Saturday, January 12, 2013

Nabi bakar

Gua kebelakangan ni selalulah lepak makan tengah hari dengan kawan gua,namanya inche fadhil b yahya.Orang melaka,badannya macam badang,sasa. Kepalanya botak,mukanya bengis,macam romper stomper orang kata.Selalu kalau gua lepak dengan padil ni,paling kurang poon 5 batang rokok mesti gua cucuh,sejam masa tu macam 10 minit je, dah macam orang bercinta pulak,ye dak..........

jadi ada sa tu hari tu,gua lepak makan dgn fadil. Sedang gua sedut sedut rokok gua gua dengar argumentation brader meja sebelah,serius benar bunyinya,macam orang bergaduh. Gua dengan padil pon pasang telinga,tekun mendengar,keseluruhan argumentation berkisar tentang nabi,power betol,sampai kat kedai makan pon nak bertekak pasal nabi,power-power.

tiba-tiba gua dengor ada suara lantang "encik bakar diam,encik bakar jangan cakap apa -apa pasal nabi muhammad,kalau encik bakar bukak mulut,cakap pasal nabi muhammad,saya akan panggil encik bakar nabi !!!". Peh ini kes serius ni getus hati gua,isu berat ni getus hati gua lagi. Gua pon pandang belakang, "encik bakar kalau sebut lagi cerita pasal nabi muhammad saya panggil encik bakar dengan gelaran nabi bakar !!!.......nabi bakar sallallahilaihiwasallam (s.a.w)".hampir tersembur keluar air teh tarik yang gua tengah hirup,gua pandang padil,padil pon pandang gua sambil senyum menahan gelak.Cilaka apa punya lawak lah brader ni buat,ni lawak tara tara ayah pin ni.Kalau ye pon nak berseloroh,jangan la pakai gelaran nabi,burok benor bunyinya.......show some respect. Sambil tu gua tengok muke "nabi bakar" kelat sambil hirup kopi o dan mata tepat menuju ke depan tanpa titik fokus..............







Rumah Flat,Penang,Malaysia








Thursday, January 10, 2013

grow up........

semakin hari semakin masa meninggalkan kita,semakin banyak tanggunjawab,semakin banyak masalah,dan semakin kita akan berubah menjadi seorang yang berbeza dari sebelumnya.Mungkin tak ramai yang suka untuk jadi dewasa,its a trap,and yes it is.Tetapi nak atau tak nak kau kena membesar.Jadi sebelum membesar gua sarankan agar kau nikmati kehidupan sekarang. Bukan apa takut nanti kau akan terperangkap dengan dunia yang pernah kau tinggalakan,dan akhirnya kau kekal di sana.

pernah kau jumpa orang yang kurang sensitivitinya?orang yang asyik memikirkan soal boifren gelfren?orang yang asyik bercerita soal kehidupan hedonisma nya?orang masih terperangkap dalam dunia remajanya?pernah?.....pada gua mereka begitu kerana pada waktu sebelum dewasanya mereka terlupa untuk menikmati zaman remeja mereka.Jadi akibatnya dikala orang sedang sibuk dengan urusan kerja mereka,mereka mereka ini  sibuk dengan memikirkan baju apa yang padan untuk digayakan,kelab mana mereka luangkan,awek/pakwe mana yang patut mereka pikatkan.Bukan salah mereka total sebenarnya,tapi mungkin juga salah didikan keluarga maupon salah didikan di asrama dahulu.Low exposure mungkin kalinya.

dalam hidup ini kita semakin berusia,dan peningkatan usia sepatutnya sejajar dengan peningkatan pemikiran.Pokok kalau kau tanam pon sampai masanya akan besar,akan berbuah,akan lebih keras kulit luarnya,akan berubah warnanya. Itulah proses pembesaran.Kita perlu dewasa untuk apa?untuk mati sebenarnya,dan sebelum mati kita perlu lalu proses-proses kematangan,dalam dunia ini semua benda ada peringkat hidupnya.Dewasa itu satu proses,tak perlu takut untuk menghadapinya. Keep calm and just grow up.



Rumah flat,Penang,Malaysia

Tuesday, January 8, 2013

its been 4 years now

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke empat gua menetap di penang,tekak gua pon dah lali dengan nasi kandar,dah lali dengan pesemboq.Mata gua dah lali dengan anak mami dan amoi penang. Banyak perkara dah berlaku dalam empat tahun ini,kalau ada anak,dah boleh dah gua anto dia pegi tadika.Tahun ini jugak lah tahun terakhir candidature gua,dan gua harap gua boleh tamatkan apa yang gua dah mulakan.berkerja setahun dia sini memang macam macam gua dapat,dari ada rambut sampai total loss rambut gua,dari sehat sampai sakit kronik gua.Sekarang pula gua pegang status jobless,maklumlah tempoh masa mengajar sudah habis bro.Rakan kerja gua dulu pon dah beranak pinak dah sekarang,siap ada yang tambah cawangan lagi. Gua rasa penang tempat yang bagus untuk mencari pengalaman,untuk memulakan proses hidup,tapi untuk terus menetap di sini,gua tak sarankan,melainkan kau betol betol banyak wang dan sanggup memperjudikan kehidupan keluarga kau orang.Lagipon gua jenis suka hinggap sana sini,im a nomadic type of person.Ada peluang gua nak ke tempat lain pula selepas ini.......tempat yang jauh dari orang orang yang gua kenal.mungkin di satu sudut dunia yang tuhan saja tahu mana letaknya.






