Monday, September 28, 2015

Pemetik api di Hanyang

pertama kali gua pergi beli lighter dekat 
7e cakap serupa ayam dengan itik,harga lighter krw 600 gua hulur duit krw 50000.Sawan sekejap cashier tu sambil mulut dia acap kali cakap anyio...anyio...anyio. last sekali gua tampor dia seliang,terus gua blah...




p/s: malam kat hundae ni sejuk jugek...tambah sejuk bila dapat tengok awek2 kpop....ahai

Thursday, July 30, 2015

Cengkerik krik krik krik

Setahun lebih sudah gua tak kemaskini blog ni,entah kenapa tiba-tiba gua rasa nak bukak semula. Mungkin sebab banyak sangat masa senggang depan komputer agaknya. Lama jugak usia blog ni. Hampir masuk darjah satu kalau dikira. Banyak sangat perkara berlaku dalam setahun kalau nak di ringkaskan. Masih ada perkara yang masih serupa dalam hidup gua, dan ada jugak yang dah totally overhauled orang putih kata. Yang samanya gua masih KUTU, jobless dan belajor gua masih merangkak-rangkak menuju ke penamat. Yang berbezanya gua dah ada puan seri dan rambut gua semakin pergi. Hai sayang,kalau kau baca ini, simpan cinta aku pada ruang paling dalam hati, sampai mati.



p/s : Housemate gua dah keluar buku, korang dah beli ?

Monday, February 3, 2014

Potong stim

Tengah aku sedap-sedap duduk minum air Limau ais smbil sulam dengan ROKOK camel nan sebatang depan tivi siaran astro arena,mapley waiter khallel sedap2 tukor siaran tv3 citer boboiboy......peh cilake ape duduk mamak sambil toton citer katun,tak membina lansung.......balik sat g aku
ingat nak report ke KIMMA.Bior deme tawu kuasa pengguna.

Monday, January 20, 2014

Dilema seorang lelaki (untuk minda matang sahaja)

Dialog normal kalau pergi KFC maupon Mc Donalds


Awek jaga kaunter : Welcome sir,may i have your order?

Aku:  Ok.....errrrrr (sambil berfikir)

Awek jaga kaunter: Having here or take away sir?

Aku: Having here (sambil senyum manis)

Awek jaga kaunter:What do u like to have sir?

Aku: I would like to have a snack plate,with mineral water,and 2 scoop of coleslaw

Awek jaga kaunter: Spicy or OR?

Aku: Spicy,if possible BREAST part ye

Awek jaga kaunter: HA?

Aku: Errr ok CHEST part..errrr ok ok bahagian dada boleh? (sambil malu-malu tunduk tengok kaki sendiri)

Awek jaga kaunter: Ooooooo ok ( sambil mula buat pesanan)


Kau nampak tak dilema dia tang situ,dilema bila orang yang jaga kaunter tu seorang perempuan yang bertutur dalam bahasa inggeris,tapi buat buat tak paham bila pelanggan mintak bahagian DADA ayam.Tak pasal pasal pelanggan jadi serbasalah,malu nak sorok muka. Nak pulak belakang kau ada makwe beratur...peh dia punya malu rasa macam dan tu juga nak jumpa pakar bedah plastik.Jadi benda cenggini pihak berwajib kena ambil berat,buat clarification...bukan apa,takut nanti kalau aku dah ada anak,anak aku ikut aku ambik order,dan aku ulang dialog kat atas ni sebijik-sebijik,anak aku akan tanya abah..."abah..kenapa abah mencarut mintak auntir tu punya nenen"......peh tak ke jenuh kau nak menjawab.Sedap lagi kalau anak kau siap report kat bini kau...."mommy....mommy,tadi abah cakap kat auntie tu abah nak nenen dia"......maka dengan itu, esok,dan hari hari yang berikutnya  kau kena makan meggi lah sebagai hidangan tengah hari.

Thursday, November 14, 2013

Tenat

Sepatutnya gua punya belajar dah nak sampai hayat,tapi itulah,gua pemalas tahap ungka.malas sangat sampai gua tak move on...feel dia macam cilaka punya rasa,nak menangis pon ada,nak buat kool pon ada,nak terajang hewan pon ada. Gua jamin kalau ada pondan tengah menari nari lentok depan gua sambil buat gaya menggoda pasti gua jack perut dia sampai dia jadi lelaki semula....Orang kata lepas hujan pasti akan ada pelagi,aku kata lepas hujan kau akan basah, baju kotor kena becak lopak air,selsema dan demam tahap kronik....silap-silap kau perlu jumpa doktor......pelangi lah sangat,pelangi kepala hangguk kau.
















nota kaki kudis: Tuhan,jangan buat aku cenggini, tolong.

Saturday, October 19, 2013

Restart

Aku mula dengan cucuh sebatang rokok.......log in akaun blog,mula buat entri.....lepas ini aku akan komited dengan apa yang aku dah dengan mulakan.....aku akan habiskan....cuba untuk siapkan.....aku mulakan ia dengan kalimah bismillah........semoga ada kekuatan yang mendorong aku ke sana.....

















amin.....

Tuesday, September 17, 2013

Hebahan

Gua nak kabor ni, sape-sape peminat terfaktab yang berhajat nak bergambor,ambik tanda tangan,maupon meluangkan masa berkualiti dengan aqram,lep-lep serta syed terfaktab bolehlah hadir ke rumah gua mula jam ini sehingga hari isnin depan......caj masuk,rm 5.00 seorang berserta pakej bergambar bersama rumate gua yang famous.....sekian














p/s: bukak  bisnes perdagangan orang dengan harapan boleh cepat naik pelamin