Monday, August 2, 2010

Berhabuk

Assalamualaikum w.b.t.

lama sudah aku x post apa-apa entry utk blog ni...bukan apa,sebenarnya banyak juga benda yang hendak diceritakan,tetapi aku kekurangan masa,serius aku kekurangan masa.....kadang-kadang aku cemuih juga dgn life yang sangat rutin ni......tapi xpelah,sebab aku tahu,jika ia x rutin aku pasti akan merindui rutin ini semula...seperti kamu merindui zaman sekolah kamu dulu-dulu....biasalah mausia x akan pernah puas dengan apa yang diperolehinya....aku cuba untuk belajar bercukup-cukupan.....semoga aku hidup dengan kecukupan...

2 minggu yang lalu aku berpeluang pulang ke kampung untuk menghadiri majlis akad nikah kawan aku,dapatlah tangkap gambar sikit2.....tu pon x abis edit lg......maaf aku sangat2...sibuk.....semalam aku baru balik dr kedah......tangkap gambar juga...dan lusa aku akan tgkp gambar utk pelanggan yang konvokasi di penang ini sendiri......semuanya perlu di edit.....owh,aku mahukan doraemon sekarang!!!!!!!

Experimentasi chahaya

tepi sungai je pon

Memori dahulu

semoga berbahagia

Thursday, July 15, 2010

Antara solat jumaat....rammstein...dan aku

Assalamualaikum w.b.t

Awal-awal lagi aku katakan yang telefon bimbit aku dah semakin nazak......bila aku call org dia akan auto ended...kadang-kadang dia akan play mp3 sendiri.......nak dijadikan cerita sedang solat jumaat tadi,sewaktu imam selesai menyudahkan fatihah tiba-tiba telepon aku meminkan mp3 dengan sendirinya.......argh sudah,gelabah gak aku td......xtahu nak wat apa2...terus otak aku x tumpu pd solat......cilaka punya syetan.....apa trick yang ko main ni.....kalo mp3 lagu nasyid xper gak....ni lagu ramstein yang bertajuk rosenrot.........argh.....injeksi metal german berkumandang ketika org sedang bersolat......

selesai solat aku buat2 mcm xde pape berlaku....sampai di luar masjid gua buka phone...nah mp3 terbuka dan playlist rammstein sudah habis dengan jayanya....siap soal aku lagi" play this song again?"....aku tutp clamp phone aku kuat2....jauh disudut hati aku berkata...pasni aku xnak bwk phone pg mesjid lg

Jumaat yang membuat aku tersenyum

Assalamualaikum w.b.t

hari ini hari jumaat,kebanyakkan orang akan gembira pada hari jumaat kerana esoknya adalah public holiday,xkurang juga yang akan berkerja utk separuh hari dan juga sang student yang akan berdating esok hari.

pagi-pagi lagi aku dah bangun,bersiap2 untuk ke tempat kerja dengan misi buat med check....itu matlamat harini.Jam 10 aku dah bertolak pegi klinik swasta...aku membayangkan kedatangan aku disambut awek2 nurse yang superb lawa......sangkaan aku meleset.....makcik yang berumur menyambut kedatangan aku....diberikan sebotol plastik utk urine test....aku sambut dan terus ke tandas....

selesai med check aku tunggang motor aku utk balik semula ke lab....tetiba moto aku protes......xmahu bergerak....ah sudah,apehal plak ni.......nasib baik aku sempat divert ke tepi jalan,kalo x dah pasti aku akan menjadi pelekat di cermin-cermin kenderaan....sempat juga aku sepak2 breake depan moto aku yang membawa kepada kesakitan kaki sendiri.......

tiba-tiba hujan lebat...berlari-lari lah aku mencari tempat berteduh.....haha aku tersenyum sendiri,pasti orang sekeliling melihat gelagat aku yang berlari-lari setelah menendang motor sendiri...agak gila disitu

selesai hujan,aku menghubungi nasir,untuk buka breake depan aku dengan harapan motor aku boleh bergerak semula,dan syukur,semuanya pulih seperti biasa....cuma encik motor perlu dibawa ke klinik berdekatan sebentar lagik.aku harap sang pomen xkan charge lebih2....kalo x pasti aku akan menikmati megi sebagai ruji harian sehingga ujung bulan ini......

Entry ini serius

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini,aku ditakdirkan untuk melihat satu kisah kehidupan manusia yang selama ini berlaku disekeliling aku tanpa aku sedari.Bermula dengan tatapan mata aku terhadap status rakan-rakan aku di facebook.seorang kawan aku statusnya agak keciwa dengan cinta......dan dia tidak gembira,hmmm aku bukan tahu sangat untuk menyedapkan hati orang,aku komen ala kadar sahaja.Benar,kecewa dalam percintaan memang menyakitkan....aku juga pernah gagal dalam percintaan,apa yang aku boleh katakan sebenarnya soal perihal cinta dan jodoh ini adalah soal rezeki...soal ini telah ditetapkan kepada setiap orang dan ianya berbeza bg setiap orang.Ada yang bercinta kemudian kawin..ada yang bercinta tp xberkahwin...ada juga yang xbercinta dan kahwin...x kurang juga yang xberkahwin...cinta ini seolah2 perkara ghaib yang kamu xakan ketahui,ianya mungkin akan hadir.....cepat atau lambat...atau mungkin x akan hadir....ianya seolah-oleh kamu menantikan apa yang akan berlaku pd hari esok sedangkan kita xakan tahu tentang hari esok....ianya rahsia...rahsia Allah.

Jadi pd aku buat apa mahu dirisaukan benda yang belum pasti...dan buat apa diratapi benda yang telah terjadi....ianya tiada maknanya......hanya kamu akan menambah kekusutan akal maupon kerunsingan hati......Mungkin kamu akan katakan,aku xrasa apa yang kamu rasa....benar,memang benar....tapi berpeganglah pd janjinya....bahawa jodoh itu telah ditetapkan sejak anak adam berada di dalam perut ibunya....jika tiada jodoh di dunia tidak apa..kerana akan ada jodoh kamu di akhirat kelak....lagipon adakah dunia ini matlamat kita....adakah kita perlukan sangat2 seorang lelaki/wanita sedangkan akhirnya dia akan mati juga.....mengapa kamu bermatlamatkan cinta dunia sedangkan cinta yang selayaknya untuk pemilik jiwa kamu di kehidupan seterusnya......mesti kamu akan berkata "kamu cakap bolehlah,cintakan ALLAH konon,perlaksanaanya x pon" tapi kamu kena ingat sekurang-kurangnya aku mencuba,dan paling tidak aku xterkilan jika aku tidak lagi bertemu hak cinta aku.....sebab aku ada tempat pergantungan aku....pada dia,pada dia yang merupakan tuan aku,pemilik mutlak aku...aku percaya pada dia...dan apa yang dilalui oleh aku adalah mengikut perancangan yang terbaik dari dia buat aku.....kamu sebenarnya mungkin lupa dan termakan hasutan-hasutan golongan tertentu yang mahu kamu dipisahkan dari Tuhan kamu......mereka mecipta virus cinta.....dimana virus ini menyebabkan kamu akan kecewa,tertekan,murung disebabkan cinta...lalu kamu akan lalai mengingati ALLAH...kamu akan kecewa dengan apa yang berlaku bahkan kamu akan menyalahkan perancangan ALLAH sedangkan ALLAH merancang yang terbaik buat kamu......kamu lupakan bahawa kamu pernah berjanji bahawa"hidupku,amalku,dan matiku hanya untuk ALLAH"...dimanakah pelaksanaanya??????adakah kamu berjanji bahawa "hidupku,amalku,dan matiku hanya untuk dunia ini"....

