Tuesday, April 14, 2009

Segalanya bermula disini


Gua sebebnarnya bingung ttg entry yg perlu dibuat,tetapi tetiba gua terfikir nak bercherita ttg salasilah keturunan gua...bukan apa,cuma gua rasa gua perlu cari asal usul gua....dari mana datangnya nama gua....dan kenapa ia begitu.....dan gua percaya ramai rakan2 gua tidak mengetahui kenapa nama gua MEGAT....segalanya bermula disini berdasarkan dari cerita2 orang2 tua,pembacaan aku,serta penilaian akal fikiran aku dapat rusmuskan bahawasanya nama MEGAT hanya nama kebesaran yang dianugerahkan oleh sultan kepada seseorang yang berjasa kepada sesebuah kerajaan pada ketika itu.Hal ini mungkin sama dengan gelaran Abang,Dayang.Syed,Syarifah,Wan,dan sebagainya...jadi disini dapat dikatakan Bahawa nama gua yang sebenarnya adalah AZLAN

Mengikut cherita yang telah atuk gua sampaikan semasa gua dibangku sekolah,keturunan MEGAT ini berasal dari tanah jawa di pagar ruyong dimana berlakunya migrasi penduduk dari pagar ruyong ke tanah Melaka.Semasa di melaka dikatakan bahawasanya golongan migrasi ini telah membantu sultan melaka pada ketika itu "Sultan Muzaffar Syah"untuk membantu Melaka didalam peperangan dan memastikan kedaulatan melaka terpelihara.Oleh yang demikian sultan telah menganugerahkan gelaran MEGAT kepada golongan yang telah berjasa kepada negeri melaka yang Berdaulat

Terdapat juga cerita yang menyatakan bahawasanya gelaran MEGAT telah dikurniakan oleh sultan kepada seorang kesatria dari tanah sumatera yang telah membantu sultan melaka semasa peperangan yang tercetus.Oleh yang demikian dikatakan bahawasanya pemuda tersebut telah berkahwin dengan puteri sultan dan disebabkan berlakunya persilangan darah antara golongan diraja dan golongan kebanyakkan,maka anak yang lahir tersebut diberikan gelaran MEGAT (bagi yang lelaki) dan PUTERI (bagi yang perempuan) setalah melaka tewas ke tangan portugis,dikatakan bahawa golongan MEGAT ini telah berpindah ke perak,terengganu dan johor dan menjuraikan keturunan mereka di sana.

Sejak dari situlah bermulanya perkembangan salasilah keturunan MEGAT di perak
biasanya nama MEGAT ini dibawa oleh lelaki dalam keluarga dimana jika MEGAT berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak lelakinya akan juga diberikan nama MEGAT manakala anak perempuan diberi nama PUTERI.Tetapai jika PUTERI berkahwin dengan orang kebanyakkan anaknya akan diberikan gelaran TUN...disini gua akan senaraikan pokok keturunan gua bermula dengan korang mesti tertanya kenapa nama bapak gua bukan MEGAT.....ini kerana nama bapak gua diberikan oleh moyang gua yang menginginkan bahawa keturunan MEGAT ini terhapus kerana pada pandangan beliau ketrurunan MEGAT ini terlalu degil dan chulas terhadap ehwal keagamaan...jadi beliau berpendapat bahawa elok nama MEGAT ditukarkan kepada Mohammad,Muhammad,Muhd,atau Mohd...jadi disebabkan inilah bapak gua tidak memakai nama gelaran MEGAT...tetapi dia memakaikannya pada putera dan puteri beliau....kalau arwah moyang gua tahu...tentu dia kechewa skang....hehe

Nama gua pula diberikan oleh nenek saudara gua yang mendapat ilham sempena pertabalan sultan perak pada ketika itu iaitu DYMM Sultan Azlan Syah ibni Almarhum Sultan Yusoff...dari DYMM Sultan lah nama gua diberikan MEGAT AZLAN...pada asalnya gua hendak diberikan nama MEGAT AZLAN SYAH...tetapi mengapa mereka berubah fikiran gua pon x mengerti....adoyai

Sekian saja coretan mengenai salasilah nama gua.....oleh yang demikian dinasihatkan kepada rakan2 gua,jika ingin menalifon atau memanggil gua di perkarangan istana hinggap gua...panggillah AZLAN kerana jika anda memanggil gua dengan gelaran MEGAT anda akan ditanyakan soalan "MEGAT yang mane?"


-Tammat-



4 comments:

Anonymous said...

cam sket je bilangan kezen ko.. kalo aku due2 belah.. x cukup space carta alir tu..name pon ade yg x igt.. ramai bebenor

btw, nape aku rase pelik nak pangey ko azlan? rase cam pagey wakley plak..haha

xmegoox said...

ni belah bapak gua jerk....memang sikit pon beb....

Syafiqah Amirudin said...

Tumpang tanya kalau MEGAT berkahwin dengan orang kebanyakkan ,apa gelaran yang dia bagi kat anak dia ?

xmegoox said...

lelaki bwk nama familia......jadi anak2 diletakkan nama megat utk lelaki,puteri utk perempuan....kalau perempuan tak bawa nama familia....jd ia berkubur