Wednesday, August 31, 2011

Cantik itu sekejap......yang tinggal itu kenangan



p/s: ini stail update blog gaya seorang pemalas

Tuesday, August 23, 2011

Teka teki teka tekuk...ular mati dalam senduk

Gua ada main sms teka teki dengan sorang makwe ni,teka teki dia bunyi begini "kalau anda bijak bistari,binatang apa keris di kaki". Jawapan dia pulak,pastilah ikut skema jawapan gua,dalam teka teki ni tak ada jawapan standard maupon skema jawapan macam soalan peperiksaan UPSR,PMR,SPM,maupon STPM.Lama kemudian,ibu gua sms tanya"along berbuka apa?" gua pun sebagai seorang anak yang baik gua balas"makan nasi lauk telur dan sosej"gua send....selesai


tapi rupa-rupanya sms gua pada ibu gua pending.....jadi gua ke sent item,dan gua send semula.Usai menghantar,ibu gua call..."apa along balas ni,main teka teki pulak".Gua terpinga-pinga macam orang baru ditinggalkan kekasih."Dengar ye,kalau anda bijak bistari,binatang apa keris di kaki".diikuti dengan sound effect ketawa berdekah-dekah dari bapak gua serta adik gua di belakang talian.Peh.....macam mana lah gua boleh salah send message pada ibu gua. Ni balik kampung kompem kena bahan nih.

Wednesday, August 17, 2011

Lelaki dan SAYANG......

aktiviti biasa di awal pagi bulan ramadhan bagi lelaki-lelaki pasca percintaan adalah lepak di kedai kopi. Kedai kopi tepian longkang jadi pilihan,bukannya mahal sangat modalnya,asalkan kau bawak kepala agong kaler hijau daun ,se pek candu phillip moris,serta berbakul-bakul isu itu sudah memadai.Tadi gua sembang meja kopi dengan pami,syun,dan sandok.Macam biasalah,gua banyak berpewatakan liberal dan berdiam diri. Hanya syun mendominasi diskusi.Topik yang di cover sangat abroad. Dari soal politik tanah air sampai ke cerita pasal berak dalam seluar masa sekolah.Gua tanya pada syun,pami,dan sandok........"besar mana,luas mana,banyak mana sayang korang pada makwe korang?".

syun: kalau aku,semasa kenal aku sayang 10%,masa cinta 40%,dah kawin 50% jadi total kemudian 100%.

pami: kalau bini kau tak percaya? (sebab syun ni dah kawin)

syun: Aku ambik kalkulator,aku kira depan dia...aku tunjuk...nah!!!!!

pami:kalau aku,aku cakap....aku sayang pada u macam amoeba!!!!

gua:aik.....kecik betul sayang kau pami pada makwe kau

pami: ish...ini jawapan paling saintifik......amoeba boleh membiak guna binary fusion.Banyak dowh

sandok: aku,kalau awek aku tanya,aku jawab sayang saya pada awak x boleh lebih dari sayang saya pada ALLAH...

gua:bongok....jawapan kau klise sangat.......

syun:nanti awek kau cakap,jawapan abang mcm jawapan kat dalam tv tiap-tiap hari sabtu jam 10 malam


gua hanya diam......merenung langit yang tak ada bintang-bintang,sambil meletakkan tangan di belakang kepala,pikiran gua melayang mencari jawapan kepada soalan yang gua sendiri tujukan.Pada gua cukup hanya si dia tahu yang gua sayangkan dia,tak perlu tanya sebanyak mana,sebesar mana,sejauh mana.....pada gua ia infiniti


Tuesday, August 16, 2011

Mencari RINGGIT ke Syurga

MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI - meloya
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.
Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.


NOTA:

kalau ini berlaku di negara kapir
negara dimana rakyat nya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara dimana rakyatnya tak sembahyang

maka

akan gempar negara kapir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini

agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
gulungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang

seluruh masyarakat kapir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
kapir kapir ini akan memereksa diri

tetapi

dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi

mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah

berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain

kita telah lali

kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia

berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci

politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi

yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad

dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta

inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957

Oleh Hisham Rais
15 Ogos 2011


p/s:gua baca ni dari blog brader jimbo,gua rasa ada baikknya gua kongsi......untuk sama-sama baiki diri

Monday, August 15, 2011

Jika dan kalau

Jika dan kalau lisa surihani jadi kawen dengan yusri KRU,gua orang yang paling kecewa.Yelah,kau orang macam tak tahu gua dengan lisa tu bagaimana cinta dia.Macam terfaktab cakap,definisi cinta itu infiniti.Gua bukan apa,gua cume kesian.Bukan kau orang tak tahu,makwe gua tu accent Deutschland dia kuat sangat,tak ke nanti dia panggi "abg Yusri jadi abg yus ghreeeee".....pergh,ngeriiiii.







p/s:gua harap lisa consider balik proposal gua untuk rujuk semula..........

