Thursday, November 14, 2013

Tenat

Sepatutnya gua punya belajar dah nak sampai hayat,tapi itulah,gua pemalas tahap ungka.malas sangat sampai gua tak move on...feel dia macam cilaka punya rasa,nak menangis pon ada,nak buat kool pon ada,nak terajang hewan pon ada. Gua jamin kalau ada pondan tengah menari nari lentok depan gua sambil buat gaya menggoda pasti gua jack perut dia sampai dia jadi lelaki semula....Orang kata lepas hujan pasti akan ada pelagi,aku kata lepas hujan kau akan basah, baju kotor kena becak lopak air,selsema dan demam tahap kronik....silap-silap kau perlu jumpa doktor......pelangi lah sangat,pelangi kepala hangguk kau.
















nota kaki kudis: Tuhan,jangan buat aku cenggini, tolong.

Saturday, October 19, 2013

Restart

Aku mula dengan cucuh sebatang rokok.......log in akaun blog,mula buat entri.....lepas ini aku akan komited dengan apa yang aku dah dengan mulakan.....aku akan habiskan....cuba untuk siapkan.....aku mulakan ia dengan kalimah bismillah........semoga ada kekuatan yang mendorong aku ke sana.....

















amin.....

Tuesday, September 17, 2013

Hebahan

Gua nak kabor ni, sape-sape peminat terfaktab yang berhajat nak bergambor,ambik tanda tangan,maupon meluangkan masa berkualiti dengan aqram,lep-lep serta syed terfaktab bolehlah hadir ke rumah gua mula jam ini sehingga hari isnin depan......caj masuk,rm 5.00 seorang berserta pakej bergambar bersama rumate gua yang famous.....sekian














p/s: bukak  bisnes perdagangan orang dengan harapan boleh cepat naik pelamin

Tuesday, July 16, 2013

Speed as lightning

Kau orang dapat gambar kan tak perasaan dia bangun dalam masa lebeh kurang 15 minit lagik nak masuk waktu subuh,time time cenggini lah telur dadar feat kicap kipas udang adalah menu paling sedap masuk dalam ruang perut korang,time cenggini jugaklah kau orang boleh menyental nasik dalam masa 5minit sepinggan dimana kau makan nasi dah macam mesin shredder kertas berkerja....peh peh peh boleh tahan bebal jugak feel dia gua rasa.......nasi,air kosong,buah kurma feat asap rokok masuk bertalu-talu silih berganti.....ah, ni la dia kesan kalau takde lagi bini disisi.

Sunday, July 7, 2013

Barbie doll bagi seorang Lelaki

satu pagi yang damai,di sekitar Rope Walk

Gua: Bang ni figure ni satu berapa
Peniaga: Satu RM 20 dua hang amik RM 30
Gua: Tengok jap boleh tak bang(sambil belek-belek figura aksi keluaran Dragon)
Peniaga: Boleh,ni patung ni depa pegi ekspidisi ke Alaska
Gua: ha?Alaska(sambil belek-belek lagi melihat defect)
Peniaga: Ye la,tengok dia pakai baju sejuk.
Gua:RM 25 saya ambil dua amcam bang?
Peniaga:Amek kat hang lah.....
Gua: Babi apa figurapakai kevlar vest siap tactical webbing plus balaclava pegi alaska (sambil berpuas hati dengan pembelian hari ini)




mana kau nak dapat figura aksi dari dragon dengan harga rm 25 dua.....hanya di Rope Walk sahaja....kah kah kah



p/s: gua tinggal nak cari sepucuk pistol,pisau,senapang serta megazine peluru saja untuk complete kan figure gua ni....peh peh peh 

Friday, May 31, 2013

Stripper

Pagi tadik tengah sedap sedap gua mimpi emma maembong,boss gua email tergempar mintak buatkan abstrak untuk symposium KTP MOHE pada hujung ogos depan.Kelam kabut gua bangun dari tilam separa nipis gua,bersiap-siap pegi mengadap mohon pencerahan.Hasilnya dapatlah gua task untuk menyipakan abstark untuk dihantar pada isnin ini,full research paper untuk dihantar ujung bulan juli depan,serta bonus task yakni membentangkan hasil kertas penyelidikan bagi geran KTP MOHE augustus ini.

sebagai seorang pekerja yang berdedikasi gua denga jerih perihnya menyiapkan abstrak berbahasa penjajah tu pada petang tadi,tapi kalau kau orang ada dengan gua harini lu orang akan nampak gua stress tahap nak kena rasuk dengan jembalang api.Yang paling tak boleh blah sekali bila office mate gua tanya gua "kau tengah buat paper ke megat?"gua angguk kan aje.......usai je gua angguk dia siap boleh gelak siap menari-nari depan gua meraikan tekanan kerja yang gua kena hadap......cilake,itulah dia kawan....time susah tolong strip kah kah kah,.....kau boleh bayangkan tak,bini orang anak satu umur penghujung 30 an menari gelek-gelek depan kau....peh peh peh  ngeri siot......

terhibur jugak gua seketika dengan hilai tawa mereka mereka yang menghiburkan hati gua kebelakangan ini,thats whats a friends for right?








We’re best friends. When you fall, I’ll always pick you up…after I stop laughing and take a picture.

Thursday, May 30, 2013

Rises

Gua decide post beberapa gambor untok tatapan kau orang......apa orang kata,buat lepas kerinduan,kah kah kah......ini kira rangkuman hidup gua  sejak gua dah lama tak update blog sampai sekarang,nak cerita banyak banyak karang kau orang bukan nya suka membaca...ye dak

 Hidup gua selalunya macam ni lah,kebanyakkan gelap,banyak sangat cobaan,kalau ada sinar pon sikit-sikit,kadang kadang malap....maklomlah hidup student ni kata orang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,jadi jangan nak minta mintak gua belanja makan ke,minum ke,apa entah lagi belanja tengok wayang maupon tudung ropol-ropol...gua tendang karang
 hari hari masuk makmal,kadang kadang masuk petang,kadang siang,malam gua tak berani,orang kata tempat tu banyak hantu.....cilake apa hantu menginap kat makmal...tak takut cancer ke
petang baru gua balik,kalau dah balik tu wajib la gua tengok tibi,tengoklah rancang adik adikku ke,mari mengaji ke,maupon cerita boboiboy.....kau dapat gambarkan tak bosannya hidup gua..dapat tak?
 sedap sedap lepas mandi pekena makan malam,sini pulak bench work gua.......aktiviti yang lazim gua buat dengan rokok sekotak,air segelas.....gua perah otak buat apa yang gua patot buat....tapi selalunya gua perah punya perah,setitik idea pon tak keluar...last-last gua bukak game.....itu yang sebenornyer
 esok macam biasa balik,gua pakai ala kadar,gua pegi makmal balik....tengok lah kalau ada benda benda yang boleh buat kat school gua,kadang kadang gua tolong buat kultur,kadang gua pegi refill liquid nitrogen,kadang gua jadi ofis boi pegi anto surat,hatta tolong mop lif pon gua buat.......peh
itulah dia rutin harian gua setahun dua ni,umur makin lanjut,belajor belum lagi habis,rambut makin kurang.....bila orang dah jauh kedepan,miliki apa yang mereka mahu,gua masih lagi dengan hidup yang kelam...ibarat macam kau dalam terowong,gelap,nampak ada cahaya samar,tapi tak tahu bila kan jumpa jalan keluar. Teruskan berjalan.......jangan putus harap,sebab jika kau putus harap,detik itu juga kau gagal sebab tidak melakukan apa-apa........Jadi,tetapkan azam,kuatkan minda dan JUST CARRY ON !!!!! 









I hated every minute of training, but I said, “Don’t quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion.”  -Muhammad Ali-

Monday, March 4, 2013

Insurgensi 13

     The spear and the kerambit 

Umum diketahui,satu tragedi telah berlaku dan masih lagi berlanjutan di tanah borneo sana.Banyak spekulasi,khabar angin,malahan khabar angin yang menjadi kenyataan telah dikeluarkan di media media maya sampaikan gua sendiri pon pening nak menilai,maklumlah,walaupon butang share itu ada,kita tak boleh suka suka hati mak bapak kita nak share perkara yang belum tentu ada sahihnya (bagi orang yang rasional).Hatta ramai juga pakar pakar strategist ketenteraan yang lahir dari dunia maya ini,tak cukup dengan itu,terdapat juga segelintir yang dengan terbuka dan lantang menghentam kredibeliti pasukan keselamatan negara.Yang ahli politik cuba menjadi panglima agkatan tentera (PAT),yang artis cuba menjadi pengarah turus perisikan cawangan khas(SB),yang pelajar cuba menjadi pemikir ketenteraan bagaikan Hannibal Barca,dan tak kurang juga rakyat marhaen yang cuba menjadi adjutant Rejimen Gerak Khas 21 Komando.

