Sunday, December 28, 2008
Gua sdg pikir masak2
Saturday, December 27, 2008
Transfer listed
Friday, December 26, 2008
Perjuangan
Excerpt from The Screenplay “Fatwa Pujangga”, 1996.
Seketika kemudian, Pak Samad berjalan merapati para pelajarnya dan duduk bersila di hadapan mereka. Mereka kemudian menjadikan itu satu semi bulatan.
PAK SAMAD
Anda pernah baca novel saya…
Para pelajar itu menjawab sudah…
PAK SAMAD
Tidak enak bukan ?
Para pelajar ketawa.
PAK SAMAD
Saya hanya novelis tua yang ketandusan bakat
yang anda ada…. anda lebih hebat dari saya…
naskah Encik Zuhairi… lakonlayarnya lebih
hebat dari saya…
Zuher memerhati approach Pak Samad.
PAK SAMAD
Biar saya ceritakan kepada anda tentang hidup
saya yang serba tidak menarik dan kekurangan
ini… sudi mendengarnya…
Semua menjawab “SUDI”
PAK SAMAD
Tapi tidak menarik… saya tidak salahkan anda
jika ada yang tertidur nanti… baiklah… anda
kenal Pak Sako ?
Ada yang menjawab kenal.
PAK SAMAD
Anda kenal Ahmad Boestaman…
Begitu juga jawapan mereka.
PAK SAMAD
Pak Aminuddin Baki…
Begitu juga jawapan mereka…
PAK SAMAD
Itu semua orang muda yang hebat dan perkasa
di zaman saya anak muda seperti anda… mereka
bagus… baiklah… sekarang saya ceritakan tentang
anak muda bernama Samad… orang panggil Mad
Kontot… sebab saya dulu kecil molek…
Para pelajar ketawa.
PAK SAMAD
Pernahkah anda dengar, baca atau lihat karya
Uda Dan Dara…
Para pelajar menjawab pernah….
PAK SAMAD
Tahu pengarangnya…
Ada yang menjawab tahu dan ramai juga yang senyap.
PAK SAMAD
Baiklah… satu ketika dulu… Mad Kontot ini
ibarat Uda… pernah bertunang dengan gadis
pilihannya di sebuah perkampungan terpinggir…
Waktu itu saya muda belia… mudah jatuh cinta…
gadis itu saya katakan Dara sahaja namanya…
Beberapa purnama sebelum berkahwin… seorang
tokoh Inggeris telah tiba di Tanah Melayu membawa
sebuah dokumen penting bernama Malayan Union,
Tokoh itu bernama Harold MacMichael… beliau
telah mengadap Sultan – Sultan Melayu dan
memaksa mereka menandatangani gagasan tersebut.
Buat pertama kalinya, rakyat Melayu satu bumi
Melayu ini merasa terancam dan terhina dengan
begitu hebat sekali… maka… mereka mula berkumpul
dan berbincang dan berdemonstrasi hingga lahirlah
tokoh – tokoh Melayu yang terkemuka… Uda… waktu
itu, tiba – tiba merasakan bahawa rupa – rupanya
ada perjuangan yang lebih hebat dari perjuangan
membawa Dara ke ranjang…
Para pelajarnya gelak.
PAK SAMAD
Iaitu… perjuangan menentang Malayan Union…
di ambang pernikahannya, Uda telah mengayuh
basikalnya ke pekan terdekat dan mengikut
demonstrasi di situ dan menuju menaiki
keretapi untuk ke Kuala Lumpur… di situ
satu perhimpunan raksaksa akan di adakan…
di Padang Kelab Selangor.
Zuher dengan serius cuba menangkap tiap ayat yang dilafazkan oleh Pak Samad. Dia tahu Pak Samad mempunyai maksud yang tersirat disebalik cerita itu.
PAK SAMAD
Uda begitu taksub menyaksikan bangsanya
bersatu, Uda begitu gembira, Uda merasakan
bangsanya kini bangsa pencipta sejarah… akibatnya
Uda terabai tanggungjawab untuk pulang dihari
perkahwinannya dan terlepas peluang menikmati
Dara diranjang kerana malam itu Uda tidur kesejukan
di tepi padang itu. Uda pulang seminggu kemudian…
hati Uda berderai seketika bila dapati Dara sudah
dinikahkan oleh keluarganya dengan teman Uda… kerana
sangka mereka Uda telah lari ke Kuala Lumpur. Dara
dinikahkan juga kerana keluarganya takut malu… malu
jika – jika tanggapan masyarakat Dara sudah ditebuk
Uda dan ditinggalkan.
Pak Samad diam seketika. Semua pelajar diam. Zuher turut diam.
