Thursday, June 9, 2011

sAid

gua hanya nak cakap








Oh Chentaku!!!!!!!!

Tuesday, June 7, 2011

RasA

malam semalam gua makan sorang-sorang kat kedai makan...gua order nasi goreng d sate dan kopi o panas. Sesamapai je nasi dengan kopi gua,gua cucuh sebatang rokok,gua sedut dalam-dalam macam itulah rokok terakhir bagi gua,mata gua meliar mencari tukang ambik order tadi..."ada apa bang" tanya budak ambik order..."cuba kau rasa nasi goreng ni" getus gua...."masin ke bang","ke tak cukup sedap"atau "nasinya pedas"kata budak ambik order...."kau rasa je lah dulu"kali ni suara gua seakan akan tinggi......"errr sudunya mana bang,mcm mana saya nak rasa"kata budak tu....."haaaa tawu pon"gua senyum.....sambil lihat budak tadi pergi ke dapur sambil garu-garu kepala yang tidak gatal

Sunday, May 29, 2011

Jambang

  • situasi satu
Tengah hari jumaat lalu lepas solat jumaat,gua pegi kedai untuk beli satu pek pall mall merah,elok gua berhenti moto,ada dua budak sekolah dok tengok gua semacam,gua buat tak tahu je...terus gua masuk kedai,sempat juga gua dengar apa yang dua budak tadi tu katakan "macho abang tu"kata budak yang kurus pendek...."aah la,tapi silap ada janggut je tebal"balas budak yang lagi satu.....bungkam!!!!

  • situasi dua
gua visit nenek gua kat kampung,gua gerak sorang-sorang. Bukan apa,malas nak pergi ramai-ramai mcm nak bwk rombongan meminang. Sampai je dekat halaman rumah nenek gua,gua bagi salam....."siapa tu?" tanya nenek gua....gua teruskan bagi salam......lama juga gua tunggu,nenek gua tak bukak pintu pun. Last-last gua shout "opah....oooo opah"...senyap....elok gua nak rapat ke pintu gua dengar satu ancaman "kau jangan masuk,aku pegang parang" perghhhhhh.......samseng jugak nenek gua nih....lama jugak gua tercegat dekat laman......sampai lah pakcik gua balik dari memancing....barulah nenek gua buka pintu....."alahai,aku tak cam tadi kau rupanya lan"....aku ingat perompak mana tadik"...bungkam!!!!!!. Nenek gua dah tak cam gua.

  • situasi tiga
gua tengah naik motor nak melepak pekena kopi,berhenti kat traffic light. Tampak ada segerombolan makwe sedang berjalan,mungkin exercise gua syak....takdelah hot mane makwe-makwe tu...paling pun,pakai tudung lilit-lilit macam fatin liyana je...."oi,balak dowh...balak" kata sorang makwe kepada rakan dia yang lain......gua start paling pada makwe tadik,hajat di hati nak ukir sebarang dua senyuman..."mak aih,berjambang macam taliban" kata sorang makwe dengan nada yang tak dikawal tona nya......kalau ya pon nak kutuk,tak payah la cakap kuat-kuat ye dak.....malu gua rasa...barua!!!!!

  • Penutup
cilaka,sebabkan banyak sangat mulut-mulut yang bercakap perihal gua berjambang,mak gua dah berleter kat gua masa gua lepak rumah haritu....bernanah jugak gua dengar....dah lama gua tak kena leter teruk sebegitu...last gua kena leter masa gua tingkatan 3,itupun sebab gua nak PMR. Last-last gua ambik motor,pecut laju-laju pergi kedai mamak gunting rambut...gua trim jambang gua....setel !!!!!....harini gua pergi kenduri buai anak sepupu gua,semua dok kata muka gua berkumis nipis persis arab....gua senyum lebar...tak kurang juga mulut-mulut nakal makcik-makcik mulut takde insuran yang kata gua muka macam benggali karpet.....cilaka...

Tuesday, May 24, 2011

sorry i loVe you

semalam malam gua susah nak tidur....gua rasa gua miss someone...gua try ambil talipon gua...gua taip message "saya rasa saya rindu kamu"gua hantar kepada chegu..........kemudia gua cuba lelapkan mata...masih tak boleh tidur...gua capai talipon lagi...gua taip message satu lagi "saya tak tipu =("gua hantar lagi kepada chegu,dengan harap esok dia akan reply........

bangun pagi,gua bersiap-siap....gua capai talipon,gua tenung dalam-dalam....yang ada hanya tulisan maxis,dan ikon bar signal yang penuh.......gua masukkan talipon dalam kocek...gua gerak keluar rumah....mulakan perjalanan...perjalanan yang gua perlu lalui seorang diri....tanpa ada teman....






maTured

masa gua tengah lepak dengan Dr H dekat tesko,akip call gua....akip ni member gua dekat penang ni,budak puchong,umur pun beza setahun je dengan gua,selalu jugak lah gua lepak dengan dia...itupun kalau gua tak berebut dengan makwe si akip ni la. "bro,malam ni lu tolong hantar gua ke stesen bus,bus gua jam 11,tapi kita keluar awal la,kita lepak minum"gua iyakan saja,kebetulan gua free malam ni.Dalam jam 9 gua baru text si akip ni bagitahu dia yang gua dah on the road. Perkara rutin yang gua akan buat sebelum gua bertolak,supaya gua tak perlu menunggu.

