Thursday, June 10, 2010

Entry aku yang malas

Assalamualaikum w.b.t

Malas nak tulis.....letak gambor je....sekian

p/s:Mulus x jari jemari gua????

Tuesday, June 8, 2010

Toner

Assalamualaikum w.b.t

dukacita dimaklumkan aku kehilangan kad pengenalan aku semalam,urgh rasa macam aku ni pendatang tanpa izin pula,bulan ni aku bnyk dijemput utk makan nasi minyak.....its total rawk beb...makan nasi minyak sambil2 candid2 muke org memang best.....aku gemar kannya....nak pula sekarang aku gila main dgn tone......wow....minimum editing but maximum impact......aku suka kannya

Arwah nenek kawan aku
Sinar mata
Mencebik
Dont snap me

Monday, May 24, 2010

Pop kultur susu bagaikan Yakult

Assalamualaikum w.b.t.

kemahiran mengketip gambar aku yang compang camping nih dah lama x diasah....agaknya dah tumpul..cis,jadik aku buat keputusan untuk grab gambar dari cik Khadijah. bukan apa....saja-saja cuba refresh skil2 edit gambor sambil2 layan lagu resistance dari MUSE....wow,satu kombinasi yang best...rasa mcm aku ni seorang artisan....ini baru betol-betol art!!!!

Saturday, May 22, 2010

Secangkir teh pengubat letih

Assalamualaikum w.b.t

hari-hari yang dilalui sangat-sangat memeningkan,bertalu-talu persoalan menghentam pemikiran aku seperti hentaman alteri 105 mm howitzer ke kubu musuh,cettttt...baru hari ini aku dapat merehatkan badan....aktiviti tidur selama yang mungkin membolehkan sel-sel tubuh badana aku ber regenirasi semula seperti hikmat kuasa penyatupaduan sel-sel pendekar laut....owh sudahlah merepek...aku sebenarnya sedang menikmati secawan teh sambil mendengar lagu "soaked"nyanyian muse......owh aku tertarik dengan liriknya....owh memang benar kita akan letih dengan kerenah cinta ini......tetapi ada masanya kita akan rindukan ia....unik kan perasaan?

When you’ve had enough

Searching for love

and u miss the touch

Of someone new


akhirnya kamu akan hanya membiarkan ia sahaja perasaan itu......kamu akan menyembunyikan perasaan itu...ya itulah yang akan berlaku.....dan semuanya akan kembali ok...hahaha...mudah sahaja just let it be......its a faith beb....akan ada masanya kamu akan beroleh cinta ini...jika tidak di penghidupan ini mungkin di penghidupan selepas mati......

Take shelter and hide forever

your soul will be ok


p/s:dah lama aku x pg ketip2 gambar

Tuesday, May 18, 2010

Semak otak

Assalamualaikum w.b.t.

Aku rindu masa kanak-kanak aku.....sekian

Gambar aku dengan Tan sri kat pangkor...masa ni aku cerah lagik

Monday, May 17, 2010

Kepada Bakal isteri Aku


Assalamualaikum w.b.t. entry ini ditujukan kepada bakal isteri aku walaupon aku xpernah tahu dimana dia berada dan siapkah dia.Kepada si dia ,aku ini lelaki biasa sahaja,aku tidak punyai harta untuk dijadikan perhiasan kamu,ya sekarang aku berkerja,Alhamdulillah tuhan masih mnyediakan rezeki untuk aku,tetapi akan datang aku xtahu,adakah aku masih bekerja.....tetapi aku akan berusaha untuk mengelakkan bakal isteri aku,yakni bakal ibu kepada anak-anak aku tidak kelaparan,aku akan gunakan kudrat ini untuk mengelakkan kamu berlaparan.Aku hanya manusia biasa......Sekarang ini aku menyewa bilik,tetapi aku xpasti adakah aku akan mampu menyediakan rumah seperti yang kamu idamkan atau adakah aku akan tetap terus menyewa,tetapi aku akan berusaha untuk tidak membiarkan kamu melarat berdindingkan udara,berlantaikan tanah,dan berbumbungkan langit...aku hanya insan biasa...serba fakir...tetapi aku akan berusaha....aku manusia biasa sahaja.....Kepada bakal isteri aku,bakal ibu kepada anak-anak aku,sekarang ya mungkin aku mampu menggerakkan tulang empat kerat aku,tetapi akan datang aku xtahu...mungkin tuhan akan menguji aku dan menarik segala kudrat aku....aku xtahu....sebab aku insan biasa...manusia biasa....aku hendak kamu tahu apa yang aku ada sekarang ini belum tentu akan aku dan kamu mampu nikmatinya pada masa akan datang,kemungkinan aku akan kehilangan kesemuanya sebab semua ini adalah pinjaman kepada aku....yang bersifat sementara..aku manusia biasa.....aku xberani nak mnyatakan yang kamu akan bahagia bersama aku....maupon sengsara bersama aku....sebab aku tahu....aku hanya manusia biasa....tetapi aku akan berusaha...untuk menggembirakan kamu semampu aku...semampu manusia biasa.....entry ini untuk kamu....sebgai pengakuan aku untuk kamu...yang aku ini hanya manusia biasa....bukan siapa-siapa......

