Tuesday, December 13, 2011

Inovasi


Gua masa pergi pesta pulau pinang hari tu ada beli keropok,pakej keropok tu rm 10 berserta sepaket cumi dah nak expired.Gua yakin kalau lu panggil budak budak sekarang lu cakap kenal tak cumi ni,kompem sepatah haram depa tak tahu.Memandangkan gua takde peti ais,housemate gua pon cadangkan yang cumi ni diletakkan di sekitar sinki agar kesejukan aliran air dapat menyejukkan cumi ini tadi.Kadang kadang gua rasa idea housemate gua ni taraf taraf idea pesakit wad gila tanjung rambutan pon ada...apasal tak cakap rendamkan aje dalam mangkuk tandas,lagi bernas ye dak?

Wednesday, November 30, 2011

Misteri Nusantara Vol 1

Gua bersiaran secara lansung dari ruang tamu rumah gua,feel jugak rupanya update blog depan tivi nih.Gua sebenarnya baru balik dari kedah,bukan apa,gua temankan housemate gua pegi jumpa orang untuk tengok tengokkan henpon dia yanng hilang semalam.Gua pon bkn percaya dgn bomoh bomoh nih.Tapi dah member ajak kan,gua pon follow je lah.

sempat jugak gua tengok bomoh ni beraksi,dah macam cerita jangan pandang belakang dah gua tengok,peh peh peh.Yang paling style skali bila bomoh tu ckp yg henpon tu ada lagi dalam rumah nenek member gua tadik.Sah la org dalam rumah punya kerja jugak."dah banyak budak ni ambik"kata bomoh tu."budak kalau dah amik ubat payah"kata bomoh tu lagik...peh handal gak bomoh ni main teka teki.Gua syak kalau masuk pertandingan teka teki kompem boleh jadi champion.

jadi kawan gua ckp yang dia just nak mintak budak tu pulangkan balik je henpon dia,bukan apa...katanya nak bagi lesson supaya budak ni beringat pas ni jangan sesuke ambik barang orang lagik.Kata orang baru buku bertemu ruas kan.Dalam seminggu insyaALLAH lah barang tu akan dipulangkan kata bomoh tu tadi.Jadi kita tengok apa akan jadi pasni.....

dengarnya budak tu akan tak senang duduk,rasa panas selagi tak pulangkan henpon tu.Hurm...gua buat muke plai je sambil cucuh sebatang Marlboro light.Gua sedut dalam-dalam hembus buat bentuk O.santai dowh


-bersambung-

Tuesday, November 29, 2011

KUCHA-Lana

Gua dah sebulan tak update blog,bukan apa,banyak sangat benda yang berlaku hujung-hujung tahun ni,sejak dari jemput parent gua balik haji aritu life gua sedikit kucha lana.....pindah rumah lah,ada training lah,ke sana sini lah,orang nak mintak edit gambar lah,pertandingan lah,pendek kata hidup gua ni memang agak pack sikit.Baru hari ni gua dapat settle down skit,boleh update blog.

semalam masa gua duplicate kunci rumah baru,baru gua perasan yang gua punya kunci dah semakin banyak,dan setiap satunya merupakan kunci yang sentiasa gua gunakan dalam kehidupan gua,kunci rumah,kunci moto,kunci drawer,kunci lab,kunci loker,eh dah macam tukang kunci dah rupenyer.Gua syak semakin kau orang meningkat dewasa semakin banyak lah kunci yang bakal berada dalam gugusan pegangan kau,bukan apa,ia indicated yang kau ini semakin besar,semakin ada tanggungan,tanggungjawab dan amanah yang diberikan utk kau galas.

peh,kalau begitu lah gayanya,kau agak berapa banyak kunci yang najib ada?

