Wednesday, May 5, 2010

Teh sechawan buat hati yang gelisah

Assalamualaikum w.b.t

Owh...seorang punk rocker telah menjadi manusia normal seperti manusia-manusia robot yang lain,mana tidaknya,tekanan kerja membuatkan beliau seperti ingin separa gila,aksi2 berkeliaran di sekitar dalam lab merangkumi 28 lap cukup membuktikan beliau sedang mengalami sindrom otak akut yang teruk.Selesai satu tugasan datang tugasan yang lain...bertimpa-timpa seperti kamu bermain game tetris di dalam konsol permainan video atari maupon gameboy.Beliau terus sabar meghadapi tekanan-tekanan yang mendatang.....cuma sabarnya mungkin ada batasnya.....menanti masa utk explode...seperti tragedi Krakatoa maupon tragedi oktober (langsi,mana cerita ni xder tragedi lansong pon).Atas nasihat cik Azimah Halim (kenalan di zaman matrikulasi yang totally flower power)beliau mengambil keputusan utk menikmati sechawan teh buatan negara ratu Elizabeth.....sekajap sahaja aroma dan kenikmatan teh tersebut membawa beliau kembali ke zaman kolonial dahulu......seperti berada di sekitar fulham road sambil menikmati hiruk pikuk aktivitas manusia-manusia picisan.....walaupon ianya sementara,sekurang-kurangnya beliau berjaya keluar sebentar dari teka-teki tekanan....aneh,ianya seperti kamu baru selesai stoned....dikala ini beliau rindukan sedutan2 sebatang rokok gudang garam mahupon sampoerna...ia betol2 mendamaikan..
.....


sekadar berkongsi perasaan
(megat azlan azmi)

0 comments: