Wednesday, March 16, 2011

Chinta

Dulu masa sekolah agama petang, gua ada syiok kat sorang awek ni,nama dia nurfariza kalo gua tak silap. Budak sekolah rendah convent. Tapi masa tu gua mana tahu yang perasaan ni namanya cinta. Gua rasa dia menarik minat gua sama mcm tarikan cerita mighty morphine power rangers yang disiarkan dalam tivi tu. tyme tu gua darjah enam....zaman raihan mula menaik....zaman dak-dak gila kereta dash yan kurou....zaman filem titanic dan leonardo de caprio. Masa tu dak-dak perempuan dah mula kumpul biodata-biodata budak-budak lelaki jambu dimana dalam biodata tu mencakupi informasi tentang nama penuh, alamat, hobi,minuman kegemaran,makanan kegemaran,maupon lagu yang diminati. Tetapi bagi kami dak-dak lelaki semua itu x ada pentingnya jika nak dibandingkan dengan suria baja hitam,maskman,flashman,maupon sabre rider. itu lebih penting. Jadi logiklah yang gua x tahu bahawasanya gua sudah jatuh cinta untuk yang sekian kali pertama nya. Kepada fariza....walaupon dah 13 tahun berlalu,gua nak tetap ucapkan


"Gua cinta pada lu".....



p/s: ah mood KLMJ pula malam nih.....






Sunday, March 13, 2011

Ejakulasi !

BILIK---->Butterworth---->Bagan Serai---->Tapah---->Shah Alam---->Mentakab---->Kapar---->Rawang---->Bagan Serai---->Butterworth---->BILIK






p/s: bukan gua yang drive...gua lesen pon tak ada




Friday, March 11, 2011

Epik hati pechah

Kalau lu orang pernah berpisah dengan seseorang,mugkin mudah bagi orang lain untuk katakan "alah,bnyk lg perempuan lain" atau"bunga bukan sekuntum". Benar,memang benar, tapi pada pandangan gua YA there's plenty of fish at the sea....BUT its not the same....neither similar. Jadi memafkan bukan melupakan adalah sesuatu yang relistik dan relevan. Bukan mudah untuk melupakan seseorang,nak pula kalau orang tu dah masuk ke dalam hati. Nak memulakan satu episod baharu itu memerlukan kekuatan yang tinggi.








"Knowing someone else just like moving to the new country where you dont know the language"

Wednesday, March 9, 2011

muke awek Candid

D.O.A
Senyum slalu
Awek SAAB company (jual jet pejuang)

whiTey


gua suke minum air soya....ader orang kata gua appearance rock kental tak sesuai minum air soya

"wah,soya! ko kan rock xkan minum soya je kot,hee"

dalam kepala otak gua,kalo orang gelap mcm gua ni minum soya selalu akan ada potensi untuk cerah....untung-untung kulit mulus putih suci mcm jude lwa pon jadi ler ye dak?





p/s: kalo selalu minum air pandan agaknya dua tiga taun lagi kulit kaler macam SHREK gamaknyer

Sunday, March 6, 2011

BaD Day

Hari jumaat yang agak malang..mana tidaknya tepat jam 830 Dr H ajak gua lepak mengeteh....slumber gua reply ok...dalam 5 minit gua dah sampai ke port minum....kebiasaan gua gua akan prgi ke meja dan campakkan kunci atas meja...style orang kata...barulah mcm lelaki versetail ye dak...dari jauh gua nmpk Dr H tgh mnum air sambil ngadap tv...tgk berita gua agak...gua pon slumber rapat ke meja....campak kunci.....Dr H mendongak ke atas tgk muka gua....gua tengok muka dia sambil itu gua buat muka macho......eh? apehal mcm len mcm je muke Dr H harini getus hati gua....binawe rupanya gua silap orang......bagi mengelakkan malu yang teramat cepat-cepat gua ambik balik kunci lalu berundur ke belakang....sambil tu gua ambik talipon bimbit sambil dail no Dr H...."hello ko ktne?aku dh kt kedai"kata gua "aku otw" balas dia...damn...xpasal-pasal gua kena gelak dengan awek tepi gua...cis salah org rupanya

tak cukup dengan tu....jam 12 malam gua pergi beli reload card utk celcom.....selesai gores gua masukkan pin number....lepas tu gua buangkan kertas reload td ke longkang....masalahnya gua bkn buang kertas reload....tp gua buang kunci gua dalam longkang.....style x?bala...bala.....ini semua bala.....





p/s: seluk tgn dalam longkang yang hitam dan bau yang memang triple kali busuk dr bau cagu memang taboo bg gua...xpasal-pasal malam tu gua mimpi kene kejar dengan hantu....suwey btol

Wednesday, March 2, 2011

No women no CRY

lu orang penah x kalo bergaduh dengan budak-budak pompuan dulu-dulu disebabkan oleh lu x puas hati dia pegang tali zero-point nak tak nak maupon masa main kawen-kawen, dia nak lu jadi seorang suami yang caring...gua dulu kalo bergaduh dengan budak-budak pompuan mest gua akan nyanyi "nama ko dollah,tetek ko sebelah". Tapi tu cerita dulu.......mungkin 15 tahun dahulu...tapi sekarang ni kalo gua nyanyi camtu jugak gua kena PENAMPOR gua syak....paling-paling diskaun pon gua kena maki dan dan tu jugak...ye dak?