Monday, February 28, 2011

RabaK

tengah orang lain sedap-sedap tido gua kena sengkang mata buat slaid utk IEG 102....terkebil-kebil dibuatnya....udah mcm zomba dah gua rase....last-last x sempat jugak nak antor sbb gua ader janji utk ke SEM lab kat skolah BIO. dengan mata rabak kena pulak tgk sampel biopolymer.....perghhhh udah mcm kungfu panda punya mata pon ada....letih beb......kena plak sampai kat sana ada org texachem ni nk blajar cr handle SEM ni......punyalah dia tgk gua prepare sample sampai la ke capture image......berputar gak lidah nak explain kat dia.....lu paham-paham je la org texachem ni paling2 pon english dia lancar mcm air....kita ni english mcm pelat uganda.....cakap bnyk xguna...gua upload gambor je lah



Polymer dari Bacillus megaterium

Polymer dr Bacillus subtillis

Polymer juga dari B.subtillis




p/s:sekali sekala wat entry ada unsur ilmiah sikit bukan rugi pon ye dok?

Tuesday, February 22, 2011

The thing u need to know about Women

Pada brader-brader sekalian......ader benda yang gua nak cerita sikit...td pagi gua ader terjumpa sorang awek ni.....tengah menelaah pelajaran....gua kenai awek tu....jadi gua tegur....gua naik lab,letak beg gua trun balik untuk layan citer....killing her time lah lebey kurang....gua tertarik dgn satu benda pd awek ni hari ini........satu sebab dia pakai baju kurung....nampak cute okey....tapi tu bukan main thing la yang gua nak bgtau dlm entry ni.......perkara asas adalah kotak pensil awek tu yang sangat kecil...ramping....mcm tuannya.....dalam kotak pensil tu ada pesil lah kan.....pen....pengasah (kalo banjor ckp peraut) clip paper kaler pink...dan SEPIT RAMBUT....hah?kenapakah ia ada disini?....jeng jeng jeng....

okey lah...setahu gua pon, mak gua pon suka buat benda yang sama.....kdg2 dalam pencil box dia bkn sahaja ada pen pensil...malahan skrew driver utk speck pon ada....nasib mak gua x letak spanar 18 dalam bekas pensil dia....biasalah,orang perempuan ni lumrah dia mmg begini.....memang dicipta untuk ambil berat semua perkara......mereka menjurus untuk memikirkan 10 step kehadapan berbanding lelaki...malahan lebih dari itu....sebagai contoh ya.....kalau kta lihat pd waktu pg biasanya lelaki akan siap-siap.....trus pergi ke kereta....start enjin kereta dan duduk dlm kereta sambil layan lagu......xpon sambil pasang dunhill......advanced lagi sambil2 isap dunhill horn kuat2 soh isteri cepat2 msuk kereta......

tetapi sang isteri kita lihat mereka akan siapkan anak dahulu.......cr stokin anak la.....cr baju anak la.....sediakan bekas air anak utk sekolah la....check buku sekolah anak la.....dan mcm-mcm lagi perkara yang dilakukan.....even kalo dah siap,seorang perempuan tu senantiasa pikir anak dia nak mkn apa tgh hr ni...dia nak msk apa balik ni....pelbagai persoalan bermain dalam minda mereka sebab pelbagai perkara yang mereka pikirkan...jadi boleh disimpulkan bahawa seorang wanita itu lebih berpimikiran luas berbanding lelaki yang hnya tahu utk mecapai matlamat sahaja xkisah apa-apa chara sekalipon......

