Gua dah naik muak dengar isu hutang PTPTN ni,lebih lebih lagi bila isu ini dibicarakan tanpa susunan intelektual yang matang dan logik. Balik balik cerita pasal free educations,pasal duit petronas boleh bayar balik jumlah hutang,pasal berhimpun tuntut mansuh,pasal kalau mansuh tak dpt belajor la dan bla bla bla....tak ada pun penyelsaian yang konkrit dan realistik keluar dari mulut mulut mereka ini,baik ahli politik yang bangang nya,maupon pakcik pakcik kedai kopi yang hanya membaca harakah maupon utusan malaysia sahaja.Mencari salah memanglah mudah,tetapi membantu menyelesaikan salah tadi itu sesuatu yang sukar. Baik parti bulan,parti lembu,maupon parti roket hatta parti mata lebam pon masing masing menyalahkan masing masing.
masing masing tak mahu buat kerja rumah,tak mahu berfikir,tak mahu mentelaah, agar masalah yang diutarakan disenaraikan sekali dengan jalan penyelesaiannya. Dengan menggunakan sedikit kapasiti otak kotor gua ni,berbekalkan pengalaman 26 tahun menjadi rakyat malaysia,3 tahun terlibat dalam politik kampus,dan 5 tahun pengundi yang belum berdaftar gua akn cuba bagi beberapa idea remaja gua
idea pakai duit petronas untuk kaver balik pinjaman ptptn tu gua total tak setuju. Almaklum lah orang petronas tu tungang terbalik berkerja nak kasi petronas untung berpuluh puluh billion kau sedap sedap suruh hasil untung diorang tu digunakan bayar balik hutang yang orang lain pinjam,ader ke patot?elok elok bonus 12 bulan gaji jadik 6 bulan gaji....mau geng geng petronas buat perhimpunan minyak 1.0 tema warna hijau muda.
idea untuk tidak bayar balik juga gua total tidak setuju,dah pandai berhutang...kenalah pandai bayar.....kalau nak kata ptptn ni riba,eloklah juga dibuat perhimpunan untuk hapuskan loan kereta,rumah,dan pinjaman peribadi.....semuanya riba belake geng.Lagipon pada gua,pengalaman gua masa isi borang PTPTN dulu,takde pulak wakil PTPTN tu datang dekat gua,hulur pisau,suruh letak tandatangan.....gua rasa gua sendiri yang sain perjanjian tu....jadi ianya adalah optional pada gua,nak ambik...ambik...tak mahu ambil....sudah.
ramai yang berkata pendidikan pecuma kepada rakyat.....dan ramai yang berkata ikut mcm negara eropah yang berikan pendidikan percuma kepada rakyat....tapi setahu akal gua,walaupon free educations diberikan oleh sesetengah negara luar,tapi kadar cukai yang dikenakan pada rakyat sagatlah tinggi bagi menampung kos free education tersebut.......nak tahu mengapa? kita berbalik kepada takrifan free educational itu tadi.
free education bermaksud education that is funded through taxation, or charitable organizations rather than tuition fees.Jadi ini bermakna kalau gua nak free educations,it will be granted for me BUT.......setengah mati lah mak bapk gua,pakcik makcik gua,mak bapak kau orang,dan kerabat derabat kau orang bayar cukai untuk kelansungan free educational gua,lu,dan rakyat MALAYSIA..........mungkin pada kita,apa ada hal naikan tax sedikit,tak luak pon yedak?gua nak ingatkan lu......dulu ingat tak masa gomen si bijan nak wujudkan tax untuk prepaid?....apa respon lu orang?.....tepuk dada tanya akai........
ok sekarang,kita sama-sama fikirkan bagaimana nak selesaikan masalah PTPTN ni....gua yakin ramai yang tak puas hati kat PTPTN ni sebab interest yang so called wang pengurusan/upah pengurusan (service charge) dia ye dak? jadi gua sarankan agar service charge ini dimansuhkan sahaja.......bukan apa,kalau dah pinjam 36 000 tapi bayar 48 000 tu dah macam along bukit beruntung gayanya......mail lambong pon ada sifat perihatin lagi dr PTPTN ni....jadi sebagai jalan penyelesaian,gua suggest PTPTN ni daripada dok mengharap funding dari gov tiap tiap tahu apa kata kalau PTPTN buat pelaburan.....tak kesahlah bela lembu ke,buat estet ke,hartanah ke.....kilang kicap ke...janji dapat generate income......jadi duit 3%/1% yang menjadi sumber perolehan PTPTN tu boleh dihapuskan......dan segala expenses PTPTN bolehlah menggunakan wang perolehan dari pelaburan.....
yang kedua,gua yakin....kepada pelajar pelajar yang baru tamat pengajian,mesti rasa senak nak bayar PTPTN sebab al maklumlah,kerja baru dapat,gaji pon ciput,nak bayar prepaid,bayar makwe beli beg,makwe makan kepsi mekdi,beli kereta,sewa rumah dan lain-lain memang pada gua tak cukup....lain lah kalau kau sanggup makan meggi selama 10 tahun ak pun makan nasi hanya berkuah kari.Jadi gua sarankan PTPTN buatkan syrata,dan takat dimana hanya pada kadar gaji tertentu sahaja peminjam digesa mula membayar pinjaman.....sebagai contoh takat gaji rm 3000 baru wajib bayar pinjaman,jadi bagi peminjam yang bergaji bawah 3000 tak diwajibkan bayar lagi,tapi kalau nak bayar jugak xde masalah......ini akan memberi sedikit kelegaan kepada peminjam peminjam yang bergaji rendah macam gua......(gaji gua standed gaji pekerja pam minyak je)
selain itu peminjam yang tidak lagi mendapat pekerjaan boleh juga memohon kerja di estet estet PTPTN,kilang,maupon ladang lembu PTPTN dan mereka inidiikat kontrak selama beberapa tahun setara nilai dengan pinjaman yang dibuat agar dengan cara ini pinjaman mereka boleh dikira langsai. setelah tahun yang diikat tamat,peminjam bolehlah bertukar kerja jika mahu dan boleh terus menetap jika suke dengan kilang kicap dan ladang lembu PTPTN.
ah sudahlah malas dah gua nak pikirkan solutions untuk isu ni,gua bukan wakil rakyat pon,bukan menteri pon,pohon geng geng bertanggungjawab yang bergaji riban riban tolong pikir hal rakyat ni. Gua ni hanya pekerja bergaji setara kerja pam minyak. Tapi gua yang beriya pikir hal nih. Yang sepatutnya pikir dok sebok pegi sana sini,duduk atas kerusi empok,ekon sejuk,bilik seluas rumah gua,damn you.Yang dok memainkan isu ni pon dok main baling batu larik.....utarakan isu tanpa penyelesaian........macam cikgu cikgu buat soalan periksa add math tapi tak ada jawapan....demmit.
p/s: gua pon pinjam PTPTN jugak geng
0 comments:
Post a Comment