Monday, March 5, 2012

once a Looser not always a Looser

Usai gua menghabiskan beberapa keping roti arab,dengan jari yang masih diselimuti kuah saltah chegu amp melontarkan soalan, "apa agaknya rasa belanja makwe makan dengan duit PTPTN?".Gua pandang tepat muka chegu amp,riak muka gua cukup membutuhkan penjelasan.Chegu amp kata dia tak ada pengalaman masa belajar belanja makwe makan pakai duit pinjaman. "aku pon tak ada pengalaman yang semcam kau cakap"ujar gua. Maklumlah,masa gua study dulu makwe gua pon bukan nya sekampus dengan gua. Lagipun gua mana ada makwe,kalau ada pun,hanya makwe untuk beberapa bulan dan makwe yang sekarang ni dah jadi bini orang,cilaka,orang semacam gua ni makwe tak boleh lekat lama,maklumlah pipit dengan enggang mana boleh mengawan ye dak.

amp kata dia rasa diri dia masa sekolah dan di maktab semacam looser,takde makwe yang nak dikepit kesana kemari dibuat piala iringan. Gua pon begitu juga rasanya. jadi gua boleh katakan yang gua juga pada zaman belajar dulu looser. Ya looser untuk at that moment lah. Tapi bukan benda itu yang gua nak highlightkan,apa yang gua nak bagitahu adalah apa yang ada dalam dunia ni adalah tidak ideal,yakni tidak sempurna.Sebagai contoh jika waktu belajar dahalu kau orang tak pernah ada makwe ini bermakna kau orang dapat rasa bagaimana feel dia life without women dalam hari hari hidup kau sebagai pelajar,tetapi kau orang mungkin tak akan rasa keluar makan hari hari dengan makwe,sambil suap nasi sambil usha muke makwe lu....memang berselera ye dak? nasi sepinggan pon boleh habes. Contoh lain adalah kalau kau tak isap rokok zaman dok hostel dulu jadi kau tak ada pengalam thrill isap rokok sorok sorok dalam tandas maupon berkongsi rokok sebatang dengan lapan orang perokok lain. Jadi kesan dia,ada sesetengah moment yang kau tak akan lalui dalam proses kau nak membesar.

dalam hidup ini kau tak akan dapat rasai semua perkara,tetapi kau mampu untuk mencuba sebanyak mana perkara yang kau mampu cuba. Hidup bukan hanya sekadar kau mengikuti trend atau corak kehidupan belajar kerja kawen mati,its more than that. Pergi ke luar sana dan make ur own mistakes. Banyak benda yang kau boleh cuba sebelom kau mati agar kau tak akan hilang beberapa moment yang berharga dalam kehidupan kau. Kalau kau masih belajar,lakukan banyak perkara dan bukan hanya tumpu pada buku sahaja. Pergi backpack....pergi bersosial dengan kawan kawan...lakukan apa yang kau suka. Bukan apa gua yakin sepuluh tahun akan datang kau mesti akan terfikir kembali apa yang kau terlupa hendak buat pada usia muda kau. Pada masa itu kalaupun kau pegi lakukannya kembali,feel  dia tak akan sama dengan feel sepuluh tahun yang lepas. Mati hanya sekali...dan biarkan kematian kau itu sesuatu yang bermakna.......cheers

Sunday, February 26, 2012

Satu tumbukan PADU ke perut

Jangan bicara gua perihal diet nak kurus maupon nak kuruskan badan agar kelihatan hensem. Jangan ajak gua makan luar kalau tak belanja gua makan ayam rendah lemak kenny rogers maupon ayam kentaki.Dan jangan tanya gua kenapa sejak dua menjak ni gua malas nak makan luar maupon lepak melepak kat kedai mamak yillek kaddawalley. Kalau begini punya cara makan,memang gua akan obes tanpa batasan.......lemparkan seluar skinny,sarungkan baju xxl dan seluar baggy......KALORI attack


nasi biryani mendi....dengan ayam madu padu....peh peh peh air tangan lelaki sejati

Monday, February 13, 2012

Sibuk teramat jangan sampai sesat


Awal awal tahun ni mulalah semua orang nak sibuk.....menyibuk dan buat buat sibuk pon ramai. Sejak dapat wish harijadi dari berdozen dozen umat manusia ni gua sedar yang gua ni takdelah keseorangan mana dalam usaha nak hadap kepalatan dunia ini. Satu je gua nak pesan "bekalkan hidup ini kurang kurang pun dengan sepotong doa" bukan apa...kalau kalau sesat jalan untung untung boleh balik ke pangkal semula.




p/s: kalau sesat jalan boleh pakai GPS....kalau sesat iman pakai papago pon ke hell expressway lah jawabnya

Wednesday, February 1, 2012

Berhala


Yang gemok tu namanya fatBack yang kurus tu namanya broke dan yang topi macam saiful apek tu namanya LMF......benda ni dah ada dengan  gua dekat 7 tahun..........kalau hidup tentu dah masuk tadika

Tuesday, January 31, 2012

Longkang

scene pakwe pakwe usha awek kat kedai makan lepastu kasi no talipon tulis atas kertas memang gua tak suka......macam klise sangat dengan cerita drama melayu. Pada gua pakwe pakwe begini setail gelojoh,takde sivik,dan tak kreatif.Lagi memalukan kalau pakwe tadik tu jenis lelaki picisan dan dressing gaya gaya abang long bukit bintang.

lain lah kalau lu ni muke dah macam jude law,maupon liam williams....gua yang lelaki ni pon boleh  cair.Kasi up sikit la harga diri tu,kalau nak mengorat pon,paling koman kau bayarkan la makan minum awek tu secara rahsia....nak trgik lagi,lepas kau belanja kau tinggalkan kad nama kau kat kaunter suruh tukang kira pass pada makwe tadik....ada lah setail sikit yedak?barulah macam org dewasa......

setail bagi nombor atas kertas ni,budak budak sekolah menengah baru berkhatan boleh lah applied kan?......be more mature..more pride....more dignity....nampak la kau lelaki versetail,lelaki berkarisma,dan ada pride.....ingat,kalau setail ngorat kau longkang,makwe yang kau dapat pon boleh tahan la longkang jugak ye !!!! keep in mind.......cheers

Monday, January 30, 2012

BusuK

bau kerang peram selama 3 hari 3 malam memang betol betol awesome......kalau tak penuh ilmu kebatinan jangan pandai pandai berani nak mencuba...kalau tidak buruh padah dia...ngerti ?








p/s: house mate gua boleh bantai simpan kerang seperiuk atas meja tanpa dibuang....bau dia tak payah berita la busuk dia,lebh busuk dari bau mamak bangalore kentut.......

Tuesday, January 17, 2012

Poverty

Tak ada apa yang lebih merisaukan pada awal tahun baharu ini melainkan jika kau duduk di kota besar,tanpa wang pendapatan dan yang hanya ada didalam kocek tampal kau adalah dua keping not biru berkepala agong bernilai dua keping roti canai.







kan gua dah kata,dunia ini mana mungkin adil walaupon adanya parti yang memperjuangkan keadilan.....long live poverty...give hail to luxury