The spear and the kerambit
Umum diketahui,satu tragedi telah berlaku dan masih lagi berlanjutan di tanah borneo sana.Banyak spekulasi,khabar angin,malahan khabar angin yang menjadi kenyataan telah dikeluarkan di media media maya sampaikan gua sendiri pon pening nak menilai,maklumlah,walaupon butang share itu ada,kita tak boleh suka suka hati mak bapak kita nak share perkara yang belum tentu ada sahihnya (bagi orang yang rasional).Hatta ramai juga pakar pakar strategist ketenteraan yang lahir dari dunia maya ini,tak cukup dengan itu,terdapat juga segelintir yang dengan terbuka dan lantang menghentam kredibeliti pasukan keselamatan negara.Yang ahli politik cuba menjadi panglima agkatan tentera (PAT),yang artis cuba menjadi pengarah turus perisikan cawangan khas(SB),yang pelajar cuba menjadi pemikir ketenteraan bagaikan Hannibal Barca,dan tak kurang juga rakyat marhaen yang cuba menjadi adjutant Rejimen Gerak Khas 21 Komando.
pelbagai bidasan telah dibuat oleh masyarakat awan mengenai kelemahan dari segi strategi,operasi,taktikal,pergerakkan aset aset keselamatan,serta bidang kuasa yang sepatutnya.Gua bukan apa,sebelum bercakap,cubalah diam sejenak fikir sebentar,ini sampai ada yang berkata pada gua "kenapa tak bom saja pakai jet pejuang","kenapa tak tangani dengan cepat isu ni sampai bagi masa 14 hari",kenapa tak berikan tanggungjawab pada askar",kenapa tentera naik pesawat Air Asia bukannya pesawat tentera" tak kurang juga ada yang menulis di media maya "kenapa tak pakai peluru getah dan senjata teaser","kenapa tak pakai pasukan penembak tepat"dan paling best "kenapa nak sembunyikan maklumat daripada rakyat",serta banyak lagi soalan soalan lain serta cadangan cadangan lain yang unik.
pada hari pertama lagi kes pencerobohan ini,pihak polis diberi tanggungjawab untuk menanganinya ditambah dengan kehadiran tentera sebagai lapisan kedua,disini menjadi persolan mengapa polis KDN ambil alih bukan angkatan tentera MINDEF.Kedatangan penceroboh ini diklasifikasikan sebagai kedatangan anasir luar bukan tentera ke dalam negara yakni mereka ini dilabel sebagai penjenayah,macam PATI lah,tapi bersenjata,sama juga kes kalau yang datang tu penyeludup tapi bersenjata,sah-sah ia dibawah tanggungjawab pasukan polis kerana bidang kuasa polis adalah termaktub dalam bidang kuasa kementerian dalam negeri.Katakan penceroboh datang dari negara jiran,bawak senjata masuk kampung rompak kampung,jadi adakah wajar anggota tentera dikerahkan?,tentulah tidak,kerana ia bidang kuasa pihak polis.Berbeza dengan kes pencerobohan tentera indonesia satu ketika dahulu di sekitar labis,dan kalimantan,pada waktu itu jelas yang datang menceroboh adalah pasukan tentera,jadi sesuai kita pair kan dengan kerahan tentera kita sebab ia diklasifikasikan sebagai army invasion. Kalau nak tahu lebih lagi mengenai penjelasan mengenai hal kenapa polis bukan tentera gua cadangkan baca http://www.pisau.net/kenapa-guna-polis-bukan-tentera/ untuk penjelasan dan banyak lagi web yang menjawab hal ini.
selain itu isu memberikan masa yang terlalu banyak juga dibidas,pada gua,dalam hidup ini semua perkara berperingkat,kita lihat,dalam ujian misalnya kenapa kau orang diberi masa satu semester untuk mengaji sebelum menduduki peperiksaan walhal boleh saja kalau hari ini kita belajar esok terus final exam,itu lebih cepatkan,dan lebih kejam kata student2 yang pro mahasiswa.Jadi dalam konteks ini pelbagai proses perlu dilalui yakni,proses pujukan,proses rundingan,proses merangka strategi dan lain lain yang gua sebgai orang awan tak tahu menahu. Katakan jika 14 februari lalu pencerobohan berlaku,dan selang dua hari terus kita ambil langkah ketenteraan,pasti akan ada yang kata kerajaan bersikap zalim,tak beri peluang yang cukup untuk pintu rundingan,tambahan pula yang menceroboh itu orang islam juga,jadi pada gua buat cepat pon salah,buat lambat pon salah.Nak masuk exam pon kena study dulu boh,bukan main masuk je exam hall jawab,macam tu juga dengan menagangani hal ini,kena risik dulu kekuatan anggota,senjata apa,siapa yang terlibat dan macam macam lagi.
