Thursday, January 1, 2009

Serigala militia


Gua nk menceritakan ttg band seringai yg pada gua mmg kuat rock metal dan hardcorenya,mmg layan alunan2 musik dari band ini,rasa mcm nak moshing jerk....band ini bertapak di jakarta indonesia dari lagenda2 pemusik hardcore indonesia yg telah bertapak lebiih sepuluh tahun.Gaya permainan musik mereka adalah gabungan citarasa antara motorhead,black flag,black sabbath,sehingga alunan musik metal seperti darkthrone,iron maiden,old metallica dan celtic frost ditambah injeksi pink floyd....mmg mantap beb,gua jatuh chenta pd lagu2 mereka pertama kali gua dgr lagu AKSELERASI MAKSIMUM...kalo lu org nak tahu,cubalah seringai...

  • Pengikut setia seringai ni dinamakan sebagai serigala militia,pergh...mmg kool,dorg mudah dikenali dgn t-shirt seringai dan badana skull dorg...gua ingat nak beli satu r nnti badana tu

Tuesday, December 30, 2008

Pada malam ini

malam ni bermula lah tahu baru,2008 meninggalkan bnyk peristiwa pd kita
pelbagai duka menyelingi,dan tumpah juga darah2 org yg tidak bedosa,

malam ini,ramai lagi rakyat palestin yg akn dibunuh;
dibunuh oleh manusia yg tidak berperikemanusian,

zimbabwe maseh lg diamcam wabak
indonesi maseh lg huru hara
thailand maseh lagi bergolak

malam ini aku tidak akan meraikan kehadiran 2009 dgn kegembiraan,
seperti tahun2 lalu,aku mendiamkn diri di teratak ku,
tiada erti pd ku tahun baru,
hanya propaganda bg mereka yg mengeksploitasi dunia ini,

aku tidak mampu mengubah semua ini,
kesedihanku tidak akan mengubati titisan keperitan mereka yg
teraniaya,

mungkin cukup bagiku hanya untuk mengingati....

  • dari punx untuk punx

Monday, December 29, 2008

Nike,adidas dan aston martin

Pergi ke parkcity,gua tertarik dengan deretan kasur kanak2 berjenama...teringin r gua nnti pd suatu hr nak sarungkan kasut2 gini pd warisan gua...dulu2 gua xdapat nk rasa,paling xpon biar anak2 gua rasa...dorg suke,gua puas ati....selain itu gua jumpe deretan mini cooper di pinggir jalan,mmg chantek,gua ingat kalo ader rezeki lbey gua nak miliki keta gini,keta2 yg antik dan unik,mcm wolkswagon beetle 1956 dan samba van...hui kalo dpt mmg org akan jeles punyerlah...mmg champion beb

Sunday, December 28, 2008

Gua sdg pikir masak2

Gua tgh pikir ni sameader nak switch subject instrumentasi ke AFM atau kekalkan ia...beberape hari gua dh peningkan kepala gua,gua bkn aper,gua pikirkan final project gua yg maseh blum siap2 lg ni.....pending in action jerk memanjang,last skali kang gua yg ter pending kat sini,Gua ni dah la bengap,malas.....cmne nak amek subjek instrumentasi tu,kalo amek pon gua akan tuka nama gua....wong ah gat

Saturday, December 27, 2008

Transfer listed

Akhirnya gua terpaksa mengalah dan akur dgn arahan pihak kolej supaya berpindah bilik...gua bukan takot maupun gentar,gua sememangnya anarkis yg moralistik,tetapi memikirkan yg seluruh blok yg gua inapi hari2 lepas akn dibaik pulih dan bekalan air dan elektriknya akan ditutup gua tiada pilihan lain...i need to move along through the path that i disobey recently...akhirnya gua betapak lah di sebuah agam baharu yg lebih tinggi puncaknya...tidak apa lah,ada kalanya kita perlu mngalah untuk kebaikan diri kita sendiri....

My new study table decoration

magical wardrobe

Koleksi majalah ROTTW ku

kasetku yg 'rare'

using picasa3





Friday, December 26, 2008

Perjuangan

Excerpt from The Screenplay “Fatwa Pujangga”, 1996.

Seketika kemudian, Pak Samad berjalan merapati para pelajarnya dan duduk bersila di hadapan mereka. Mereka kemudian menjadikan itu satu semi bulatan.

PAK SAMAD

Anda pernah baca novel saya…

Para pelajar itu menjawab sudah…

PAK SAMAD

Tidak enak bukan ?

Para pelajar ketawa.

PAK SAMAD

Saya hanya novelis tua yang ketandusan bakat

yang anda ada…. anda lebih hebat dari saya…

naskah Encik Zuhairi… lakonlayarnya lebih

hebat dari saya…

Zuher memerhati approach Pak Samad.

PAK SAMAD

Biar saya ceritakan kepada anda tentang hidup

saya yang serba tidak menarik dan kekurangan

ini… sudi mendengarnya…

Semua menjawab “SUDI”

PAK SAMAD

Tapi tidak menarik… saya tidak salahkan anda

jika ada yang tertidur nanti… baiklah… anda

kenal Pak Sako ?

Ada yang menjawab kenal.

PAK SAMAD

Anda kenal Ahmad Boestaman…

Begitu juga jawapan mereka.

PAK SAMAD

Pak Aminuddin Baki…

Begitu juga jawapan mereka…

PAK SAMAD

Itu semua orang muda yang hebat dan perkasa

di zaman saya anak muda seperti anda… mereka

bagus… baiklah… sekarang saya ceritakan tentang

anak muda bernama Samad… orang panggil Mad

Kontot… sebab saya dulu kecil molek…

Para pelajar ketawa.