p/s: update pertama untuk  bulan pertama
Rumah flat,Penang,Malaysia

Wednesday, December 12, 2012

Masuk jejawi

Gua tak masuk jawi untuk kali kedua,cukup lah sekali.....dah lama sangat tak update blog,bukan bermakna tak berminat nak update,cuma banyak sangat benda yang berlaku sampai sendiri pon tak tahu nak pick up mana satu untuk nukilkan dalam blog.

hidup ni banyak sangat kejutan dia,hari ni kau gila babi punya enjoy,tup tup esok kau meraung.....boleh jadi kan?

hari ni kau tahap cipan punya depressed, puff esok lusa kau girang riang.......boleh jadi juga kan?

inilah seronoknya hidup,kau tak boleh tahu apa akan jadi masa depan,macam main game....kau sentiasa terasa ternanti nanti apa yang akan terjadi.Tahun ni dah nak sampai ajal,tahun depan baru nak dilahirkan,tak ada apa apa harapan besar untuk manusia berdaki dosa dunia macam aku harapkan,cukup sekadar masih mampu menghembus hela sambil senyum terukur di wajah luka....dan masih ingat aku hamba cuma,bukan tuhan dewata.








Laboratory,Penang,Malaysia

Monday, September 17, 2012

Gas nadir bumi

Ada sorang ah soo ni,duduk depan gua masa dalam feri,sebelah kiri ada makwe berhijab,depan dia ada lelaki budiman (gua lah tu). Nak duduk pun gua tengok ah soo ni bergetar getar,gua tak tahu lah sama ada dia yang parkinson ataupon vibrate henpon dia kuat sangat.Selang lima minit ah soo ni duduk,gua tengok dia sengetkan badan dia sedikit.....kemudian preeeeeet....preeeet dua das kentut dihemburkan ke udara,gua usha muka ah soo ni buat rilek,sambil kentut das yang ke tiga.MasyaALLAH,bertenang sungguh dia,gua berdoa masa tu elok benarlah kalau Izrail tarik terus je nyawa dia.....awek sebelah ah soo tadi gua tengok anak mata hitam dah naik ke atas,macam nak sawan dah gua syak........takut juga gua kalau kalau awek tadi kena tarik sawan babi,mau chaos  seluruh feri.





p/s: tampak pendidikan moral kat malaysia ni masih tak mampu memberikan kesedaran lagi.........

Monday, September 10, 2012

Lelaki budiman

Gua masa pergi tesco tempoh hari ada lah ternam pak sorang makwe cun. Gua tengok dia tengah serius usha tuala wanita,jadi gua malas nak usha lebih lebih,bukan ape,malu boh....jadi tatkala gua nak beratur untuk membayar,gua lalu sebelah awek tadi,tiba-tiba enth cmne boleh pulak tuala wanita tu terjatuh berselerak kat lantai.Peh serba salah gua,nak tolong ke tidak........jadi dengan gentle nya gua tolong awk tadik kutip tuala-tuala yang jatuh itu tadi. "terima kasih ye" jauh di ufuk telinga gua dengar awek tadi ucapkan penghargaan.Gua senyum aje lalu terus beratur. Sedang gua beratur gua usha lagi awek tadik dan gua lihat ada bonjolan besor kat perut dia......peh ini bukan awek ni,ini bini orang lalu gua kechewa.........kechewa yang amat sangat.





gua balik sambil batok-batok macam orang nak meninggal......sejak dua menjak ni gua tak sehat,gua harap nyawa gua panjang lagi........

Sunday, August 12, 2012

Cikgu yang gagal

Kemeriah suasana kelas tiba tiba terganggu oleh kehadiran seorang guru ganti baru. Guru ganti yang masih segar bercuti semester berjalan dengan penuh gaya memasuki perut kelas.Seraya dengan itu terdengar pekikan ketua kelas mengucapkan "selamat pagi chegu" diikuuti dengan laungan gemuruh  suara koir segelenap penduduk kelas 4 Musytari.

selesai memberikan arahan supaya semuanya duduk,guru baharu itu lantas menulis sesuatu di papan hitam. Tugas yang diamanahkan kepada guru itu maha besar,mengajar anak anak pribumi masarekat asli tentang bahasa inggeris. 

"hari ini kita akan belajar tentang makanan nasional Malaysia yakni dalam bahasa inggerisnya Malaysian national food". Dengan penuh energetik guru baharu itu melontarkan soalan "boleh tolong senaraikan pada cikgu,contoh makanan Malaysia yang popular?"Bangun seorang murid india menyampaikan jawapan "roti canai cikgu !!!" diikuti oleh murid melayu "nasi lemak cikgu !!!!". Guru baharu itu tersenyum melihat kepintaran anak anak muridnya.

Lantas bangun pula murid pribumi asli memberikan jawapan " kura-kura bakar cikgu!!!!!" diikuti dengan beberapa jawapan lain seperti kera panggang,sup katak,serta tikus gorang.

maka termanggulah guru baharu itu di hadapan papan hitam sambil tangan kanan memegang kapur dan tangan kiri menggaru kepala........dan guru ganti baharu itu adalah aku...