Friday, August 10, 2012

lailatulkadar itu mungkin di SOGO

Dekat dekat nak habis puasa ni gua tengok makin kurang orang ke pasar ramadhan,lagi kurang orang ke terawih,tapi makin ramai yang ke shopping komplek maupon uptown. Mungkin lailatulkadar tahun ni ada di sogo agaknya.





Saturday, July 28, 2012

Aman itu bukan Senyap

Usai makan sekeping coklat bar dan setin air kopi pokka,gua bukak fesbuk. Biasalah dalam fesbuk ni macam macam berita ada,berita minah ni berbuka makan nasi lah,berita brader ni pei terawih lah,hatta paling lucu berita politik malaysia. Asas yang gua pegang senang aja..........kalau tiada bukti dan tak terjadi pada gua,gua tak akan percaya. Sebab nya pada gua,dalam dunia maya ni it can be true neither wrong. Dan gua paling mual bila ada orang yang menyebarkan sesuatu yang belum tentu sahihnya.....tak kesahlah bik mama punya cincin 24 juta ke....najib bomb jelitawan monggol ke.....nak aziz solat terawih 800 rakaat ke....karpal singh naik wheelchair pakai turbo ke....maupon uncle anwar meliwat pakai jeli cap KY. Bukan apa,bukan semua orang rajin untuk menilai balik cerita cerita yang diketengahkan,dan banyaknya rakyat malaysia ni suke digest   sesuatu cerita itu tanpa mengkaji.

sebagai contoh,hari ini gua tertarik dengan isu etnik rohingya yang ditindas di myanmar.Gua tengok banyak sangat post yang menunjukkan masyarakat di myanmar ditindas oleh etnik rakhine. Gua personally agak menyirap jugak dengan rohingya yang ada kat malaysia ni,bukan apa....kalau mereka datang minta sedekah,dan kita bagi maka lepas tu 100 lagi yang akan datang mengerumuni kau.Kalau tak dibagi mereka ini akan tetap berdiri buat muke tak puas hati depan kau.Tapi itu bukan perkara asa dalam entry ni.....

perkara asanya adalah solidariti kita sebagai pengguna laman maya. gua tengok ada beberapa gambar yang di post dalam fesbuk, blog, maupon carian google yang menunjukkan gambar kekejaman dan penidasan terhadap rohingya ini tidak tepat,malah ada yang dimanipulasi oleh sesetengah pihak.Gua tak nafikan,memang ada  berlaku keganasan etnik di burma tetapi gambar gambar yang dipaparkan kadangkala tidak benar sama sekali.
 sebagai contoh gambar diatas menunjukkan gambar kononya mayat etnik muslim disembelih macam ayam daging oleh penganut budha di burma. Tetapi tahukah anda sebenarnya gambar diatas etnik tibet membantu menyelamatkan mangsa gempa bumi yang berlaku di china pada 2010?

ini pula gambar yang dikatakan menunjukkan gambar etnik rohingya dibunuh  di burma sedangkan sebenarnya ia adalah gambar penunjuka perasaan ditahan pihak berkuasa thai pada tahun 2004 di daerah tak bai.....di bawah adalah gambar sebenar
selain itu ada lagi gambar yang menunjukkan muslim burma yang dibakar dan wartawan hanya mengambil gambar tanpa memberikan pertolongan. Dan dengan slumber ramai yang komen komen tanpa usul periksa.What a typical malaysian !!!!!.
sedangkan gambar sebenar menunjukkan seorang aktivis tibet membakar diri nya sendiri untuk tunjuk protest presiden china yang datang melawat india pada march lepas.

Kemanakah hilangnya pancha indera kita semua?adakah kita hanya tahu melahap apa sahaja yang dihidangkan kepada kita tanpa kita perlu tahu apa yang kita lahap itu? time nak pilih makan tahu pula kita kaji halal haram,hatta ada yang sampai kaji kod bar dan serial number makanan demi mempastikan makanan itu bebas dari unsur BABI.tapi tahukan anda makan BABI dan menyebarkan fitnah sama saja haram dia?. Itu sebab gua dah mual dengan info info tanpa kesahihan dalam dunia maya ini.

wake up malaysian....kita orang berilmu,ilmu untuk celik pemahaman,ilmu untuk celik mengkaji,kini dunia hujung jari,semua boleh selidik melalui talifon bimbit.Talifon bimbit canggih-canggih tu bukan hanya untuk rakam klip 3gp awek gersang maupon melayari laman youporn dan redtube. Its more than that my folks friends. Think before you LINK


p/s: gua dengor ada minah yang dapat nobel prize for peace dekat myanmar.......but she keep remain SILENCE.  