Sampai je kat kedai minum,masing-masing pilih menu ikut selera masing-masing,samping tunggu menu siap,macam-macam jugak cerita yang gua sembang dengan si akip ni. Gua tengok akip ni cukup matang lah dari segi penampilan,jauh beza dengan gua ni....dia kemana-mana mesti tshirt berkolar,gua ni semua baju gambar tengkorak,hantu,dan zombie..."gua rasa gua tak matang penuh lagi la"kata gua pada akip sambil gulung rokok sebatang.......akip tegok muka gua,gelak....."aku rasa aku dah matang megat"......gua pasang api rokok...sedut dalam-dalam....gua cakap pada akip,"memang cara pemakaian gua tak matang,tapi apa yang penting adalah cara gua buat keputusan....itu sebenarnya kayu ukur kematangan".......gua tenung akip sambil sedut rokok...."gua tak nak la jadi mamat yang pakai seluar pendek khakis,baju polo kolar lipat macam kantona...pakai talipon canggih,tapi bulan depan gua jual talipon sebab gua tak ada duit"sambil gua hembus asap rokok kepul-kepul......akip senyum,mungkin berpuas hati dengan hujjah gua.......gua pandang atas,tengok-tengok langit walaupon langit malam tiada apa-apa yang menarik.....





p/s:bagi aku masa sepuluh tahun....aku akan siapkan pencapaian aku lebih dari apa yang aku capai sekarang

Monday, May 23, 2011

a cigarette,a tea,and a broken hearted

maaf lah,lama jugak gua tak hapdate blog...bukan apa,baru-baru ni gua tersangkut sekejap dengan tumblr,maklumlah,orang kata tumblr ni utk broken hearted person jadi gua try-try lah into seminggu dua,hampeh....sampai sekarang gua masih lagi tak paham. Jadah apa kalau nak kongsi entry dia punya term "reblog". lu orang pernah dengar tak yang scene-scene budak pompuan ni selalunya mereka ada list utk ciri-ciri lelaki idaman dia orang?...pernah kan..macam-macam lah ciri-ciri yang diorang letak,yang paling popular pon mesti akan listkan lelaki yang tidak merokok,lelaki yang gentelment,lelaki yang caring,tak kurang juga yang meletakkan rupa sebagai kayu ukuran...muka mcm david beckham la,lepnardo decaprio la,orlando bloom la...tapi last-last bila dah jumpa yang berkenan,automatik list-list tu ke tong sampah bukan......pelik jugak gua,kadang-kadang gua wondering dengan taste makwe-makwe zaman sekarang....paling bodoh gua pernah jumpa satu kes dimana ada makwe ni suke dekat sorang mamat ni sebab mamat tu pandai shuffle.....perghhhh pitam gua dengar alasan makwe tu..kira orang tak pandai shuffle macam gua ni kompem lah takde makwe berkenan...........fak!!!!





p/s:kau pernah dengar tak ada orang cakap kalau nak pilih perempuan calon isteri,kalau dia beragama=1....kalau dia cantik tambah 0 di belakang 1=10...kalau kaya tambah lagi 0=100...kalau dia keturunan baik-baik tambah 0 lagi=1000....maknanya..tanpa yang 1 tu...yang lain-lain tu adalah 0....SEKIAN

Tuesday, May 17, 2011

Good day GOD bless

ibu gua datang buat inspection di bilik gua hari ni,dah mcm zaman hostel dulu-dulu pulak bila time cuti warden akan datang melawat. Pagi-pagi lagi ibu gua dah call,gua tengah tidur lagi masa tu..."boleh tak ibu nak datang?"...gua dengan blur-blur,stim,stoned main jawab je....gua tak ingat apa yang gua jawab. Jam 2 ptg ibu gua sampai dengan deligasi....Siap bawakan gua almari kain lagi,perghhhh...lama tak jumpa gua katanya,rindu.....segan gua,sebab nampak sangat gua jarang balik rumah."along bila nak kahwin?",tersentak gua dengar soalan mcm tu,yelah..mana tidak nya,gua jujurnya tak pernah lagi pikir soal nak bermakwe-makwe ni,inikan pula soal nak pinang anak orang....kelu...."bukan apa,tengah orang tua ada nyawa lagi,kahwin lah"deep......cukup deep...gua sepetkan mata,renung anjung bilik gua dalam-dalam....dalam macam gua tenung kim kardashian depan gua.....adik gua lagi sedap soalan dia"along tahu tak hisap rokok tu haram?"perghhh soalan dia tu memang betul-betul tuju tepat pada hati gua ... bullseye sial....mentang-mentang lah Ujian UPKK sekolah agama dia skor,dia soal hukum haram halal dengan gua...tapi gua rilek-rilek tenang aje cantas "alah,bukan rokok je haram,bercinta pon haram jugak".....kali ni turn ibu gua pulak sepetkan mata,tenung gua dalam-dalam......keputusan semasa.....satu berbalas satu (1-1).









p/s:bila cakap soal kahwin ni,gua memang ralat sikit lah,yelah geng-geng sebaya gua kebanyakkannya dah kahwin anak 3-4 orang dah,paling-paling pun ada yang nak kahwin cuti sekolah bulan 6 nih....style gelojoh-gelojoh diaorang ni gua syak,takde angin takde ribut tetiba je kad sampai rumah....damn