jadi x mustahil kalau anda lihat selalunya awek-awek akan mempunyai beg duit yang maha besar dimana segala benda ada dlm beg duit tu....pelbagai jenis kad....kad bank la...kad nama la...kad butik la...bukan tu je...penuh juga dengan pelbagai jenis resit....resit avon la..resit facial la...hatta resit 7e pon ader kot.....bukan sebab apa...mereka takutkan pelbagai kemungkinan...tu baru bekas duit...jgn cerita la part beg tangan....kalau dicipta beg tangan sebesar manapon mungkin xakan cukup gua syak......yelah,dalam beg tangan perempuan ni selalunya ada lah ketip kuku....charger...barang makeup...barangan perubatan(plaster la....minyak angin la)....kamera kompak la...pendrive....dan pelbagai barangan berunsur kewanitaan (tuala wanita...krim pencerah..dan segala-gala krim).......berbanding lelaki pula yang kalo boleh nak dompet mereka senipis yang mungkin...cukup sekadar ic...lesen...duit...kad bank...dan gambor awek....nampak berbeza bukan?......

itulah sebabnya kenapa perempuan itu bertanggungjwb uruskan rumahtangga....sebab mereka ini born to be perfectionist pd gua...lebih memikirkan sesuatu benda tu dari pelbagai sudut dan aspek berbanding lelaki.....kita andaikan lelaki adalah hewan yang punyai sudut pandang fokus dan wanita pula adalah hewan pandangan sudut capah......jadi jika meraka bergabung akan terhasillah satu kombinasi hewan yang sboleh dikatan sempurna pandangan nya....x gitu?Jadi........ lumrah lah wanita ni selalu memikirkan sesuatu masalah tu dgn sgt komplikated berbanding lelaki sebab mereka suka menganalisa kesan disebalik keputusan mereka. Pendek kata, mereka ni adalah penasihat yang berjaya. Kalo x manakan ada pepatah yang kata "di sebalik setiap lelaki yang berjaya itu akan ada wanita di belakangnya" kan.......

Sunday, February 20, 2011

Dulu kini selamanya ALI SETAN

projek ali setan gua ni gua saje-saje buat sempena 26 tahun umur filem ini......dah terlanjur gua ada kat USM ni apa salahnya kalau gua revival balik nostalgia USM zaman ali setan dulu dan bandingkannya dengan USM sekarang...sekarang ni ali setan dah xada kat USM ni.....yang tinggal hanya setan-setan manusia sahaja......ceh.....


Foyer DK ABC

Tulisan pon masih sama

Bulatan yang sama....xbnyk beza

Tangga HBP yang xberubah

Eh tetiba ada bangunan mcm twin tower

Tangga ke IK yang sama...kaler pon sama ish ish ish

Rumah kutai

Pejabat pos





p/s: tempat-tempat di atas acapkali gua lalu....rasa mcm ali,asmida,dan kwn-kwn mereka masih dsana...yelah ali skg pon dh jd tabligh...jeff dah meninggal...asmida dh berubah.....times flee...but the earth still rotate....and we?....maybe will die sooner or later






Saturday, February 19, 2011

Alter dalam aku


bangsat.........sangat menyakitkan hati bila ada orang memandang rendah terhadap ISLAM MELAYU....menyatakan bahawa kita ini tidak punya aa-apa sangat-membuatkan darah aku mendidih...hina sangatkah ISLAM MELAYU?.....sangat papa kah mereka?....sangat jelik kah mereka....sampaikan ada yang meyatakan tidak perlu takut dengan ISLAM MELAYU pada hari ini....aku sedar penjajahan sedang dilakukan....cita-cita mahu menghancurkan ISLAM xpernah adam....api dendam sangat sukar untuk diredakan sejak crusader war lagi......angan-angan mahu membolot tanah bertuah ini tidak ernah luput dari azam mereka....sehinggakan aku yang masih lagi celik ini mahu mereka labelkan sama seperti mereka-mereka yang sedang tidur dalam eperangan era moden ini.....

mempersoalkan mengapa kami ini seolah-olah xberdaya melambangkan bahawa kamu ini sangatlah BODOH......memandang rendah orang lain merupakan kelemahan kamu...tidakkah kamu belajar dari sejarah.....maharaja konstantinopel yang tewas kepada Sultan Muhammad Fateh memandang rendah musuhnya kerana musuhnya itu muda....dan beranggaapan musuhnya tidak matang dan tidak bijak serta kurang pengalaman......akhirnya tersungkur di medan sendiri........lesu......dont ever underestimated ur enemy......