Friday, July 27, 2012

Berkat ramadhan

Bulan bulan puasa ni banyak berkat yang diperoleh,ada yang untung meniaga,ada yang dapat baju raya baru,ada yang dapat makwe baru,tak kurang juga ada yang dapat isteri baru. Pada gua pulak,berkat ramadhan yang gua dapat adalah lebihan lemak kat tepi perut gua beransur kurang. Dapatlah gua pakai baju masa gua form 4 dulu-dulu.Ganteng seh !!!



p/s: betol la orang kata...kalau hensem kena gelek dengan stamp roll pon hensem juge kah kah kah

Wednesday, July 25, 2012

Tarawih troll

Pegi terawih berimamkan pak arab memang boleh tahan sengsara dia.Bacaan dia memang win panjang dia,kalau uncle uncle sakit gout pegi memang naya. Paling bahana bila solat sunat witir rakaat ke 13 yakni rakaat terakhir lepas je ruku' imam baca doa qunut,part ni ramai gua tengok jemaah dah tertunging tungging nak sujud....peh kena troll hidup hidup dengan imam pak arab.Gua harap tok siak sebelum solat sunat terawih warn awal awal jemaah pasal doa qunut ni.Paling gua nak gelak bila ada jemaah sebelah gua ni,orang niger gua syak,masa solat talipon dia berdering,dia siap boleh kuarkan talipon dari poket,kasi bukak,tengok direktori call dan siap anto message gua syak. POWER.

Friday, July 20, 2012

PUASa

pohon kerajaan buat skim mercun satu malaysia (SM1M) dan majlis terawih satu malaysia (MT1M)

Sunday, June 24, 2012

DAMmit

tengah gua sedap sedap layan match EURO 12 (France vs Spain) kat livestream, boleh tiba tiba connection time up.........elok gua setting balik connection gua tengok score info dah 0-1.......damn!!!!.....ini yang gua rasa nak tendang service provider ni......

Tuesday, June 19, 2012

PTPTPU

Gua dah naik muak dengar isu hutang PTPTN ni,lebih lebih lagi bila isu ini dibicarakan tanpa susunan intelektual yang matang dan logik. Balik balik cerita pasal free educations,pasal duit petronas boleh bayar balik jumlah hutang,pasal berhimpun tuntut mansuh,pasal kalau mansuh tak dpt belajor la dan bla bla bla....tak ada pun penyelsaian yang konkrit dan realistik keluar dari mulut mulut mereka ini,baik ahli politik yang bangang nya,maupon pakcik pakcik kedai kopi yang hanya membaca harakah maupon utusan malaysia sahaja.Mencari salah memanglah mudah,tetapi membantu menyelesaikan salah tadi itu sesuatu yang sukar. Baik parti bulan,parti lembu,maupon parti roket hatta parti mata lebam pon masing masing menyalahkan masing masing.

masing masing tak mahu buat kerja rumah,tak mahu berfikir,tak mahu mentelaah, agar masalah yang diutarakan disenaraikan sekali dengan jalan penyelesaiannya. Dengan menggunakan sedikit kapasiti otak kotor gua ni,berbekalkan pengalaman 26 tahun menjadi rakyat malaysia,3 tahun terlibat dalam politik kampus,dan 5 tahun pengundi yang belum berdaftar gua akn cuba bagi beberapa idea remaja gua

idea pakai duit petronas untuk kaver balik pinjaman ptptn tu gua total tak setuju. Almaklum lah orang petronas tu tungang terbalik berkerja nak kasi petronas untung berpuluh puluh billion kau sedap sedap suruh hasil untung diorang tu digunakan bayar balik hutang yang orang lain pinjam,ader ke patot?elok elok bonus 12 bulan gaji jadik 6 bulan gaji....mau geng geng petronas buat perhimpunan minyak 1.0 tema warna hijau muda.

idea untuk tidak bayar balik juga gua total tidak setuju,dah pandai berhutang...kenalah pandai bayar.....kalau nak kata ptptn ni riba,eloklah juga dibuat perhimpunan untuk hapuskan loan kereta,rumah,dan pinjaman peribadi.....semuanya riba belake geng.Lagipon pada gua,pengalaman gua masa isi borang PTPTN dulu,takde pulak wakil PTPTN tu datang dekat gua,hulur pisau,suruh letak tandatangan.....gua rasa gua sendiri yang sain perjanjian tu....jadi ianya adalah optional pada gua,nak ambik...ambik...tak mahu ambil....sudah.