Tidak wahai saudara...tidak......sebenarnya inilah yang dilakukan oleh golongan-golongan tertentu yang mahukan kamu supaya menjadi hamba dunia,cintakan dunia....dan berpandangan bahawa dunia ini kekal selama-lamanya dan akhirat itu hanya illusi semata-mata......ya,kamu mesti berkata"mana ada...dunia akan kiamat,akhirat tu kekal"owh....saudara....mulutmu yang berkata...perbuatan mu,hati mu.....kontradiksi dengan itu semua....kamu asyik mengejar dunia ini...berkerja sampaikan kamu lupa untuk meluangkan masa utuk ALLAH.....siangku berkerja...malam mu berehat....senggangmu berhibur....bilakah masa kamu untk pencipta????...."owh aku solat juga"ya kamu solat....cuba kita ambil ini sebagai ideologi....kita boleh makan nasi kosong bercicah garam sebagai menu minima untuk diterima oleh perut.....tetapi kita xmemilih itu...kita memilih kuah kari...masak lemak....lauk ayam..ikan...daging....sayur...air asam dan lain2....mengapa?....sebab kita mahukan kepuasan tubuh kita.....jasad kita....begitulah dengan jiwa kita saudara.....kita solat 5 waktu tu menu minima sahaja.......dan jika dapat kita digalakkan untuk menambah ibadah dengan solat sunat.....sedekah....dll......bagi memenuhi tuntutan jiwa kita.....

Ingat kawan-kawan yang akan mati adalah jasad.....jiwa/roh akan kekal....dan jiwa ini lah yang akan diazab kelak......."sedangkan jika kita bermimpi sewaktu tidur yang kita ditumbuk kita rasa sakit walaupon jasad kita xsakit.....cuba bayangkan jika kita diazab nanti....begitulah sakitnya....sama sahaja...jiwa kita yang akan sakit kawan-kawan.......berbalik pada soal cinta tadi....pada aku,redhalah dengan ketentuannya......jika kita belum ada rezeki untuk bercinta,berkemungkinan kita belum lagi bersedia sepenuhnya......berlapang dada lah kerana paling tidak saudara sekalian terhindar dari dosa2 yang bakal terjadi jika saudara bercinta....jika saudara belum berkahwin bersyukurlah sebab saudara terlepas dari satu tanggungjawab yang besar......pendek kata bersyukurlah dengan apa yang telah saudara peroleh pada hari ini.......ingatlah...jika kita berdoa untuk kuat,kita akan peroleh kesakitan,jika kita berdoa untuk kejayaan kita akan peroleh kegagalan,dan jika pilih kesenangan kita akan beroleh kesusahan....mengapa?kerana fitrah manusia itu diperbahrui........dan manusia sentiasa berubah....jika kita mahukan kejayaan kita akan dapat kesusahan barulah dengan itu kita akan berubah ke kejayaan...jika kita minta kekuatan kita akn diberikan kesakitan supaya akan datang kita berubah dan akan lali dengan kesakitan it lalu menjadi kuat......begitulah hebatnya kuasa pencipta......ianya seolah2 killing 2 birds with one stone.....2 dalam 1....fikirlah....

Jika kita rasa kita susah harini...bukan bermakna kita akan susah di hari seterusnya.....jika kita miskin harini...bukan kita akan miskin di hari seterusnya......keadilan ALLAH itu ada....dunia yang kita kejar hari ini hanyalah umpama sepohon kurma di padang pasir untuk tempat berteduh sahaja.....dikala dunia yang kucar kacir hari ini adakah kita melihatnya sebagai satu fenomena biasa atau satu fenomena peringatan buat kita untuk persediaan di penghidupan seterusnya kelak........bersyukurlah,kerana kamu yang membaca tulisan ini masih lagi diberikan nafas....degupan jantung..pancaindera.....kemudahan internet.....sebuah pc/laptop....dan lain2 kemudahan yang mungkin xdapat dinikmati oleh sesetengah daripada manusia2 lain...belajar untuk bersyukur dan bercukup-cukup dengan apa yang diperoleh.....semoga ALLAH MELIMPAHKAN LAGI RAHMATNYA KEPADA KITA..,=)

