Tuesday, March 31, 2009

Bila mamat crusty pegi majlis formal

29 hb yang lalu gua ader dinner kolej...terasa benak dalam otak pk nak pakai cmne....xkan gua nak sarung studded leather jacket,boot doc mart,ala2 "the exploited kot"lagipon gua xde rambut nak di spike kan...
gua piki punya pikir...gua try cari jacket...riki punya riki,dapat la jumpa satu jecket yang bley tahan la semat gak...rega nya pon semat membuatkan kepala gua semak...xpela...long term punya plan,bley wat baju sejuk kalo ride naik moto memalam...dengan selumber gua bayar...siap mintak diskaun dengan warranty lg kat cashier too...lu rase ader ke org beli baju dapat warranty...
gua nak cari kelainan malam ni...gua sarong tshirt massgrave gua...sarong jacket...pakai round hat....memang fashion ala2 tokyo ska paradisu dan the skatalities....maka terhasilah fashion yang gua namakan....Crustyskapunxformal berkonsepkan annual dinner....





  • gua rase gua sorg je pakai round neck mlm tu.....

Friday, March 27, 2009

Friendship


Aku tidak sepatutnya mempersoalkan tentang perkara ini kerna aku tahu kamu semua sudah arif mengenai perkara ini,tetapi sehari dua ini benda sebegini bermain dalam minda aku.Persahabat...mudah bunyinya tetapi sukar untuk menemuinya

Apa erti sahabat pada aku?

pada aku sahabat adalah seseorang yang boleh diajak berkongsi semua cerita bermula dengan cerita-cerita kosong,masalah,sehinggalah kisah chenta serta impian-impian kehidupan

selain itu pada aku shabat itu boleh diajak kemana2 dan melakukan apa2 sahaja bermula dari kerja2 tolol,menyanyi memekik meraban sehingga melakukan aktiviti2 besar seperti membuat kerja dan tugasan

bagaimana kita boleh melakukan sesuatu itu bersama walaupon kita sedar jika kita berseorangan kita tidak akan melakukannya,bagaimana kita boleh berkongsi fikiran dan pandangan walaupun kita mempunyai dua kepala yang berbeza dan mempunyai sifat2 yang berbeza tanpa ada rasa dipermainkan....itulah persahabatan

sahabat adalah seseorang yang mengetahui perasaan kita tanpa banyak berkata,sahabat adalah seseorang yang tahu apa yang kita fikirkan tanpa bayak bertanya,dan sahabat adalah orang yang menganagkat diri kita pabila kita sedang jatuh,memberi dorongan pada kita pabila kita murung,dan menemani kita pabila kita susah,dan menjadi perantaraan bagi Tuhan pabila dugaan mendatang

seseorang pernah berkata : hakikat persahabatan adalah seperti kesihatan..dapat dirasai pabila kita kehilangannya

ingtlah kawan bahawasanya kita akan pasti mati,tetapi sebelum itu cubalah utk menjadi dewasa dan mnghargai sahabat yang anda miliki....Tua itu pasti tetapi dewasa itu pilihan

untuk semua sahabat aku...aku ucapkan terima kasih kerana membuatkan aku tidak keseorangan...kepada anda yang membaca blog ini....anda tidak keseorangan didunia ini...kerna tuhan telah kurniakan persahabatan dan sahabat kepada kamu.....

  • Kepada khai,mira,cha,ded,boss,mawi,Q,aju,fuad,syahmi,waklan,dan rakan2 aku semua....aku perlukan kamu untuk menempuh hari kemudian.

Saturday, March 21, 2009

whats up sis.....

Beauty of nature
Hand of tomorrow
MY Dani filth

  • Gua sebenarya x de idea nak menulis....jadi gua ltk gambar utk tatapan semua

Sunday, March 8, 2009

Gua jatuh chenta

Gua sedang duduk2 lepak2 minum2 petang berseorangan, tetiba mata gua terpaku pada seseorang yang gua rasakan gua pernah mengenali dia sebelum ini...kami bertentangan pandangan,terserlah keindahan ciptaan tuhan pada wajahnya,tidak lama kemudia kami berbalas senyuman....

gua tertarik dengan corak pemakainannya yang simple,berbaju t gambar the beatles,berseluar jean faded tight cut,dan berkasut converse cream comot,....memang rock total

tergerak hati gua utk bertegur sapa dengannya,tetapi perasaan malu meguasai diri,gua bukanlah lelaki yang mendapat perhatian kaum wanita,jadi gua simpankan sahaja niat itu dihati.....

tiba2 gua dikejutkan dengan kehadiran awek tadi yang melabuhkan dudukannya di kerusi sebelah pendudukan gua,tersentak....itu yang gua dapat gambarkan pada masa itu,kami mencatur perbualan....x gua sangka,perkenalan sebegitu mampu membuatkan kami bercherita perihal diri masing2 seakrabnya.....

gua nyatakan bahawa gua sukakan cara pemakaiannya,beliau hanya tersenyum....terserlah nilai2 kewanitaan yang ada padanya,lama kami bersembang,bnyak yang gua rasakan persamaan antara kami berdua

kami sukakan musik,berpemikiran moralis,sosialis,dan revolutionist serta rebelist...kami serasi,kini sid dan nancy bertemu kembali.....chenta berputik di hati,emosi mula dirasakn indah....

kami duduk semakin rapat.....gua semakin berani,untuk merangkul pinggangnya,dia tidak melawan...hanya membiarkan,bibir kami bertautan.....kehangatan chenta mengatasi segala2 nya termasuklah benteng agama..........

talifon bimbit gua berbunyi dan bergetar....terkejut...gua lihat talifon gua...."bangun pagi"arghhhhh gua ada kelas renang hari ni......rosak mimpi gua

tapi rupa2 nya mimpi yang indah mendatangkan kechelakaan pada hidup gua hari ni....dimulai dengan 12 kali renangan ulang alik 25m.....

moto gua pancit tayar hadapan petang tadi...mcm cilaker.....gua bukak tayar jam 7 td,tukar tiub.....

balik makan dekat seribu bintang gua readh hujan...basah lencun.....

ditambah dengan moto gua jam kat bangunan jkr sibiu.....kena tolak moto sampai upm dlm hujan...

sampai upm dlm tengah tolak moto....selipar gua tercicir la pulok....kena patah balik dlm hujan2 tu malang2....

sedang sejuk2 gua pow rokok q sebatang....sedang sedap isap,rokok gua patah...adeh3 sedihnya hari ni

gua terpikir pasal pe gua malang hari ni....kwn2 gua cakap sebab gua mimpi cium awek time maulud nabi...time x matching tu,so sial jadinya......gua pikir ada logiknya.....TAPI....cuba lu bayangkan kalau gua mimpi lebih dari ciuman?aper akan jadi hari ni....ish3 apelah naseb

Tuesday, March 3, 2009

Lepak saja

pagi td gua kuar jalan2 cari hadiah...lepak saja

petang setelah balik gua lepak dgn waklan smbg2...lepak saja

kemudian gua blik bilik lepak degan alexi serta dani...lepak saja

malam gua g amek cage dr cik cha...lepak saja

kemudian gua mkn bersama boss mawi q...lepak saja

balik bilik gua men dgn alexi serta dani...lepak saja

then gua wat enry ni...lepak saja

last2 gua x wat pon writting FYP gua...ni nak mintak penyepak ni

Sunday, March 1, 2009

Nice Momment (dlm pala otak gua r)

MAS wing terbang bebas

Tiupan bayu
Pantai likau