Wednesday, August 10, 2011

i feel stupid when i speak English

Beberapa hari lepas gua luangkan masa bersama kawan sekolah gua. Yelah,tak ada makwe nak diluangkan masa,jadi luangkan lah dengan kawan ye dak.Masa sampai dekat restoran kapitan gua bingkas duduk dekat meja paling hujung,paling rapat dengan dinding,biasanya kalau gua keluar berdua,maknanya ada perkara unsur pecah kepala yang akan dibincangkan.Usai memasang sebatang rokok,ada mat bangla datang ambil order,dimulakan dengan pesanan minum dan kemudiannya pesanan makan.Gua mintak teh ais dan makan gua minta naan garlic set.Bangla tu cakap garlic dah habis,jadi gua tanya dia roti naan apa yang ada. Dia jawab "lain-lain naan ada,naan pelen pon ada".Gua sentak,gua minta dia ulang lagi apa yang ada,dia kata"macam-macam ada,naan pelen pun ada".Gua dah tak sedap hati dah,lalu gua tanya naan pelen tu apa?.Dia cakap "alah itu naan pelen la bang,naan biasa"gua dah tumuskan kepala gua kat meja dah masa tu,gua tengok kawan gua dah kembung kempis pipi dia tahan gelak....KAH KAH KAH...dey thambi itu bukan naan pelen la...itu naan plain woi.Bangla tadi senyum sipu-sipu macam makwe-makwe kilang vietnam kena ngorat....pffft

Sunday, August 7, 2011

Lelaki ahli silap mata

Kau pernah tak lihat silap mata seribu topeng.Hebat bukan,mereka mampu menukar topeng dalam masa beberapa detik sahaja.Kau jangan terkejut bila gua kata lelaki serupa dengan ahli silap mata topeng seribu.Ya lelaki adalah manusia yang unik,yang pandai memainkan pelbagai watak demi mencapai cita-cita dan matlamat.Ada makwe bagitahu pada gua,dia berkenalan dengan seorang lelaki semasa urusan transaksi,mula berpesanan ringkas,mula berhubung melalui talifon.End up lelaki itu sebenarnya sudah berpunya,bukan dipunyai oleh seorang wanita,malahan dipunyai oleh seorang wanita dan dua orang anak.Wah dah macam beli set combo di mekdi pula,beli satu dapat 2.Gua pelik,bagaimana makwe ni boleh catch up dengan lelaki ini tadi.Gua tanya,orang nya tampak baik kah?,spontan Alim katanya.Pantas perkataan bullshit keluar dari mulut gua.Sebab pada gua kalau benar-benar alim,dia tak akan menjalin hubungan dengan makwe tadi,kalau benar alim,beliau sedar yang beliau ada tanggungjawab lain,bukan menanam pokok-pokok cinta dengan wanita lain.

Gua bukannya nak menghalang poligamy,ramai yang ingin berpoligamy,kononnya sunnah nabi,tapi pada gua itu bukan satu-satunya sunnah yang perlu diikut.Lagi satu,kalau tengok balik mengapa Muhammad p.b.u.h berpoligamy,ianya adalah untuk membantu wanita,melindungi wanita,manakala sekarang ini pula gua lihat orang berkahwin lebih dari satu hanya semata-mata tuntutan seks semata.Gua bukan prejudis terhadap lelaki,cuma gua nak makwe-makwe sekalian tidak mudah kena trap.Nak pilih bakal suami bukan macam pilih kain dekat jakel maupon kamdar untuk buat baju raya. Kau kena betul-betul selidik,nilai,duga,dan uji sebelum buat pilihan.

Jangan nak risau sangat tentang jodoh,itu bukan hak kuasa tata cara kau,itu semua hal kerajaan yang di atas sana.Yang penting jalankan hidup kau,kalau ditakdirkan kau berkahwin,lambat laun kau akan berkahwin. Jika masih belum sampai masanya,jangan khuatir sebab jawapan tuhan itu hanya ada 3.YA......YA tapi bukan sekarang....dan I have a better plan for U.Sedangkan semanjak kau lahir kau tak pernah takut pun perihal rezeki kau,apa pekerjaan kau,dan apa makan pakai kau...inikan pula tentang sesuatu rahsia kecil tentang siapa teman hidup kau yang perlu kau takutkan?rilek lah beb......kalau bukan di sini,di sana nanti pasti ada kan...di dunia yang lebih asli.







p/s:ada orang pesan kat gua,hujung zaman ni manusia yang nampak baik selalunya adalah manusia jahat....manakala manusia yang nampak jahat selalunya manusia yang baik...

Friday, August 5, 2011

Im Adel....im not a terrorist part 2


Masa gua lepak sebelah mamat yamen ni dalam bilik seminar,gua sembang-sembang dengan dia,maklumlah pertama kali berpuasa tanpa keluarga dan bini di rantauan. Jadi memandangkan gua adalah seorang rakyat Malaysia yang concern,gua tanya Adel ni,macam mana puasa dia sini. Katanya ok,cuma dia tak tahan sebab dia nak merokok. Gua tanya lagi,untuk juadah berbuka,dia masak ke...katanya,ya dia masak untuk juadah berbuka.Gua macam terkagum sekejap,dan gua tanya apa yang dia masak.Katanya dia masak nasi,basbousa,dan tosei.Basbousa ni kira macam kek manis la kata si Adel ni. Dalam otak gua basbousa ni mcm kek lapis APOLLO,tapi setelah gua google baru la gua tawu menatang ape basbousa ni.Pastu adil cakap yang tosei tu makan dengan Yougoat....gua gamam?makhluk apa yougoat tu....kuah kambeng ke...atau makan dengan daging kambeng buat macam toasted pocketfull maupon kebab.Adel cakap bukan,Yougoat tu dibuat kuah,dan cicah...sedap katanya.Gua masih wondering,jadah apa Yougoat tu. Jenuh gua selidik,tanya dia cmne nak buat menatang tu,sekali dia cakap beli je dekat tesco....perghhhh itu bukan Yougoat Adel Ali Abduh.....itu namanya Yogurt,Yogurt,Yogurt. Senyum je dia sambil anguk-anguk membenarkan kata-kata gua....tu belum lagi gua citer pasal Dreg yang dia sebut-sebut pada gua masa bincang pasal kajian dia. Dekat sejam gua kerut-kerut dahi nak catch apa Dreg tu....rupanya Dreg tu dadah...bungkam!!!!! itu namanya DRUG....bukan Dreg,perghhhhh !!!