PAK SAMAD

Pernahkah anda dengar, baca atau lihat karya

Uda Dan Dara…

Para pelajar menjawab pernah….

PAK SAMAD

Tahu pengarangnya…

Ada yang menjawab tahu dan ramai juga yang senyap.

PAK SAMAD

Baiklah… satu ketika dulu… Mad Kontot ini

ibarat Uda… pernah bertunang dengan gadis

pilihannya di sebuah perkampungan terpinggir…

Waktu itu saya muda belia… mudah jatuh cinta…

gadis itu saya katakan Dara sahaja namanya…

Beberapa purnama sebelum berkahwin… seorang

tokoh Inggeris telah tiba di Tanah Melayu membawa

sebuah dokumen penting bernama Malayan Union,

Tokoh itu bernama Harold MacMichael… beliau

telah mengadap Sultan – Sultan Melayu dan

memaksa mereka menandatangani gagasan tersebut.

Buat pertama kalinya, rakyat Melayu satu bumi

Melayu ini merasa terancam dan terhina dengan

begitu hebat sekali… maka… mereka mula berkumpul

dan berbincang dan berdemonstrasi hingga lahirlah

tokoh – tokoh Melayu yang terkemuka… Uda… waktu

itu, tiba – tiba merasakan bahawa rupa – rupanya

ada perjuangan yang lebih hebat dari perjuangan

membawa Dara ke ranjang…

Para pelajarnya gelak.

PAK SAMAD

Iaitu… perjuangan menentang Malayan Union…

di ambang pernikahannya, Uda telah mengayuh

basikalnya ke pekan terdekat dan mengikut

demonstrasi di situ dan menuju menaiki

keretapi untuk ke Kuala Lumpur… di situ

satu perhimpunan raksaksa akan di adakan…

di Padang Kelab Selangor.

Zuher dengan serius cuba menangkap tiap ayat yang dilafazkan oleh Pak Samad. Dia tahu Pak Samad mempunyai maksud yang tersirat disebalik cerita itu.

PAK SAMAD

Uda begitu taksub menyaksikan bangsanya

bersatu, Uda begitu gembira, Uda merasakan

bangsanya kini bangsa pencipta sejarah… akibatnya

Uda terabai tanggungjawab untuk pulang dihari

perkahwinannya dan terlepas peluang menikmati

Dara diranjang kerana malam itu Uda tidur kesejukan

di tepi padang itu. Uda pulang seminggu kemudian…

hati Uda berderai seketika bila dapati Dara sudah

dinikahkan oleh keluarganya dengan teman Uda… kerana

sangka mereka Uda telah lari ke Kuala Lumpur. Dara

dinikahkan juga kerana keluarganya takut malu… malu

jika – jika tanggapan masyarakat Dara sudah ditebuk

Uda dan ditinggalkan.

Pak Samad diam seketika. Semua pelajar diam. Zuher turut diam.

PAK SAMAD

Anda fikir Uda kecewa ? Tentu Uda kecewa…

tapi Uda tidak mahu menerima penyesalan… akhirnya

Uda membuat keputusan tinggalkan kampungnya,

Uda merantau ke Singapura dan bekerja dengan

sebuah syarikat akhbar kecil di sana. Uda tidak

menyesal walaupun Uda kecewa. Kata Uda… Dara

memang bukan miliknya, sebab itulah Dara tidak

mungkin dimilikinya… tetapi bumi Melayu ini

milik Uda dan Uda akan terus berusaha memilikinya

dari tangan penjajah.

Pak Samad diam. Dia menoleh ke arah Zuher.

PAK SAMAD

Uda percaya, apa yang bukan miliknya tidak

akan jadi miliknya walau puas dia mencuba,

apa yang menjadi miliknya akan tetap menjadi miliknya

walau dia terpaksa gadaikan apa sahaja yang di

milikinya, dan hari ini Uda bersyukur, kerana

sehabis – habisnya, Uda hanya mampu mendapat

20 orang anak itupun jika Uda kuat batinnya dan Dara

berupaya menghadapinya… tetapi hari ini… kekecewaan

Uda yang membawa Uda ke Singapura menjadikan

Uda seorang novelis yang karyanya dibaca setiap

hari dan masa di serantau bumi Uda ini. Habuannya

lebih dari apa yang mungkin dimilikinya bersama Dara.

Zuher termenung mendengar kata – kata Pak Samad.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Kuala Lumpur 1996


  • Dicopet dari http://gaharuemas.wordpress.com/page/3/

Black Swindler


aduhai,baru beberape minit sebelom gua buat entry ni gua selesai melayan citer KUROSAGI setelah beberapa hari tergendala siaran akibat malas nk smbg tengok...memendanhkan esok cuti gua henjut la dr ptg td smpai skg...perg layan siot citer ni...mengisahkn kehidupan seorang penipu professional yg menipu atas dasar membalas dendam terhadap kematian tragis keluarga beliau akibat perbuatan penipuan....so hero ni kiranya nak menghapuskan semua penipu2 yg ada dgn cara menipu mereka balek...genre citer ni crime investigation and romance...ader gak selitan2 ayat2 chenta jepun,basic la jiwang jepon kan jiwang bermoral...gambate,tapi pengakhiran citer ni x seperti yg gua imiginasikan...hebat betol pengarah citer ni....two thumbs up,citer ni bnyk memberikan ikhtibar kalo korg tgk dan perihatikan betol2...mmg bnyk pngajarannya,itu pon kalo lu org tgk smbil ambil ikhtibar la...kalo tgk jerk...sampai gitu je la kan,its still the same things...apae2 pon gua suke awek dlm citer ni,Yashikawa tsurara...cute beb,hero pon bley tahan cool jerk....ok r lastly chow,BANG....