Saturday, March 21, 2009

whats up sis.....

Beauty of nature
Hand of tomorrow
MY Dani filth

  • Gua sebenarya x de idea nak menulis....jadi gua ltk gambar utk tatapan semua

Sunday, March 8, 2009

Gua jatuh chenta

Gua sedang duduk2 lepak2 minum2 petang berseorangan, tetiba mata gua terpaku pada seseorang yang gua rasakan gua pernah mengenali dia sebelum ini...kami bertentangan pandangan,terserlah keindahan ciptaan tuhan pada wajahnya,tidak lama kemudia kami berbalas senyuman....

gua tertarik dengan corak pemakainannya yang simple,berbaju t gambar the beatles,berseluar jean faded tight cut,dan berkasut converse cream comot,....memang rock total

tergerak hati gua utk bertegur sapa dengannya,tetapi perasaan malu meguasai diri,gua bukanlah lelaki yang mendapat perhatian kaum wanita,jadi gua simpankan sahaja niat itu dihati.....

tiba2 gua dikejutkan dengan kehadiran awek tadi yang melabuhkan dudukannya di kerusi sebelah pendudukan gua,tersentak....itu yang gua dapat gambarkan pada masa itu,kami mencatur perbualan....x gua sangka,perkenalan sebegitu mampu membuatkan kami bercherita perihal diri masing2 seakrabnya.....

gua nyatakan bahawa gua sukakan cara pemakaiannya,beliau hanya tersenyum....terserlah nilai2 kewanitaan yang ada padanya,lama kami bersembang,bnyak yang gua rasakan persamaan antara kami berdua

kami sukakan musik,berpemikiran moralis,sosialis,dan revolutionist serta rebelist...kami serasi,kini sid dan nancy bertemu kembali.....chenta berputik di hati,emosi mula dirasakn indah....

kami duduk semakin rapat.....gua semakin berani,untuk merangkul pinggangnya,dia tidak melawan...hanya membiarkan,bibir kami bertautan.....kehangatan chenta mengatasi segala2 nya termasuklah benteng agama..........

talifon bimbit gua berbunyi dan bergetar....terkejut...gua lihat talifon gua...."bangun pagi"arghhhhh gua ada kelas renang hari ni......rosak mimpi gua

tapi rupa2 nya mimpi yang indah mendatangkan kechelakaan pada hidup gua hari ni....dimulai dengan 12 kali renangan ulang alik 25m.....

moto gua pancit tayar hadapan petang tadi...mcm cilaker.....gua bukak tayar jam 7 td,tukar tiub.....

balik makan dekat seribu bintang gua readh hujan...basah lencun.....

ditambah dengan moto gua jam kat bangunan jkr sibiu.....kena tolak moto sampai upm dlm hujan...

sampai upm dlm tengah tolak moto....selipar gua tercicir la pulok....kena patah balik dlm hujan2 tu malang2....

sedang sejuk2 gua pow rokok q sebatang....sedang sedap isap,rokok gua patah...adeh3 sedihnya hari ni

gua terpikir pasal pe gua malang hari ni....kwn2 gua cakap sebab gua mimpi cium awek time maulud nabi...time x matching tu,so sial jadinya......gua pikir ada logiknya.....TAPI....cuba lu bayangkan kalau gua mimpi lebih dari ciuman?aper akan jadi hari ni....ish3 apelah naseb

Tuesday, March 3, 2009

Lepak saja

pagi td gua kuar jalan2 cari hadiah...lepak saja

petang setelah balik gua lepak dgn waklan smbg2...lepak saja

kemudian gua blik bilik lepak degan alexi serta dani...lepak saja

malam gua g amek cage dr cik cha...lepak saja

kemudian gua mkn bersama boss mawi q...lepak saja

balik bilik gua men dgn alexi serta dani...lepak saja

then gua wat enry ni...lepak saja

last2 gua x wat pon writting FYP gua...ni nak mintak penyepak ni

Sunday, March 1, 2009

Nice Momment (dlm pala otak gua r)

MAS wing terbang bebas

Tiupan bayu
Pantai likau

Saturday, February 28, 2009

Brutal abusement


gua telah berjaya upgrade tahap penhisapan nikotin gua ke tahap tertinggi dimana gua telah berjaya menyedut PARKWAY tanpa ada rasa ketidakselesaan...ini menunjukkan yang gua telah setaraf dengan rakan sepermegian gua ke alam kanser yang lain....aduih,makin menjadi2 gua iasap rokok kebelakangn ini,pasni gua nak isap ekzos lori lak ah...

Saturday, February 21, 2009

Aku hendak bercherita

Dah lama rasanya aku menikmati hidup ini,sampai aku rasa aku dah dapat apa yg aku hendakkan dari aku kecil sampai aku besar.....kadang2 aku terfikir yg segalanya yang aku ada pada masa ini adalah hasil usaha "folks"aku kat kampong tu...aku rasa kalau dikira perbelanjaan aku dari kecik sampai besar yg mak bapak aku tanggung mesti dorang dah boleh beli mercedez brabus skarang

aku takut akux sempat nak membalas budi dorang,sebab pada aku kematian akan datang x kira masa....dan satu satunya janji yang paling ditepati adalah kematian

orang selalu ckp...kita kena belajar utk menghadapi dugaan hidup,sebab dugaan itu datang x kira waktu,jikalau esok ia datang maka esoklah ianya berlaku......aku takut kalau2 orang yang penting dalam keluarga aku pergi meninggalkan kami sekeluarga....

kemana lagi aku hendak pergi....apa aku harus lakukan,adakah aku mampu mengambil alih tanggungjawabnya.....semua itu bermain di akal fikiran aku

itu sebabnya aku x berani nak bagi jawaban lepas degree ni aku nak sambung pengajian ke tidak....pada aku biarlah aku berkerja dahulu,take over my family,lepaskan adik2 aku belajar dahulu,stabilkan kehidupan family aku dulu dan kemudian baru aku "settle down" my life..

aku kasihankan mak bapak aku,mak aku xpernah bercuti dalam hidup dia walaupon dia bercuti hari bekerja,tetapi beliau tetap bekerja sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak...bapak aku xpernah berehat untuk memastikan kesempurnaan dalam keluarga kami....

aku nak lihat mak bapak aku ketawa puas girang tanpa memikirkan masalah, sebab sudah lama aku x melihat mereka begitu....kadang2 aku cemburu melihat mak bapak orang lain ketawa girang bersama anak2 mereka....berapa harganya,aku nak cuba beli utk keluarga aku

D.I.Y Femmefest

Saturday, 28th February 2009, Noisy (Gudang), Ampang
11am until late, RM15 donation, FREE Foods + Door gifts for early birds!

Bands:
Straightjacket Nation (fastcore - myspace. com/straightjacketnationseasiatour)
Self-Righteous Bastards (old school hardcore)
Tormentress (thrash metal - myspace. com/kuasawanita)
The Pips (folk/acoustic - myspace. com/thepips666)
Abysmal Fornikate (modern crust)
Mass Separation (thrash/grind - myspace. com/massseparation)
Apparatus (d-beat - myspace. com/apparatusasfukk)
Pusher (punk rock - myspace. com/pushering)

Workshops: Stencil Resistance, No Racism, Food Not Bombs, Know Your Body
Exhibitions: F-Code, Vantiani, Stoner Fairy, Haruka Hana, Poodien, Niesa Assault & more!