pelbagai bidasan telah dibuat oleh masyarakat awan mengenai kelemahan dari segi strategi,operasi,taktikal,pergerakkan aset aset keselamatan,serta bidang kuasa yang sepatutnya.Gua bukan apa,sebelum bercakap,cubalah diam sejenak fikir sebentar,ini sampai ada yang berkata pada gua "kenapa tak bom saja pakai jet pejuang","kenapa tak tangani dengan cepat isu ni sampai bagi masa 14 hari",kenapa  tak berikan tanggungjawab pada askar",kenapa tentera naik pesawat Air Asia bukannya pesawat tentera" tak kurang juga ada yang menulis di media maya "kenapa tak pakai peluru getah dan senjata teaser","kenapa tak pakai pasukan penembak tepat"dan paling best "kenapa nak sembunyikan maklumat daripada rakyat",serta banyak lagi soalan soalan lain serta cadangan cadangan lain yang unik.

pada hari pertama lagi kes pencerobohan ini,pihak polis diberi tanggungjawab untuk menanganinya ditambah dengan kehadiran tentera sebagai lapisan kedua,disini menjadi persolan mengapa polis KDN ambil alih bukan angkatan tentera MINDEF.Kedatangan penceroboh ini diklasifikasikan sebagai kedatangan anasir luar bukan tentera ke dalam negara yakni mereka ini dilabel sebagai penjenayah,macam PATI lah,tapi bersenjata,sama juga kes kalau yang datang tu penyeludup tapi bersenjata,sah-sah ia dibawah tanggungjawab pasukan polis kerana bidang kuasa polis adalah termaktub dalam bidang kuasa kementerian dalam negeri.Katakan penceroboh datang dari negara jiran,bawak senjata masuk kampung rompak kampung,jadi adakah wajar anggota tentera dikerahkan?,tentulah tidak,kerana ia bidang kuasa pihak polis.Berbeza dengan kes pencerobohan tentera indonesia satu ketika dahulu di sekitar labis,dan kalimantan,pada waktu itu jelas yang datang menceroboh adalah pasukan tentera,jadi sesuai kita pair kan dengan kerahan tentera kita sebab ia diklasifikasikan sebagai army invasion. Kalau nak tahu lebih lagi mengenai penjelasan mengenai hal kenapa polis bukan tentera gua cadangkan baca http://www.pisau.net/kenapa-guna-polis-bukan-tentera/ untuk penjelasan dan banyak lagi web yang menjawab hal ini.

selain itu isu memberikan masa yang terlalu banyak juga dibidas,pada gua,dalam hidup ini semua perkara berperingkat,kita lihat,dalam ujian misalnya kenapa kau orang diberi masa satu semester untuk mengaji sebelum menduduki peperiksaan walhal boleh saja kalau hari ini kita belajar esok terus final exam,itu lebih cepatkan,dan lebih kejam kata student2 yang pro mahasiswa.Jadi dalam konteks ini pelbagai proses perlu dilalui yakni,proses pujukan,proses rundingan,proses merangka strategi dan lain lain yang gua sebgai orang awan tak tahu menahu. Katakan jika 14 februari lalu pencerobohan berlaku,dan selang dua hari terus kita ambil langkah ketenteraan,pasti akan ada yang kata kerajaan bersikap zalim,tak beri peluang yang cukup untuk pintu rundingan,tambahan pula yang menceroboh itu orang islam juga,jadi pada gua buat cepat pon salah,buat lambat pon salah.Nak masuk exam pon kena study dulu boh,bukan main masuk je exam hall jawab,macam tu juga dengan menagangani hal ini,kena risik dulu kekuatan anggota,senjata apa,siapa yang terlibat dan macam macam lagi.

semalam pula isu 21 rejimen askar melayu diraja (RAMD) naik pesawat air asia dipersoalkan,pada gua apa masalahnya hantar army pakai commercial aircraft,tak menjadi kesalahan pon,dan sedia maklum bahawa sebenarnya kita hanya ada 15 pesawat pengangkut hercules C-130,satu daripadanya digunakan untuk rondaan maritim jadi tinggal 14,dari 14 itu ada di antaranya digunak untuk misi pengaman di negara luar seperti di afghanistan.Jadi orang masih bertanya mengapa perlukan air asia,bagi merungkai krisis ini gua pinjam gambar dari blog power http://blogserius.blogspot.com yang menunjukkan bagaimana sempitnya ruangan kargo C-130 hercules


jadi bagaimana?sempit bukan........adakah kita yang memerlukan khidmat perwira perwira kita ni untuk berhadapan dengan bahaya duduk di dalam ruangan yang sempit ini,bukannya duduk sekejap,makan beberapa jam pula tu nak ke sabah,moral boleh down brader.....down.Jadi bak kata obifiend blog serius "the least thing we can do is to give them nice chair to sit on"...dengan ini pesawat pengangkut kita dapatlah digunakan sepenuhnya sebagai pesawat logistik bagi membawa peluru,ration,dan kelengkapan ketenteraan lain. Untuk penerangan lanjut sila baca entry http://blogserius.blogspot.com/2013/03/serius-komik-kenapa-angkatan-tentera.html