menggagap yang kami ini tidak bermaya ada hari ini kerana kami tidak memegang ekonomi juga tidak rasional.....pernahkah kamu lihat kami-kami ini mengistiharkan harta kami?dan pernahkah kamu lihat kami ini sibuk menukar-nukar perhiasan kami sedangkan apa yang kami lihat kamu yang senantiasa sibuk dengan kereta mewah kamu.......walhal kami yang kamu lihat x berdaya saing dari segi ekonomi ini mempunyai pelaburan yang kamu tidak ketahui...ya benar...kamu yang memeliki ladang...tetapi kami yang berkerja.....kami yang peroleh ilmu perladangan....pertanian...penternakkan....walaupon secara tradisional....kerana ianya lebih berharga apabila berlakunya perubahan zaman d
ari nanti (pada masa-masa tertentu teknologi moden tidak akan dapat digunakan kerana kita akan kembali ke zaman pra modenisasi akibat dari beberapa sebab yang tertentu)....kamu hanya sibuk meanganalisa kelebihan kamu hari ini sedangkan kami telah menganalisanya unutk akan datang........

menganggap bahawa kami ini tidak berdaya saing......tidak bercita-citat tinggi...tidak mengambil peluang yang ada juga adalah kesilapan besar buat kamu...kami tidak mahu membolot apa yang ada di dunia ini kerana kami percaya akan ada yang lebih besar menanti di masa depan kelak.....kami percaya pd hari kebangkitan....sedangkan kamu tidak percaya akannnya........tidak mustahil kamu membolot semua perkara di dunia ini.....sebab kamu tidak berpeluang ketika di sana kelak.......

kami dilabelkan sebagai penakut?bukan sebenarnya....kami lebih toleransi....tetapi ada batasnya.....tidakkah kamu ketahui bahawa jika ISLAM itu bangkit ia benar-benar x dapat ditidurkan semula....tidakkah kamu pernah dengar yang kami lebih cintakan dunia sebelah sana berbanding kamu yang lebih cintakan dunia sini?......selemah-lemah kami dalam mentaati agama masih terpalit ingatan kami bahawa siapa sebenarnya TUHAN yang esa bg kami.....sedangkan kamu masih lagi tercari-cari siapakah tuhan yang sebenar diantara banyak-banyak tuhan yang kamu andaikan......

xperlu nak tunggu kami jadi sang harimau baru perlu kamu takuti kami.....sedangkan sang kucing yang comel pon jika diganggu akan keselamatannya akan mencakar juga.......

bila aku bercerita soal AGAMAku kepada rakanku ,kamu katakan aku extremist.....bila aku bercerita tentang BANGSAku kepada rakanku,kamu katakan aku Racist.....sedangkan bila kamu meniupkan api perkauman kepada bangsa kamu,kamu labelkan SEBAGAI nationalist....siapa yang jijik...siapa yang suka putar belit........benarlah......."yahudi dan nasrani itu tidak akan senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka seadanya"

jangan cuba memandang rendah kami hanya kerana bu
at masa ini kami yang ISLAM MELAYU ini tertindas....terleka...belajarlah dari sejarah.....kamu bukannya apa-apa pada satu ketika dahulu...kamu hanya orang yang sangat daif pada waktu dahulu.....tetapi kamu diberikan peluang untuk merasa bagaimana rasanya berada di tempat kami ( zaman kegemilangan EMPAYAR ISLAM DAN KESULTANAN MELAYU) pd waktu ini......ia hanya pinjaman....ianya bukan hak kamu....sampai masanya...kami akan memilikinya semula....dan kami masih menanti bilakan waktunya itu.........