Wednesday, November 9, 2011

Ustazah Pilihan

Gua masa balik kampung jenguk adik adik gua tempoh hari, gua banyak habiskan masa menonton tibi.Selalu yang akan teman gua tengok tibi adalah opah gua yang umur dia baya baya Marilyn Monroe .Selalu nya rancangan yang gua akan layan sudah pastilah siaran Astro Oasis yang bercorak islamik sikit.Bukan apa,agak agak la kan,tak kan gua nak layan cerita katun maupon program program berunsur freemanson plak dengan opah gua ye dak?.Rancangan yang paling opah gua suka adalah rancangan ustazah pilihan.Maklumlah,orang-orang tua kan,seronok la tengok makwe makwe muda yang tertib,sopan,beradap,dan yang paling penting berhijab dan agak pandai perihal selok belok ugama ni.Tengah gua sedap sedap layan ustazah pilihan opah gua kasi siren pada gua"bagus jugak kan kalau dapat bakal cucu menantu yang ustazah ni,bukan apa,kita ni banyak yang tak tahu nya" peh peh peh.

gua syak ayat penyata nih memang dituju khas pada gua nih,yelah tak kan lah dia nak tujukan ayat ni pada adik gua yang perempuan tu,dia bukan nya geng puak puak Ambiga yang sokong pesta seksualiti merdeka pon.Lagi mustahil lah opah gua tujukan ayat tadi pada adik bongsu gua yang lelaki tu,dia tu dah la baru lepas UPSR,kencing pon nak gua temankan lagi,mana mungkin kan. Jadi gua beranggapan yang ayat ni memang khas dituju pada gua.

Gua rilek rilek ajer,gua bangun pergi dapur telan segelas dua air,lepas tu gua duduk balik sebelah opah gua,"along ada simpan jambang nih opah,agak agak boleh dapat tak kalau nak try ejas ustazah buat cucu menantu sorang?",opah gua berpaling tengok muka gua yang berjambang,sambil senyum menyerlahkan giginya yang gua nampak ada yang sudah lompong susunannya.Dengan orang orang veteren ni mana boleh nak jawab secara face to face and face off ye dak?,mau jap lagi opah gua keluar hadis 40 maupon kuliah ugama versi masa tambahan karang,mau sawan gua dekat situ jugak gua rasa.Jadi baik gua layankan ajer......setel

Sunday, October 30, 2011

Bisnes

Semenjak ibu dan ayah gua ke makkah untuk menunaikan rukun islam yang ke 5 ada dua tiga ekor kutu request kat gua mintak ejas sekilo dua kurma maupon kismis combo pakej dengan air zam zam sebotol.Eh ape diorang ingat gua ni bukan francais macam kepsi maupon mekdi ke jual jual benda ni.Bila gua tanya untuk apa,dia orang kata nak makan untuk bagi terang hati,mudah untuk belajor katanya.Gua dah kabor pada ayah gua mintak tapau air zam zam dengan tamar banyak-banyak untuk bawak balik kesini.Bukan apa,atas permintaan yang memberansangkan gua nak bukan bisnes kombo tamar,kismis,serta air zam zam khusus untuk sape sape yang berhajat nak terangkan hati yang dah malap.Pasal harga,jangan risau....boleh nego !!!!!.SEKIAN

Wednesday, October 26, 2011

Sarapan di SG petani.....Lunch di Penang.....tea time di Alor Setar



Gua awal pagi lagi dah bangun,awal pagi lagi dah bertolak ke Kedah....sarapan di Sungai Petani,tapi atas sebab tertentu kena revert ke Penang smula,lepas zohor gegas ke Alor Setar semula.Maaf ini bukan job ketip gambar orang kawen,ini charity untuk member member kawen.Kawan punya pasal,apa ada hal kan?

Tuesday, October 25, 2011

Perkahwinan itu dalam kepala otak gua bukan nya satu trend

Umur gua semakin bertambah,dari hari ke hari,bulan ke bulan,sampai gua tak sedar yang tahun depan gua akan masuk kumpulan akhir 20 an.Jadi trend baya baya umur gua ini selalunya adalah kerja dan Kahwin.Ianya macam satu pathway yang perlu diikuti oleh seorang lelaki normal,maupon wanita normal.Siapa yang tak mahu berkahwin,semua orang nak berkahwin,ye dak?.Senang cakap kalau gua pergi mana mana kenduri orang kahwin,orang bertunang,hatta kenduri doa selamat pun orang akan tanya "bila nak kahwin".dan jawapan padu dari gua tentulah "belajar pon tak habis lagi".