Isu pakai peluru getah dan senjata teaser (http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/krisis-lahad-datu-polis-patut-serang-guna-peluru-getah/) memang idea paling hebat gua pernah baca,memang power idea ni,mungkin boleh menang noble prize untuk keamanan nanti.Pada gua daripada sambut dengan peluru getah dan teaser,baik sambut dengan kompang dan bunga manggar feat silat pulut,peh peh peh. Siap kata yang penceroboh pakai senjata uzur,aduhhhhhhhhh,nah gambor


nampak uzur tak senjata mereka?kalau siap dengan pelancar grenade m203 lagik,bukan uzur ni geng,ni kira dah up to date.Lagipon uzur macam mana pon senjata tu,ia tetap senjata,dan masih mampu membunuh ye dak.

last sekali perihal mengapa perlu sorok maklumat dari awam,pada gua lah kan kalau bagitahu semua perkara pon pada awam,apa keperluannya,sebab ia mungkin akan mencetuskan huru hara dan chaos,lagipon kita hanya orang awam,kita hanya perlu letakkan kepercayaan kita pada naggota keselamatan,tak perlu tahu semua perkara.Selain itu takut juga ada antara maklumat yang bocor dan tersebar luas melalui media,maklumlah orang malaysia ni banyak yang tak pandai simpan rahsia,semua benda nak cerita di internet,kononnya dialah yang paling updated walhal dalam tak sedar dah jadi pengkhianat negara.Sebagai orang awam kita hanya akan tahu apa yang perlu kita tahu,lagipon kita tak boleh berbuat apa-apa buat masa ini,katakan kita tahu strategi pihak berkuasa dalam menggempur pasukan penceroboh,apa kita boleh buat?apa kita boleh bantu?end up kita update kat laman sosial dan dengan mudahnya rahsia sulit bocor...........

bersamalah kita berdoa agar krisis ini dapat ditamatkan segera,mungkin ada yang kata ia agenda politik,ia konspirasi, ia drama king,pada gua apa yang pasti lapan darah perwira telah tumpah membasahi bumi,bukan masanya nak salahkan mana-mana individu maupon parti politik,apa yang penting,selesaikan dahulu perkara yang telah berlaku,setelah tamat,kumpullah bukti masing-masing,sisatlah dengan terperinci,pergilah naik turun mahkamah,ini belum apa-apa lagi ada yang dah mula menyaman,ada yang dah mula kata orang ni buat drama,orang ni ada bertemu orang itu,orang ini sedara mara orang ini,sedangkan negara kita di ambang peperangan,masing masing masih sebok membetulkan seluar dalam masing-masing. Kepada yang mengikuti krisis ini,bacalah dengan teliti,fahami setiap frasa,read between lines and mungkin anda akan nampak sesuatu rumusan.Jangn mudah membuat konklusi,tanpa bukti,cuba jadi pengkaji berilmiah bukannya pengunyah sumber sehala,nilaikan bukan jatuhkan konklusi 

may ALLAH be with our troops......amin



p/s: lapan orang anggota keselamatan yang gugur ke bumi bukan drama lagi......ia akan menjadi sejarah di kemudian hari




Saturday, January 12, 2013

Nabi bakar

Gua kebelakangan ni selalulah lepak makan tengah hari dengan kawan gua,namanya inche fadhil b yahya.Orang melaka,badannya macam badang,sasa. Kepalanya botak,mukanya bengis,macam romper stomper orang kata.Selalu kalau gua lepak dengan padil ni,paling kurang poon 5 batang rokok mesti gua cucuh,sejam masa tu macam 10 minit je, dah macam orang bercinta pulak,ye dak..........

jadi ada sa tu hari tu,gua lepak makan dgn fadil. Sedang gua sedut sedut rokok gua gua dengar argumentation brader meja sebelah,serius benar bunyinya,macam orang bergaduh. Gua dengan padil pon pasang telinga,tekun mendengar,keseluruhan argumentation berkisar tentang nabi,power betol,sampai kat kedai makan pon nak bertekak pasal nabi,power-power.