ramai yang berkata pendidikan pecuma kepada rakyat.....dan ramai yang berkata ikut mcm negara eropah yang berikan pendidikan percuma kepada rakyat....tapi setahu akal gua,walaupon free educations diberikan oleh sesetengah negara luar,tapi kadar cukai yang dikenakan pada rakyat sagatlah tinggi bagi menampung kos free education tersebut.......nak tahu mengapa? kita berbalik kepada takrifan free educational itu tadi.

free education bermaksud education that is funded through taxation, or charitable organizations rather than tuition fees.Jadi ini bermakna kalau gua nak free educations,it will be granted for me BUT.......setengah mati lah mak bapk gua,pakcik makcik gua,mak bapak kau orang,dan kerabat derabat kau orang bayar cukai untuk kelansungan free educational gua,lu,dan rakyat MALAYSIA..........mungkin pada kita,apa ada hal naikan tax sedikit,tak luak pon yedak?gua nak ingatkan lu......dulu ingat tak masa gomen si bijan nak wujudkan tax untuk prepaid?....apa respon lu orang?.....tepuk dada tanya akai........

ok sekarang,kita sama-sama fikirkan bagaimana nak selesaikan masalah PTPTN ni....gua yakin ramai yang tak puas hati kat PTPTN ni sebab interest yang so called wang pengurusan/upah pengurusan (service charge) dia ye dak? jadi gua sarankan agar service charge ini dimansuhkan sahaja.......bukan apa,kalau dah pinjam 36 000 tapi bayar 48 000 tu dah macam along bukit beruntung gayanya......mail lambong pon ada sifat perihatin lagi dr PTPTN ni....jadi sebagai jalan penyelesaian,gua suggest PTPTN ni daripada dok mengharap funding dari gov tiap tiap tahu apa kata kalau PTPTN buat pelaburan.....tak kesahlah bela lembu ke,buat estet ke,hartanah ke.....kilang kicap ke...janji dapat generate income......jadi duit 3%/1% yang menjadi sumber perolehan PTPTN tu boleh dihapuskan......dan segala expenses PTPTN bolehlah menggunakan wang perolehan dari pelaburan.....

yang kedua,gua yakin....kepada pelajar pelajar yang baru tamat pengajian,mesti rasa senak nak bayar PTPTN sebab al maklumlah,kerja baru dapat,gaji pon ciput,nak bayar prepaid,bayar makwe beli beg,makwe makan kepsi mekdi,beli kereta,sewa rumah dan lain-lain memang pada gua tak cukup....lain lah kalau kau sanggup makan meggi selama 10 tahun ak pun makan nasi hanya berkuah kari.Jadi gua sarankan PTPTN buatkan syrata,dan takat dimana hanya pada kadar gaji tertentu sahaja peminjam digesa mula membayar pinjaman.....sebagai contoh takat gaji rm 3000 baru wajib bayar pinjaman,jadi bagi peminjam yang bergaji bawah 3000 tak diwajibkan bayar lagi,tapi kalau nak bayar jugak xde masalah......ini akan memberi sedikit kelegaan kepada peminjam peminjam yang bergaji rendah macam gua......(gaji gua standed gaji pekerja pam minyak je)

selain itu peminjam yang tidak lagi mendapat pekerjaan boleh juga memohon kerja di estet estet PTPTN,kilang,maupon ladang lembu PTPTN dan mereka inidiikat kontrak selama beberapa tahun setara nilai dengan pinjaman yang dibuat agar dengan cara ini pinjaman mereka boleh dikira langsai. setelah tahun yang diikat tamat,peminjam bolehlah bertukar kerja jika mahu dan boleh terus menetap jika suke dengan kilang kicap dan ladang lembu PTPTN.

ah sudahlah malas dah gua nak pikirkan solutions untuk isu ni,gua bukan wakil rakyat pon,bukan menteri pon,pohon geng geng bertanggungjawab yang bergaji riban riban tolong pikir hal rakyat ni. Gua ni hanya pekerja bergaji setara kerja pam minyak. Tapi gua yang beriya pikir hal nih. Yang sepatutnya pikir dok sebok pegi sana sini,duduk atas kerusi empok,ekon sejuk,bilik seluas rumah gua,damn you.Yang dok memainkan isu ni pon dok main baling batu larik.....utarakan isu tanpa penyelesaian........macam cikgu cikgu buat soalan periksa add math tapi tak ada jawapan....demmit.



p/s: gua pon pinjam PTPTN jugak geng