Monday, July 12, 2010

Membelon

Assalamualaikum w.b.t

kes 1
disebabkan aku concern dengan bentuk badan aku yang semakin hari semakin berisi umpama ayam pedaging K.F.C. aku ambil keputusan untuk diet.Lu orang jangan nak melemahkan semangat gua,gua lempang laju-laju kang.


kes 2
minggu lepas aku balik ke rumah untuk hanya 4 jam,aku nak bergossip dengan Puan siti hawa pon xberapa nak sempat,sempat lah gossip-gossip sikil hal-hal fesbuk dan kes adik gua yang kerjanya dok menghabiskan minyak wangi....amender,umur baru 11 tahun dah pandai pakai minyak wangi,aku dulu umur-umur baya dia masih lagi pakai bedak talkum cap gajah pink...ape kes?


kes 3
semalam orang ramai dok sebok cerita perihal bola,urgh aku dah malas nak ambik port sebab aku tengok akhir-akhir ni keputusan bola sepak boleh dibuat tanpa perlu bermain di atas padang....gune sotong je....bongok ape,tahun-tahun depan kemenangan haruslah ditentukan oleh si sotong,xperlu bermain lagi.....ikut si sotong...x thrill lansung



Sunday, June 27, 2010

Bainun 86'er painters

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam pg aku dengan rakan-rakan bainun pegi perak 59 ers paintball field kat ipoh.Main dengan kawan-kawan sekolah,terasa macam main polis sentri dahulu.Tema permainan adalah jungle warfare dan formatnya adalah flag capture dan search and kill.Demmm best gila,mula-mula memang goyang mcm dlm battlefield...takot siot...tp 2nd round dah ok dah...dan pandai save pallets...pandai covering fire...pandai nyorok pd bunker..memang penat beb,bayangkan lu org lari-lari....menyorok...lari lagik......urgh......jadi aku xlari...aku nyorok je.....paham-pahamlah badan besor cmni xkan nak expect stun2 mcm rambo kot.......lgpon kalo aku stun karang udah mcm teletubbies melompat plak kang.....Last game aku dan kawan-kawan main dengan marshal......urgh lagi menakutkan.....dorang dgn full equipment nak lwn dgn kami yang first timer ni.....tp xdehal walopon limited ammo dapat gak la marshall kena head shot....urgh ending dia marshal tembak aku kat peha....dem berbirat....kena gak aku peluru pd hari itu....citer banyak xguna......tgk gambar aje sudah

Marker
Resistance
Rebellious
Hide and seek
Poo..hahah
Runner
Alert
Taking Cover
Surrender
With Marshall
Headshot

Budak-budak terencat

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu petang aku bertolak dari penang ke royal city of rawk ipoh dengan menaiki kereta pocong chegu muckrose,huh...bertolak sejak jam 5 dan hampir tiba ke susur keluar jelapang jam 7 lebih,perut sudah lapar singgah kena kuey tiaw kerang kat medan selera bercham...lebih kurang jam 745 malam menginap di teratak pojart dan isteri di taman bercham,malam tu lepak-lepak je dgn dak-dak benon....sesi memaki berbakul-bakul pon dimulakan,masing-masing berpuas hati membawa pulang berbakul-bakul keji caci

sebelom balik bini pojart mintak belikan ayam mek di....urgh berbekalkan penumpang-penumpang yang terjal dalam kereta pojart mereka menjerit-menjerit semasa proses order mek di dilakukan..yang paling cilaka kami menjerit meminta krabby patty di mek di....demm apa ingat sini tempat krusty krab ke.....xpernah dibuat orang mintak krabby patty kat mek di....yang masalahnya...aku sekali boleh turut serta menjerit-menjerit dari dalam kereta.......mungkin otak aku tertinggal kat penang gamaknya