Saturday, April 23, 2011

Fendi

Gua ada seorang kawan.....bukan kawan sebenarnya...more likely kepada sahabat, sebab dia orang yang paling hampir banyak persamaan dengan gua. Beza nya cuma dia kuruih kering,gua besor terlajak....tu secara fizikal lah....secara musik nya..dia evolve dari grunge kurt cobain ke metal tara trivium dan gua dari hatkor 2 piece ke mathcore macam caliban. Awal gua kenal fendi ni dia pendiam,banyak memerhati...even sekarang pon masih macam tu,bezanya fendi ni suka memikirkan sesuatu dari pelbagai jenis kemungkinan....jadi kau akan rasa dia ni komplikated...ya budak lelaki umur masuk 25 an ni memang komplikated....kau akan susah nak paham

gua ingat lagi masa minggu orientasi blok masa kat seberang laut sana dulu....setiap budak baharu perlu memperkenalkan diri dan tonjolkan bakat yang ada. Masa tu seribu satu macam ragam ada....dari melakonkan semula gaya gelecek bola macam ronaldo sampai ke tarian cucuk langit...ah,babi apa time orientasi kena buat aksi bodoh semacam ini. Nak taknak,kau kena ikut arahan senior,kalau tak pasti penampaq sedaih hinggap kat muka.

tiba lah giliran si fendi ni untuk memperkenalkan diri. "Nama saya Affandi b Marjuni", "berasal dari Segamat johor" "saya boleh menyanyi".....dalam kiraan 1....2.....3 seorang senior,si fendi ni pon tunjukkanlah bakat dia......."IM SO UGLYYYYYYY!!!!!!!!" (buat suara macam kurt cobain maupon emmet butterfinggers)......"hoi !!!! lagu apa yang kau nyanyi" gertak seorang senior...."selamat....hari raya....hari untuk kita bersuka ria..." si fandi sambung nyanyi...tapi kali ni dia tak teruskan lagu butterfingers tadi...tapi dia nyanyi lagu selamat hari raya...bungkam !!!

Jadah ape muka violent nyanyi lagu selamat hari raya.......gua dapat bayangkan fendi bagaikan seekor harimau yang sedang mengiau bunyi kucing......perghhhhh,mengalir air mata gua tahan ketawa......










p/s: fendi single lagi.....kalau nak cari lelaki baik sekarang ni susah,gua syorkan dia untuk makwe-makwe yang membaca entry ni

Friday, April 22, 2011

Damn Dirty LAB assistant

LAB tutup untuk sekelian kalinya
.
.
.
mood gua makin buruk,lagi buruk dari muka khinzir
.
.
.

rasa macam nak cari orang nak buh penendang
.
.
.
ALAAB ( All Lab Assistant Are Bastard )










p/s:lepas ni kalau gua terpaksa sambung extra sem,jangan nak salahkan gua lah hoi !!!!



Thursday, April 21, 2011

kaBur















mengutip cebis-cebis kekuatan untuk bangun semula.....kau kena gagah hadapi hidup ni....kau tak berseorangan, Tuhan ada di atas sana

Tuesday, April 19, 2011

Sekalipon hari yang kau lalui buruk....dunia ini tetap tak mengecewakan

Sepi dunia monochrome

Masih ada mentari menyinari dunia

Kurasakakiku







p/s: hey.....palat bagaimana pun hari kau...dunia ini tetap cantik kan?

TranQuillizer

Serabut ....masa-masa ini lah jugak moto gua nak jatuh pechah....masa ini jugak lah seluk poket,keluarkan wallet ada 2 keping duit biru pekat sahaja...masa-masa ini lah gua nak kena bertekak dengan orang yang tak pernah cuba nak faham kondisi gua.....kadang-kadang gua sendiri give up dengan life gua. Hidup ini sentiasa mencabar....hadap hidup sorang-sorang nih memang boleh bikin orang seperti gua jatuh tersungkur.Selalunya gua akan bangun balik...tetapi kadang-kadang gua harap gua tak akan bangun dah.

malang juga,kontak sorang dua kutu semuanya un available.....ah sorang-sorang lagi lah nampaknya....last-last kawan terbaik gua pada waktu-waktu semacam ini adalah nikotina dan kopi. Paling kurang, gua leka dalam dunia imiginasi gua sendiri....hidup ini tough bukan?





p/s: masih adakah perkara dalam dunia ini yang boleh kita lakukan tanpa memerlukan kepala AGONG ?

Friday, April 15, 2011

what a morning

Bangun pagi gosok-gosok mata......ambil kettle jalan-jalan santai pergi washroom...sea breeze membelai tubuh,prepare cornflakes+wheat biscuit,segelas nescafe panas....dan sebatang sampoerna.....tenang...paling tidak gua dapat lari sekejap dari segala-macam masalah kehidupan....









p/s: pagi-pagi layan injeksi musik iceland dari sigur ros..........ngam dow

Nilai deep-deep

kau kata majoriti Malays malas.....
kau kata majoriti Malays tak grab peluang.....
kau kata majoriti Malays alpa


cuba kau pikir.....kalau portion malays dalam negara ini rendah dari bangsa lain,adakah akan nampak keburukan di atas? macam ini lah, kalau dalam 1000 melayu 500 malas.....dan dalam 100 cina 50 malas.....dan 10 india 5 malas adakah ini bermakna melayu sahaja yang malas disebabkan bilangan nya yang ramai?.......tidak bukan,jadi nombor sebenarnya means nothing jika tiada support dari analisis statistik......ah,manusia...suka sangat menilai tapi selalu sangat gagal mentafsir....cepat sangat judge dan come out dengan konklusi....akal ni guna bukan untuk sekadar fikir....ia untuk menilai,meramal,mengkaji,mentafsir bukan hanya dari satu haluan,tapi lebih,macam dice theory (dalam filem ali baba bujang lapok)......itu cantiknya akal.....kau boleh pergi sampai ketidak terbatasan.....






p/s: you said "dont judge a book by its cover",but u judge the book by the writer....for me,it doesn't make any sense