa sakit walaupon jasad kita xsakit.....cuba bayangkan jika kita diazab nanti....begitulah sakitnya....sama sahaja...jiwa kita yang akan sakit kawan-kawan.......berbalik pada soal cinta tadi....pada aku,redhalah dengan ketentuannya......jika kita belum ada rezeki untuk bercinta,berkemungkinan kita belum lagi bersedia sepenuhnya......berlapang dada lah kerana paling tidak saudara sekalian terhindar dari dosa2 yang bakal terjadi jika saudara bercinta....jika saudara belum berkahwin bersyukurlah sebab saudara terlepas dari satu tanggungjawab yang besar......pendek kata bersyukurlah dengan apa yang telah saudara peroleh pada hari ini.......ingatlah...jika kita berdoa untuk kuat,kita akan peroleh kesakitan,jika kita berdoa untuk kejayaan kita akan peroleh kegagalan,dan jika pilih kesenangan kita akan beroleh kesusahan....mengapa?kerana fitrah manusia itu diperbahrui........dan manusia sentiasa berubah....jika kita mahukan kejayaan kita akan dapat kesusahan barulah dengan itu kita akan berubah ke kejayaan...jika kita minta kekuatan kita akn diberikan kesakitan supaya akan datang kita berubah dan akan lali dengan kesakitan it lalu menjadi kuat......begitulah hebatnya kuasa pencipta......ianya seolah2 killing 2 birds with one stone.....2 dalam 1....fikirlah....

Jika kita rasa kita susah harini...bukan bermakna kita akan susah di hari seterusnya.....jika kita miskin harini...bukan kita akan miskin di hari seterusnya......keadilan ALLAH itu ada....dunia yang kita kejar hari ini hanyalah umpama sepohon kurma di padang pasir untuk tempat berteduh sahaja.....dikala dunia yang kucar kacir hari ini adakah kita melihatnya sebagai satu fenomena biasa atau satu fenomena peringatan buat kita untuk persediaan di penghidupan seterusnya kelak........bersyukurlah,kerana kamu yang membaca tulisan ini masih lagi diberikan nafas....degupan jantung..pancaindera.....kemudahan internet.....sebuah pc/laptop....dan lain2 kemudahan yang mungkin xdapat dinikmati oleh sesetengah daripada manusia2 lain...belajar untuk bersyukur dan bercukup-cukup dengan apa yang diperoleh.....semoga ALLAH MELIMPAHKAN LAGI RAHMATNYA KEPADA KITA..,=)

2 comments:

faqhrule said...

tu diaaa entri, berpinar mata!

xmegoox said...

urgh.....entry karangan spm ni chegu