kami bertoleransi dengan kamu pada ketika ini.........dan
jangan sesekali beranggapan yang kami akan sebegini selamanya....dan jangan sesekali beranggapan yang kami tidak akan bangkit selepas ini.....kami hanya menantikannya...saat yang dijanjikan untuk kebangkitan.....saat terakhir dimana kami akan kembali menerajui bumi ini sepertimana sebelum-sebelum ini.....kami adalah penganut yang dijanjikan......dan kami percaya akan itu......jangan sesekali memandang rendah kami sedangkan kami selama ini tidak memandang rendah kamu......kerana pd kami kamu masih lagi seorang insan......


jika kamu katakan kami tiada apa-apa....aku dengan sukacitanya nak bagitahu...kamu silap....kerana kami ada ALIF....BA.....DAN TA....(Agama...bangsa...dan Tanah air)....ISLAM agamaku....Melayu bangsaku....dan MALAYSIA Tanah airku.........





p/s: Dah lama pendam bila ada orang tnya mgapa org ISLAM melayu malaysia ni xsedar yang mereka ni dijajah halus...semakin leka...dan semakin alpa...(petanyaan dr beberapa org bukan melayu dr negara luar)

Thursday, February 17, 2011

Drugs

gua xbrape into sgt ketip-ketip gambar org bertunang....berkahwin...maupon maternity.....sebab gua xde talent....tapi kalau untuk kawan-kawan gua consider lah sikit...sebab gua rasa bila gua ketip gmbr event-event tu gua rasa gua x ketip pakai hati....gua ketip atas dasar tugas....jadi gua xbebas....tambahan pula gua ni bukan born to be wed photog...gua lebih into ketip gambar2 yang gua rasa gua nak tgkp....lebih ikhlas...ah lagipon gua bukan pakai kamera canggih boleh pusing2 lense pon.....




p/s: im not a DSLR user

Monday, February 14, 2011

2 Years back...and now its coming again

Hujung tahun ni LIMA akan berlansung...tak ada plan nak ke sana...masing-masing senyap sunyi...dah x minat military dah kwn2 gua ni gua syak....mungkin mereka lebih meminati awek-awek hot berbanding pesawat-pesawat tempur..yelah,pesawat hanya sekadar besi buruk sedangkan awek hot yang mugil boleh memberahikan...ceh


Apache longbow RSAF

F-16 RSAF

MIG-29FN RMAF

Su 30 MKM RMAF

Live dr hospital epoh

Adik gua baru selesai keluar OT (operating theater) masuk plat besi kat tangan kiri dia....baguslah semuanya sudah selesai...selamat menjadi separa cyborg Puteri nadzirah....cepat-cepat sembuh....boleh along spar silat dengan hang =p

Sunday, February 13, 2011

TraveloG

IPOH dulu kini tak banyak yang berubah...kekal dengan bangunan vintagenya...environment classicnya.Sangat-sangat retro....9 tahun lalu dan sekarang ipoh masih sama...tanah tumpah nya darahku...IPOH

Medan Kit Bus stations

Perak Premiere international University

IPOH

KINTA bus

Kampar

Monday, February 7, 2011

Indie YAaaaaaaa

gua dail no 0194372805....TUNGGU beberapa seken....tapi x ada jawapan
tak lama kemudian no tadi call smula...tapi kali ni dia senyap....dalam hati gua apehal plak LINDA ni ?(labmate gua)....hajat gua nak amik cheque utk cashkan kan mesin semakin tipis.....tapi gua cekalkan hati....call balik.....berangkat....dengan penuh sopan santun gua bagi salam.....tp xberbalas....ah sudah.....LINDA ni dah bisu ke.....atau dan hilang pedoman hidup gua syak....sayup-sayup di hujung talian suara tu cakap...wrong number...ini rumah india...



nasib la tenggachi tu x speaking mother tongue dia.....kalau x...penat jugak gua nak translate pakai google translator