ikhlas
(Megat Azlan Azmi)
manusia biasa

Sunday, May 16, 2010

Permata yang belum digilap

Assalamualaikum w.b.t

Dulu masa sekolah tadika,aku bukan terkehadapan pon,biasa sahaja....pergi sekolah naik beca,penah masa ambil wudhu aku termasuk dalam kolah,basah baju sekolah,aku bukan budak harapan chegu pon,biasa-biasa saja.Owh aku bertadika di tadika ABIM.Tapi aku bukan pandai agama pon,kalo bagi aku bab bermain kombat-kombat aku pandailah.Masa sekolah rendah aku xpandai pon,nombor 30 dari 40,pergi sekolah naik bus,pernah kena tinggal dengan bus,pagi-pagi nyanyi lagu inggeris.....berseluar pendek,sekolah aku xder murid perempuan,dan kebanyakkan kawan aku pelbagai bangsa...cina india melayu.....sejak dulu aku dah mengamalkan konsep satu malaysia.....

Masa darjah 4 aku pindah sekolah,sekolah majoriti melayu...aku masih xpandai juga,UPSR aku hancus....balik rumah menangis....aku bukan pelajar harapan....ya macam lalat,tiada orang endah....Masuk sekolah menengah pon aku seperti murid-murid lain,xpandai mana pon....nak pula sejak aku belajar sebelum kosong masih ada nombor,masa PMR keputusan aku xbagus mana pon,biasa sahaja...bolehlah nak pg asrama......

Sampai asrama aku masih begitu...xpandai mana pon...nak pula setelah aku belajar yang nombor boleh digabungkan dengan huruf....x lah y lah....dan lain-lain....SPM aku cukup-cukup makan.....boleh lah nak pegi matrikulasi,chegu-chegu xbrapa nak kenai aku pon,sebab ramai budak-budak bijak di sekolah aku...Masa matrikulasi aku tetap sebegitu......xkemana pon,cukup-cukup makan je...lepas lah nak apply univarsiti....dulu cita-cita nak jadik doktor....nampaknya sekarang aku jadi pesakit sahaja.....

Masuk univarsiti,hmmm makin rosak,xpenah nak ikut peraturan...berselipar,tshirt hantu...suar koyak-koyak.....aku masih dengan aku yang dahulu...tiada siapa nak kenal sangat pon....aku tetap aku,hmmmm,sampai si univarsiti baru aku tahu ertinya belajar....seronok juga belajar ni....kat univarsiti aku bukan pandai pon,biasa sahaja...cukuplah nak lepas satu skrol yang hanya bertulis IJAZAH...owh ia tiada apa-apa....hanya kertas sahaja...maka jadilah aku seperti yang sekarang ini.....masih disini...hasil acuan pendidikan imperialis....

ilmu aku dikhususkan....oh tidak,aku xmahu sebegini......
degree of anything master of nothing....apekah ini?aku mahu seperti dahulu.....belajar segala nya....bukan terkhusus kepada satu saluran sahaja.....ilmu itu luas,pernah kamu terfikir.....mengapkah tokoh ilmuan terdahulu mahir pelbagai bidang sedangkan kita sekarang ini hanya termaktub kepada satu bidang?ini maknya kita dikekang hak kita menuntut ilmu....owh aku dahagkan ilmu...dan sekarang aku sedang mendalami pelbagai ilmu....dari perihal ilmu,musik,kaji hayat,seni,kimia,...maupon syariat hakikat dan fikh....belajar selagi hidup....sebab pada aku ilmu ni yang akan membantu sedikit sebanyak kita menjadi manusia acuan tuhan dan bukannya manusia acuan syetan....

aku percaya itu....sebab itulah org yang berilmu tinggi martabatnya di sisi yang esa......owh,ada aku terbaca...perihal org yang menuntut ilmu ini.....terutamanya lelaki....lelaki yang menuntut ilmu ni dia tiada masanya untuk mengganggu(mengurat)perempuan...tiada masanya untuk memaikan wanita...tiada masanya untuk membuat perkara-perkara yang boleh merosakkan wanita...kerana mereka sibuk dengan tuntutan ilmunya......hmmmm ada benarnya.....aku lihat,ramai kawan-kawan aku yang masih belajar tidak merempeit kehulu kehilir...x angkut anak dara orang ke sana kemari.....mereka sibuk dengan tugasan mencari ilmu mereka......sedikit-sedikit nakal tu biasalah......tapi ada hadnya.......tetapi kebnyakkan lelaki yang aku jumpa buruk perangai nya adalah generasi yang tidak mencari ilmu....aku bukan hendak merendahkan martabat mereka...tetapi apa yang diperkatakan ad benarnya....x semestinya kamu kena ke univarsiti untuk mencari ilmu......

ilmu banyak cabangnya.....formal,xformal,separa formal,dan lain-lain.....jadikan lah menuntut ilmu tu satu budaya...seperti zaman para anbiya dahulu.....kita dah lama meninggalkan acuan para sahabat dahulu....budaya ilmu itu kita x peraktikkan....kita kena berubah.....jadikan ilmu itu sebagai makanan jiwa kita.....kerana pada aku
ilmu itu dari tuhan kepada makhluk untuk makhluk mengenal tuhan....jangan lah kita tetap hanyut dengan arus dunia yang tiada pasang surutnya ini...cubalah untuk berenang..mana tahu...akan ada daratan yang boleh kita singgahi....

pena minda
(Megat Azlan Azmi)