tiba-tiba gua dengor ada suara lantang "encik bakar diam,encik bakar jangan cakap apa -apa pasal nabi muhammad,kalau encik bakar bukak mulut,cakap pasal nabi muhammad,saya akan panggil encik bakar nabi !!!". Peh ini kes serius ni getus hati gua,isu berat ni getus hati gua lagi. Gua pon pandang belakang, "encik bakar kalau sebut lagi cerita pasal nabi muhammad saya panggil encik bakar dengan gelaran nabi bakar !!!.......nabi bakar sallallahilaihiwasallam (s.a.w)".hampir tersembur keluar air teh tarik yang gua tengah hirup,gua pandang padil,padil pon pandang gua sambil senyum menahan gelak.Cilaka apa punya lawak lah brader ni buat,ni lawak tara tara ayah pin ni.Kalau ye pon nak berseloroh,jangan la pakai gelaran nabi,burok benor bunyinya.......show some respect. Sambil tu gua tengok muke "nabi bakar" kelat sambil hirup kopi o dan mata tepat menuju ke depan tanpa titik fokus..............







Rumah Flat,Penang,Malaysia








Thursday, January 10, 2013

grow up........

semakin hari semakin masa meninggalkan kita,semakin banyak tanggunjawab,semakin banyak masalah,dan semakin kita akan berubah menjadi seorang yang berbeza dari sebelumnya.Mungkin tak ramai yang suka untuk jadi dewasa,its a trap,and yes it is.Tetapi nak atau tak nak kau kena membesar.Jadi sebelum membesar gua sarankan agar kau nikmati kehidupan sekarang. Bukan apa takut nanti kau akan terperangkap dengan dunia yang pernah kau tinggalakan,dan akhirnya kau kekal di sana.

pernah kau jumpa orang yang kurang sensitivitinya?orang yang asyik memikirkan soal boifren gelfren?orang yang asyik bercerita soal kehidupan hedonisma nya?orang masih terperangkap dalam dunia remajanya?pernah?.....pada gua mereka begitu kerana pada waktu sebelum dewasanya mereka terlupa untuk menikmati zaman remeja mereka.Jadi akibatnya dikala orang sedang sibuk dengan urusan kerja mereka,mereka mereka ini  sibuk dengan memikirkan baju apa yang padan untuk digayakan,kelab mana mereka luangkan,awek/pakwe mana yang patut mereka pikatkan.Bukan salah mereka total sebenarnya,tapi mungkin juga salah didikan keluarga maupon salah didikan di asrama dahulu.Low exposure mungkin kalinya.

dalam hidup ini kita semakin berusia,dan peningkatan usia sepatutnya sejajar dengan peningkatan pemikiran.Pokok kalau kau tanam pon sampai masanya akan besar,akan berbuah,akan lebih keras kulit luarnya,akan berubah warnanya. Itulah proses pembesaran.Kita perlu dewasa untuk apa?untuk mati sebenarnya,dan sebelum mati kita perlu lalu proses-proses kematangan,dalam dunia ini semua benda ada peringkat hidupnya.Dewasa itu satu proses,tak perlu takut untuk menghadapinya. Keep calm and just grow up.



Rumah flat,Penang,Malaysia

Tuesday, January 8, 2013

its been 4 years now

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke empat gua menetap di penang,tekak gua pon dah lali dengan nasi kandar,dah lali dengan pesemboq.Mata gua dah lali dengan anak mami dan amoi penang. Banyak perkara dah berlaku dalam empat tahun ini,kalau ada anak,dah boleh dah gua anto dia pegi tadika.Tahun ini jugak lah tahun terakhir candidature gua,dan gua harap gua boleh tamatkan apa yang gua dah mulakan.berkerja setahun dia sini memang macam macam gua dapat,dari ada rambut sampai total loss rambut gua,dari sehat sampai sakit kronik gua.Sekarang pula gua pegang status jobless,maklumlah tempoh masa mengajar sudah habis bro.Rakan kerja gua dulu pon dah beranak pinak dah sekarang,siap ada yang tambah cawangan lagi. Gua rasa penang tempat yang bagus untuk mencari pengalaman,untuk memulakan proses hidup,tapi untuk terus menetap di sini,gua tak sarankan,melainkan kau betol betol banyak wang dan sanggup memperjudikan kehidupan keluarga kau orang.Lagipon gua jenis suka hinggap sana sini,im a nomadic type of person.Ada peluang gua nak ke tempat lain pula selepas ini.......tempat yang jauh dari orang orang yang gua kenal.mungkin di satu sudut dunia yang tuhan saja tahu mana letaknya.






p/s: update pertama untuk  bulan pertama
Rumah flat,Penang,Malaysia