Gua ingat lagi,masa ibu ayah gua amik gua di lapangan terbang masa gua baru saja tammat belajar dulu,dalam kereta lagi ibu gua dah tanya "along tak ada calon ke nak hantar tanda".Ayah gua pulak tambah lagi "bukan apa,umur macam kau ni dah boleh cerita benda macam ni,belajar pon dah habis".Gua senyap aja,tengok luar tingkap kereta.Ibu ayah bukan main exited lagi nak suruh gua berbini,tapi gua ni ada planning gua sendiri.Gua bukan tak nak kahwin,cuma ada benda yang nak tangkap dulu sebelum gua tangkap anak orang.Lagipon gua tengok kerja dan kahwin pada masa tu sama macam gua tengok kuih donut yang tak ada lumuran gula di keliling dia,plain...macam tak complete orang kata.

Paling klimaks sekali bila gua dengan ayah gua drive balik kampung untuk ziarah nenek gua,dalam kereta dia ada tanya gua,apa plan gua lepas ni.Gua cakap yang gua nak sambung belajar lagi.Dia tanya gua "kenapa tak nak kerja,kenapa nak belajar lagi?" Gua senyum,gua cakap dengan dia yang gua tak nak hidup gua komma maupon noktah.Gua tengok muka ayah gua dah berkerut kerut,tak faham dengan jawapan gua barangkali. "kalau along kerja lepas ini,along akan kahwin,kemudian along akan ada anak mungkin,akan ada keluarga,akan settle life,dan mungkin 10,20,30 tahun mendatang ianya tetap sama,itu noktah bukan?" Ujar gua.Ayah gua cakap "tapi lepas kerja kan boleh sambung?"."lepas kerja berapa lama perlu menunggu? setahun,dua tahun,10 tahun baru kemudiannya boleh sambung?itu pula komma bukan?"Balas gua.Gua tak nak nanti 10  tahun kemudian kawan kawan gua sudah maju kedepan,tapi gua masih di tempat yang sama.....masih di takuk yang sama....seolah macam berlari 10 meter,gua berjaya lari sampai 5 meter,kemudian gua hanya berlari setempat sahaja,penyudahnya gua tak kemana mana....kekal disitu sahaja...sampai bila?.

pada gua, kehidupan pada takrifan gua bukan hanya kerja kahwin ada anak,ada cucu dan tunggu mati.Pada gua life is more than that.Bukan bermakna gua tak nak kahwin tak nak kerja tak nak ada family.Cuma buat masa ini perkara itu bukan matlamat utama gua lagi.Yelah apa yang gua buat sekarang ni sikit banyak untuk bakal bini dan anak gua jugak nanti,paling tidak kalau sekarang ni gua boleh makan mekdi maupon kepsi in future mereka pon boleh gua suapkan sekali,tak gitu?.Kepada Ibu dan ayah gua yang gua sayang gila babi, tunggulah sedikit masa lagi,bersabarlah....gua bukannya sempurna,tapi gua cuba untuk jadi sesempurna boleh.....tunggu gua,dan pasti ianya akan berbaloi insyaALLAH.Bak kata kawan gua,"megat kau rileks,sekarang ni kau ibarat bermain daun terup,kau biarkan orang lain letakkan kad kad mereka,dan kau hanya lihat sahaja,tunggu...sampai masanya kau letakkan kad SPADE kau,kad terhebat kau.....pasti kemudiannya kau yang akan mengawal permainan dan kemenangan itu akan ada dalam poket poket kau".

setiap orang ada plan sendiri,gua tak kesah lu kerja ke,belajar ke,mengganggur ke,asalakan lu ada sebab mengapa lu buat begitu, itu sudah baik......jangan kau buat sesuatu itu disebabkan ianya satu trend orang dewasa dan hanya ikut ikutan agar kau nampak normal sudah,bukan apa kita semua sudah besar,sudah dewasa,jadi setiap keputusan yang kita buat itu perlu ada rasional di sebaliknya okei !!!!






p/s: Life is the summary of all the things  you have done during  life......which, today steps is for tomorrow history