Sunday, March 27, 2011

Perempuan itu NISA'

Beberapa tahun lepas,gua tak reti pakai seluar jeans, gua tidak merokok dan pada masa tu gua kental sXe. Pada ketika itu jugak gua kenal seorang awek ni. Namanya NISA....khairunisa' bte riduan. Gua tak tahu apa sebab gua boleh syiok dekat dia, nak kata cantik biasa saja..nak kata solid tidak juga..yang gua tahu bila gua dengan dia hati gua bunga-bunga. Tapi yelah,gua masa tu kat seberang laut sana,dia pula ada di teluk intan,jadi hubungan tu jarak jauh lah orang kata. Kalau berjumpa pon pada waktu gua cuti sem gua ke sekolah dia. Itupon beberapa kali...pakai sebelah tangan je boleh kira.Masa tu dia pernah juga syorkan pada gua untuk mula pakai jeans...katanya dia suka lihat lelaki ber jeans. Mula-mula gua refuse juga...tapi ada satu hari tu gua keluar pergi cari seluar jeans. Maklumlah,masa tu si nisa ni akan pulang ke kelumpo untuk kerja sambilan sementara tunggu STPM. Gua ingat nak juga capaikan hajat dia untuk tgk gua ber jeans. Maklumlah,lelaki kan boleh berubah sebab wanita.....mulai saat itu gua mula memakai jeans dan sampai sekarang gua masih bersama jeans walaupon gua sudah tidak bersama nisa.

Hari ini semasa menghadiri walimah seorang rakan, gua terserempak dengan nisa....dengan berseluar jeans gua mengukir senyum pada nisa seolah-olah hati ini tidak pernah terluka.....nisa juga membalas senyuman gua walaupon gua rasa senyuman kami masing-masing kelat rasanya.





p/s:nisa benci orang yang merokok sebab nisa asthma.....gua merokok sebab gua tahu nisa benci perokok.....lagipon merokok itu tanda protes gua pada nisa...bodoh bukan gua

Buat Mesjid orang kata

Kebelakangan ini,ramai yang mengajukan soalan perihal kahwin dengan gua.Gua tak reti nak balas,selalunya gua senyum je walaupon senyum kelat. Maklumlah masa uncle-uncle gua umur tara-tara gua ni dulu anak dah tiga pat orang. Gua bukan xmahu kahwen, kalau gua tahu dulu bagaimana syiok nya kahwen,lepas UPSR gua nak kahwen. Tapi yalah,gua masih belum lagi sampai masa agaknya...keinginan tu ada....tp belum jatuh PERLU gua rasa. Alah macam ni...lu andaikan hidup single ni mcm naik moto....hidup berumah tangga ni naik kereta. Masa lu naik moto dulu,lu ader gak pasang angan nak beli kereta kan,tapi bila lu pikir pendapatan,kemampuan,serta kebolehan...lu akan kata "tak per lah,nanti tunggu stabil dulu baru beli kereta". Tapi bila lu dah up gaji sikit,mampu,dan boleh pasti lu akan beli kereta bukan....macam tu juga pada gua...keinginan untuk kahwin tu ada...tapi buat masa ini dan ketika ini belum lagi lah agaknya...gua belum mampu...yelah kemampuan tu bukan diukur dari segi wang ringgit sahaja berader...kemampuan tu skopnya besar..tanggungjawab....ilmu...kesabaran...dan lain-lain....nak beli kereta pon paling-paling tidak lu kena tahu selok belok kereta....tak gitu?







p/s: Kalau single tu moto,berkahwin tu kereta, kalau bercucu-cicit tu agaknya MPV maupon BUS gua syak

Thursday, March 24, 2011

Pengalaman

Dulu-dulu masa umur gua sebelum akil baligh dan belum mumayiz gua suke tunjuk pelangi. Orang-orang tua kata kalau tunjuk pelangi guna jari nanti jari kita kudung. Jadi untuk mengelakkan jari kudung gua tunjuk pakai bibir (menjuihkan bibir seperti itik). Walhal gua rasa kudung jari gua rasa lagi okei dari kudung bibir ye dak?






p/s: kalau bibir kudung,tak kan nak French kiss bini pakai hidung kot.....tak selera doh (sambil mata pandang atas, kedua-dua tangan di bahu)

Tuesday, March 22, 2011

Awek Payung

Baru lepas hantar Dr H balik rumah, gua balik dengan gaya apek-apek redah banjir dimana kaki seluar dilipat sampai ke lutut sambil memegang payung. Sedang gua berjalan dalam kebasahan gua nampak ada awek baru keluar kereta sambil jalan-jalan rilek dalam hujan. Tahap imunisasi awek ni tinggi gua syak,maklumlah sekarang ni kan tengah sibuk perihal hujan radiasi. Tiba-tiba je gua sapa dia "nak tumpang payung?"...............