PAK SAMAD
Anda fikir Uda kecewa ? Tentu Uda kecewa…
tapi Uda tidak mahu menerima penyesalan… akhirnya
Uda membuat keputusan tinggalkan kampungnya,
Uda merantau ke Singapura dan bekerja dengan
sebuah syarikat akhbar kecil di sana. Uda tidak
menyesal walaupun Uda kecewa. Kata Uda… Dara
memang bukan miliknya, sebab itulah Dara tidak
mungkin dimilikinya… tetapi bumi Melayu ini
milik Uda dan Uda akan terus berusaha memilikinya
dari tangan penjajah.
Pak Samad diam. Dia menoleh ke arah Zuher.
PAK SAMAD
Uda percaya, apa yang bukan miliknya tidak
akan jadi miliknya walau puas dia mencuba,
apa yang menjadi miliknya akan tetap menjadi miliknya
walau dia terpaksa gadaikan apa sahaja yang di
milikinya, dan hari ini Uda bersyukur, kerana
sehabis – habisnya, Uda hanya mampu mendapat
20 orang anak itupun jika Uda kuat batinnya dan Dara
berupaya menghadapinya… tetapi hari ini… kekecewaan
Uda yang membawa Uda ke Singapura menjadikan
Uda seorang novelis yang karyanya dibaca setiap
hari dan masa di serantau bumi Uda ini. Habuannya
lebih dari apa yang mungkin dimilikinya bersama Dara.
Zuher termenung mendengar kata – kata Pak Samad.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Kuala Lumpur 1996
- Dicopet dari http://gaharuemas.wordpress.com/page/3/
Black Swindler

Thursday, December 25, 2008
Konsert rock lagenda
sebenarnya gua dapat tawu pasal konsert ni pon sbb gua dan rerakan sdg mkn di sedc kuburia...tetiba dtg brader ni,muke cm kenal...skali RAHMAT mega daaa....kitorg wat2 rilek dlu,then after it,ader mamat dtg bg flayers utk konsert ni....eh skali SHAMRIN fotograf yg bg daaa..gua mcm x cayer jer dia yg bg flayer by hand pd ktorg dan jemput ktorg dtg...giler ah slama ni dok asyik karaoke lagu "di alam fana cinta" skali dpt bertemu sndri dgn penyanyi dia...mmg bangga rasanya....
utk pengetahuan lu org deligasi UPMtelah memeriahkan konsert tu dgn nyayian2 sumbang kami yg sing a long lagu2 hit ikon2 rock tersebut semasa persembahan dijalankan,main blasah je lirik...hahaha,boley dikatakan setiap ikon tersebut akan trun nyayi dgn ktorg disebabkan ke sporting an deligasi UPM...konsert berakhir jam 1230 mlm dan disudahi dgn sesi bgambr
walaupon konsert ini mengecewakan sedikit,tapi gua puas ati sbb dpt jumpa ikon2 rock ini...dan dpt dgr suara live dorg yg saling x tumpah mcm dalam corong2 radio jaman gua skolah2 dulu...u guys rockx....ni sebab2 knape konsert n xbest
- xde live band...minus one daa
- acara bermula lmbt...biasalah janji melayu
- crowd x ramai...org bintulu mb suke dangdut,bkn rock kangkang dan rock kapak...lenkali kena ajak amalina dan iwan hj dasri dtg....xpon inul yg kocok2
- hujan yg sangat lebat
- audio system yg kurang baik
- flayers yg x bg info dgn ckup....beza tu dewan dgn indoor stadium
feeling siot...jiwa rocker kangkang nih
- Nota kaki : sebenarnya bnyk g gmbr yg gua ketip...tp x larat nk upload,ader 100 lbey beb,jd la lu org tgk skit2 maner yg ader ni...better than nothing kan...overall we enjoy this event...sekian dr sy xmegoox..roger and out
Anak2 mama diana

Ni lak namanya boss,kalo nak tawu mamat ni skg tgh hot scandle dgn khai roe shi...huhu,bgus2 kowg mmg sepadan,,,mcm pulau sipadan
Ni la khai roe shi....tgk tu,dia wat muke ala2 kucin depan lense...eleh control ayu ler tu,mntg2 la oppa dia ader...gua ader hyunn,tag team terhebat menhanjing orang..xder sape ley lawan tau regu campuran ktorg...
Ni la hyunn,atau dikenali sebagai pasangan regu menghanjing paling hebat gua,kami juga sedang menceburi bidang mencari jodoh dan mangsa pertama kami adalah khai roe shi dan boss...hyunn ni ter obses dgn akira dr filem nubota wo produce...akira down!- Nota kaki : Mr wong adalah uncle ktorg yg selalu take care ttgktorgdisamping mama diana...xlama lg mama nk g smbung blaja...kasihan ktorg,tiada tempat mengadu....siapa2 sudi nak bela ktorg boley kontak gua di 012-8706015(awek are highly recommended)
Sunday, December 21, 2008
Ragam kerenah kehidupan insan
- Dengan melihat keletah org...gua dapat melihat diri gua sendri...buruknya sebenarnya perangai kita jika kita tidak berlakun untk tidak menjadi diri sendiri...kita tidak perasan itu semua...tapi ada mata yg akan memandang kita....