semalam pula isu 21 rejimen askar melayu diraja (RAMD) naik pesawat air asia dipersoalkan,pada gua apa masalahnya hantar army pakai commercial aircraft,tak menjadi kesalahan pon,dan sedia maklum bahawa sebenarnya kita hanya ada 15 pesawat pengangkut hercules C-130,satu daripadanya digunakan untuk rondaan maritim jadi tinggal 14,dari 14 itu ada di antaranya digunak untuk misi pengaman di negara luar seperti di afghanistan.Jadi orang masih bertanya mengapa perlukan air asia,bagi merungkai krisis ini gua pinjam gambar dari blog power http://blogserius.blogspot.com yang menunjukkan bagaimana sempitnya ruangan kargo C-130 hercules
jadi bagaimana?sempit bukan........adakah kita yang memerlukan khidmat perwira perwira kita ni untuk berhadapan dengan bahaya duduk di dalam ruangan yang sempit ini,bukannya duduk sekejap,makan beberapa jam pula tu nak ke sabah,moral boleh down brader.....down.Jadi bak kata obifiend blog serius "the least thing we can do is to give them nice chair to sit on"...dengan ini pesawat pengangkut kita dapatlah digunakan sepenuhnya sebagai pesawat logistik bagi membawa peluru,ration,dan kelengkapan ketenteraan lain. Untuk penerangan lanjut sila baca entry http://blogserius.blogspot.com/2013/03/serius-komik-kenapa-angkatan-tentera.html
Isu pakai peluru getah dan senjata teaser (http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/krisis-lahad-datu-polis-patut-serang-guna-peluru-getah/) memang idea paling hebat gua pernah baca,memang power idea ni,mungkin boleh menang noble prize untuk keamanan nanti.Pada gua daripada sambut dengan peluru getah dan teaser,baik sambut dengan kompang dan bunga manggar feat silat pulut,peh peh peh. Siap kata yang penceroboh pakai senjata uzur,aduhhhhhhhhh,nah gambor
nampak uzur tak senjata mereka?kalau siap dengan pelancar grenade m203 lagik,bukan uzur ni geng,ni kira dah up to date.Lagipon uzur macam mana pon senjata tu,ia tetap senjata,dan masih mampu membunuh ye dak.
last sekali perihal mengapa perlu sorok maklumat dari awam,pada gua lah kan kalau bagitahu semua perkara pon pada awam,apa keperluannya,sebab ia mungkin akan mencetuskan huru hara dan chaos,lagipon kita hanya orang awam,kita hanya perlu letakkan kepercayaan kita pada naggota keselamatan,tak perlu tahu semua perkara.Selain itu takut juga ada antara maklumat yang bocor dan tersebar luas melalui media,maklumlah orang malaysia ni banyak yang tak pandai simpan rahsia,semua benda nak cerita di internet,kononnya dialah yang paling updated walhal dalam tak sedar dah jadi pengkhianat negara.Sebagai orang awam kita hanya akan tahu apa yang perlu kita tahu,lagipon kita tak boleh berbuat apa-apa buat masa ini,katakan kita tahu strategi pihak berkuasa dalam menggempur pasukan penceroboh,apa kita boleh buat?apa kita boleh bantu?end up kita update kat laman sosial dan dengan mudahnya rahsia sulit bocor...........
bersamalah kita berdoa agar krisis ini dapat ditamatkan segera,mungkin ada yang kata ia agenda politik,ia konspirasi, ia drama king,pada gua apa yang pasti lapan darah perwira telah tumpah membasahi bumi,bukan masanya nak salahkan mana-mana individu maupon parti politik,apa yang penting,selesaikan dahulu perkara yang telah berlaku,setelah tamat,kumpullah bukti masing-masing,sisatlah dengan terperinci,pergilah naik turun mahkamah,ini belum apa-apa lagi ada yang dah mula menyaman,ada yang dah mula kata orang ni buat drama,orang ni ada bertemu orang itu,orang ini sedara mara orang ini,sedangkan negara kita di ambang peperangan,masing masing masih sebok membetulkan seluar dalam masing-masing. Kepada yang mengikuti krisis ini,bacalah dengan teliti,fahami setiap frasa,read between lines and mungkin anda akan nampak sesuatu rumusan.Jangn mudah membuat konklusi,tanpa bukti,cuba jadi pengkaji berilmiah bukannya pengunyah sumber sehala,nilaikan bukan jatuhkan konklusi
may ALLAH be with our troops......amin
p/s: lapan orang anggota keselamatan yang gugur ke bumi bukan drama lagi......ia akan menjadi sejarah di kemudian hari