"boleh juga" gua xada niat nak menggatal maupon ambil kesempatan...gua tiba-tiba je offer tanpa gua sedar...mungkin ini sifat gentlemen sejati gua rasa. "siapa nama awak?" tanya awek kebal......"megat"....

"awak nama siapa?" tanya gua (yang ini pon dialog spontan)......"shikin"balas dia..."asal dari mana ye?"tanya gua......."selangor".....tiba-tiba "errr awak pergi dulu lah"katanya........gua jawab"kenapa pulak?"gua syak dia takut-takut kalau boipren dia nampak...xpasal-pasal gua makan nasi pakai straw nanti.....

"i left my key at the car" perghhhhh cakap inggeris.......gua kekal jawab dengan bahasa melayu walaupon gua boleh la tahan lancar bahasa inggeris biarpon gua xpernah dapat A dalam subjek bahasa inggeris sepanjang hidup gua "tak apa,saya payungkan sampai kereta"......

kemudian gua tetap jalankan tugas gua sebagai lelaki budiman sampai awek kebal tiba ke koridor flat nya....gua dah x paling ke belakang dah masa tu.....gua tak tahu la dia tengok gua ke tidak..tak hero la kalau lepas payungkan awek, toleh-toleh belakang sambil harapkan awek tadi senyum maupon lambai....tak macam cerita-cerita cinta lah ye dak?lelaki kadang-kadang perlu juga ada sifat egois.......








p/s: kepada awek payung....kalau lu takdir gua...malam ni cara perkenalan kita memang romantis okei...kalau bukan pon,paling-paling tidak, gua boleh tersenyum sendiri sambil buat entry ini =)


Friday, March 18, 2011

Epik hati pechah volume 2

Melupakan seseorang memang tidak dapat dilakukan kecuali dengan menggegarkan otak sendiri sampai hilang ingatan.Manalah mungkin kita dapat melupakan seseorang nak pulak jika kenangan yang lahir bersama itu adalah kenangan yang indah.Orang selalu berkata "untuk melupakan seseorang itu kita perlu mengingati keburukan beliau"tapi acap kali kita ingatkan keburukan dia secara tak lansung kita teringat akan dia,tak gitu?. Kedua orang suka untuk menghapuskan segala benda yang berkaitan dengan orang yang hendak dilupakan td,tetapi mereka lupa ingatan adalah sesuatu yang x dapat dihapuskan. JADI adakah bermakna kita x akan melupakan seseorang? YA....anda x akan dapat melupakan seseorang..."im not forgetting u but im trying to live without u" ... belajarlah untuk hidup tanpa orang itu...itu yang penting sebenarnya.."Times heals the wound...but the scar remains"mendalam...cukup mendalam...ikan jika dipancing walaupon dilepaskan tetapi luka di mulutnya akibat mata kail tetap ada kan? tetapi ikan masih gagah meneruskan hidup kerana ikan tahu...apalah sangat luka si mata kail jika nak dibandingkan dengan kehidupan yang perlu ditempuhi."Life must go on". mulakan kehidupan semula....sampai masa perlahan-lahan memori itu akan ditinggalkan dibelakang kehidupan yang baharu, "Love aint destroy...its fading dude".....







p/s:forgetting is painfull.....but, not knowing what to do in life is the worst kind of suffering

Wednesday, March 16, 2011

Chinta

Dulu masa sekolah agama petang, gua ada syiok kat sorang awek ni,nama dia nurfariza kalo gua tak silap. Budak sekolah rendah convent. Tapi masa tu gua mana tahu yang perasaan ni namanya cinta. Gua rasa dia menarik minat gua sama mcm tarikan cerita mighty morphine power rangers yang disiarkan dalam tivi tu. tyme tu gua darjah enam....zaman raihan mula menaik....zaman dak-dak gila kereta dash yan kurou....zaman filem titanic dan leonardo de caprio. Masa tu dak-dak perempuan dah mula kumpul biodata-biodata budak-budak lelaki jambu dimana dalam biodata tu mencakupi informasi tentang nama penuh, alamat, hobi,minuman kegemaran,makanan kegemaran,maupon lagu yang diminati. Tetapi bagi kami dak-dak lelaki semua itu x ada pentingnya jika nak dibandingkan dengan suria baja hitam,maskman,flashman,maupon sabre rider. itu lebih penting. Jadi logiklah yang gua x tahu bahawasanya gua sudah jatuh cinta untuk yang sekian kali pertama nya. Kepada fariza....walaupon dah 13 tahun berlalu,gua nak tetap ucapkan


"Gua cinta pada lu".....



p/s: ah mood KLMJ pula malam nih.....






Sunday, March 13, 2011

Ejakulasi !

BILIK---->Butterworth---->Bagan Serai---->Tapah---->Shah Alam---->Mentakab---->Kapar---->Rawang---->Bagan Serai---->Butterworth---->BILIK






p/s: bukan gua yang drive...gua lesen pon tak ada