Tuesday, January 31, 2012

Longkang

scene pakwe pakwe usha awek kat kedai makan lepastu kasi no talipon tulis atas kertas memang gua tak suka......macam klise sangat dengan cerita drama melayu. Pada gua pakwe pakwe begini setail gelojoh,takde sivik,dan tak kreatif.Lagi memalukan kalau pakwe tadik tu jenis lelaki picisan dan dressing gaya gaya abang long bukit bintang.

lain lah kalau lu ni muke dah macam jude law,maupon liam williams....gua yang lelaki ni pon boleh  cair.Kasi up sikit la harga diri tu,kalau nak mengorat pon,paling koman kau bayarkan la makan minum awek tu secara rahsia....nak trgik lagi,lepas kau belanja kau tinggalkan kad nama kau kat kaunter suruh tukang kira pass pada makwe tadik....ada lah setail sikit yedak?barulah macam org dewasa......

setail bagi nombor atas kertas ni,budak budak sekolah menengah baru berkhatan boleh lah applied kan?......be more mature..more pride....more dignity....nampak la kau lelaki versetail,lelaki berkarisma,dan ada pride.....ingat,kalau setail ngorat kau longkang,makwe yang kau dapat pon boleh tahan la longkang jugak ye !!!! keep in mind.......cheers

Monday, January 30, 2012

BusuK

bau kerang peram selama 3 hari 3 malam memang betol betol awesome......kalau tak penuh ilmu kebatinan jangan pandai pandai berani nak mencuba...kalau tidak buruh padah dia...ngerti ?








p/s: house mate gua boleh bantai simpan kerang seperiuk atas meja tanpa dibuang....bau dia tak payah berita la busuk dia,lebh busuk dari bau mamak bangalore kentut.......

Tuesday, January 17, 2012

Poverty

Tak ada apa yang lebih merisaukan pada awal tahun baharu ini melainkan jika kau duduk di kota besar,tanpa wang pendapatan dan yang hanya ada didalam kocek tampal kau adalah dua keping not biru berkepala agong bernilai dua keping roti canai.







kan gua dah kata,dunia ini mana mungkin adil walaupon adanya parti yang memperjuangkan keadilan.....long live poverty...give hail to luxury 

Sunday, January 15, 2012

Training



Gua pegi melawat mantan kawan sekerja gua tadik,biasalah,sekarang kan musim org deliver bayi kan,jadi pastilah gua pergi melawat dia kat hospital.Tak kan gua nak melawat org bersalin kat pasaraya pulak,apa ke jadahnya kan. Jadi sempat la gua try rangkul bayi umur 5 hari ni.Kalau tengok dari gaya gua pegang memang serius gua cakap gua tak konfiden lagik nak rangkul pendatang baharu dunia ni .Peh takut kot pegang budak yang masih lagik berbau syurga brader,lagipon, tangan gua ni dah banyak stained dengan kotoran dunia nih.Gua ingat pegang bayi ni macam pegang botol COKE 1.5 L...nyata jangkaan gua meleset....


Tuesday, January 10, 2012

Aku tak bodoh...aku dungu

kau orang pernah tengok tak gusti?.....kau pernah kenal tak the rock? undertaker?maupon hulk hogan....kalau time kau tengok the rock bergusti dengan undertaker...mesti penyokong kedua dua pihak saling menyokong personaliti penggusti kegemaran masing masing kan...silap-silap ada juga penyokong yang sanggup memaki penyokong lain kerana berlainan minat.Tapi korang pon tahu kan yang gusti itu satu lakunan?jadi sokongan kita tadi sebenarnya adalah sokongan yang tampak mcm sokongan orang yang bodoh bukan....kan kan kan....jadi ada segelintir akan cakap"bodoh kau ni,dah tahu gusti tu lakonan kau masih lagi sokong","masih lagi tonton"

tapi kau sedar tak politik pon begitu.....kau pung pang pung pang sokong pak anwar,pak najib maupon pak karpal,tapi sebenarnya mereka sedap sedap boleh bahan teh tarik semeja sambil gelak ketawa. Alih alih yang kejalanan,yang memaki orang lain,yang bawak sepanduk,yang bawak kepala lembu tu siapa?kalau tak lain tak bukan kau?

kau sebok berpiket...tapi yang kena gantung sem nya kau?.......yang kena bahan dengan cota nya kau....yang kau maki maki itu pun jiran jiran kau...sedara mara kau..silap silap bakal ipar pupu kau.....korupsi,kekejaman,liwat itu pada gua bukan kita hakimnya,lagipon kau ada ke waktu si A meliwat si S? kau ada ke waktu si N bagi arahan meletupkan si monggol....kalau tak ada baik berdiam,takut nanti jadi fitnah brader........silap silap sama2 jumpa waktu berbaris nak masuk neraka nanti,baru kau padan muka....

sekarang zaman orang maju,kau tak belajar...kau tinggal.....kau tinggal kau mundur....kau mundur kau dihina dikeji....cakap kau tak ada sapa nak dengar...maklumlah sekarang ni,nak bagi ceramah pon kena tauliah....politik tu bukan nya bermaksud sokong parti bulan dacing maupon roket....politik tu adalah seni menguruskan ummat geng.....besar takrifnya.....itulah orang suruh kau belajor dulu kau ponteng.....sekarang jadi dungu siapa yang nak bantu?. berdiam diri tak bermaksud tak nak ambil tahu,kadang kadang diam tu lebih baik dari berkata kata.....


p/s:if the election is a fair process....they would make it  illegal (sape yang nak kalau kau dah sedap sedap masuk duit juta juta dalam kocek....tetiba, bila bila masa kau boleh jatuh)

Tuesday, January 3, 2012

Wishy


Gua tadahkan tangan agar kehidupan gua lebih kalerful,dilimpahlkan makanan yang baik baik serta tak diragui halalnya,gua lebih berdedikasi dalam soal kaji selidik gua,dan gua harap dapat kejayaan . Amin !!!!

Gambar first gua ketip malam tahun baru live dari bilik gua, gambar makanan tu gua masak sempena housemate gua pindah bawak balik rice cooker,jadi terpaksa gua jadi master chef,gambar ketiga adalah gambar kit API gua untuk kajian,dan gambar keempat adalah gambar firecracker pagi 1januari 2012....