Monday, May 24, 2010

Pop kultur susu bagaikan Yakult

Assalamualaikum w.b.t.

kemahiran mengketip gambar aku yang compang camping nih dah lama x diasah....agaknya dah tumpul..cis,jadik aku buat keputusan untuk grab gambar dari cik Khadijah. bukan apa....saja-saja cuba refresh skil2 edit gambor sambil2 layan lagu resistance dari MUSE....wow,satu kombinasi yang best...rasa mcm aku ni seorang artisan....ini baru betol-betol art!!!!

Saturday, May 22, 2010

Secangkir teh pengubat letih

Assalamualaikum w.b.t

hari-hari yang dilalui sangat-sangat memeningkan,bertalu-talu persoalan menghentam pemikiran aku seperti hentaman alteri 105 mm howitzer ke kubu musuh,cettttt...baru hari ini aku dapat merehatkan badan....aktiviti tidur selama yang mungkin membolehkan sel-sel tubuh badana aku ber regenirasi semula seperti hikmat kuasa penyatupaduan sel-sel pendekar laut....owh sudahlah merepek...aku sebenarnya sedang menikmati secawan teh sambil mendengar lagu "soaked"nyanyian muse......owh aku tertarik dengan liriknya....owh memang benar kita akan letih dengan kerenah cinta ini......tetapi ada masanya kita akan rindukan ia....unik kan perasaan?

When you’ve had enough

Searching for love

and u miss the touch

Of someone new


akhirnya kamu akan hanya membiarkan ia sahaja perasaan itu......kamu akan menyembunyikan perasaan itu...ya itulah yang akan berlaku.....dan semuanya akan kembali ok...hahaha...mudah sahaja just let it be......its a faith beb....akan ada masanya kamu akan beroleh cinta ini...jika tidak di penghidupan ini mungkin di penghidupan selepas mati......

Take shelter and hide forever

your soul will be ok


p/s:dah lama aku x pg ketip2 gambar

Tuesday, May 18, 2010

Semak otak

Assalamualaikum w.b.t.

Aku rindu masa kanak-kanak aku.....sekian

Gambar aku dengan Tan sri kat pangkor...masa ni aku cerah lagik

Monday, May 17, 2010

Kepada Bakal isteri Aku


Assalamualaikum w.b.t. entry ini ditujukan kepada bakal isteri aku walaupon aku xpernah tahu dimana dia berada dan siapkah dia.Kepada si dia ,aku ini lelaki biasa sahaja,aku tidak punyai harta untuk dijadikan perhiasan kamu,ya sekarang aku berkerja,Alhamdulillah tuhan masih mnyediakan rezeki untuk aku,tetapi akan datang aku xtahu,adakah aku masih bekerja.....tetapi aku akan berusaha untuk mengelakkan bakal isteri aku,yakni bakal ibu kepada anak-anak aku tidak kelaparan,aku akan gunakan kudrat ini untuk mengelakkan kamu berlaparan.Aku hanya manusia biasa......Sekarang ini aku menyewa bilik,tetapi aku xpasti adakah aku akan mampu menyediakan rumah seperti yang kamu idamkan atau adakah aku akan tetap terus menyewa,tetapi aku akan berusaha untuk tidak membiarkan kamu melarat berdindingkan udara,berlantaikan tanah,dan berbumbungkan langit...aku hanya insan biasa...serba fakir...tetapi aku akan berusaha....aku manusia biasa sahaja.....Kepada bakal isteri aku,bakal ibu kepada anak-anak aku,sekarang ya mungkin aku mampu menggerakkan tulang empat kerat aku,tetapi akan datang aku xtahu...mungkin tuhan akan menguji aku dan menarik segala kudrat aku....aku xtahu....sebab aku insan biasa...manusia biasa....aku hendak kamu tahu apa yang aku ada sekarang ini belum tentu akan aku dan kamu mampu nikmatinya pada masa akan datang,kemungkinan aku akan kehilangan kesemuanya sebab semua ini adalah pinjaman kepada aku....yang bersifat sementara..aku manusia biasa.....aku xberani nak mnyatakan yang kamu akan bahagia bersama aku....maupon sengsara bersama aku....sebab aku tahu....aku hanya manusia biasa....tetapi aku akan berusaha...untuk menggembirakan kamu semampu aku...semampu manusia biasa.....entry ini untuk kamu....sebgai pengakuan aku untuk kamu...yang aku ini hanya manusia biasa....bukan siapa-siapa......

ikhlas
(Megat Azlan Azmi)
manusia biasa

Sunday, May 16, 2010

Permata yang belum digilap

Assalamualaikum w.b.t

Dulu masa sekolah tadika,aku bukan terkehadapan pon,biasa sahaja....pergi sekolah naik beca,penah masa ambil wudhu aku termasuk dalam kolah,basah baju sekolah,aku bukan budak harapan chegu pon,biasa-biasa saja.Owh aku bertadika di tadika ABIM.Tapi aku bukan pandai agama pon,kalo bagi aku bab bermain kombat-kombat aku pandailah.Masa sekolah rendah aku xpandai pon,nombor 30 dari 40,pergi sekolah naik bus,pernah kena tinggal dengan bus,pagi-pagi nyanyi lagu inggeris.....berseluar pendek,sekolah aku xder murid perempuan,dan kebanyakkan kawan aku pelbagai bangsa...cina india melayu.....sejak dulu aku dah mengamalkan konsep satu malaysia.....

Masa darjah 4 aku pindah sekolah,sekolah majoriti melayu...aku masih xpandai juga,UPSR aku hancus....balik rumah menangis....aku bukan pelajar harapan....ya macam lalat,tiada orang endah....Masuk sekolah menengah pon aku seperti murid-murid lain,xpandai mana pon....nak pula sejak aku belajar sebelum kosong masih ada nombor,masa PMR keputusan aku xbagus mana pon,biasa sahaja...bolehlah nak pg asrama......

Sampai asrama aku masih begitu...xpandai mana pon...nak pula setelah aku belajar yang nombor boleh digabungkan dengan huruf....x lah y lah....dan lain-lain....SPM aku cukup-cukup makan.....boleh lah nak pegi matrikulasi,chegu-chegu xbrapa nak kenai aku pon,sebab ramai budak-budak bijak di sekolah aku...Masa matrikulasi aku tetap sebegitu......xkemana pon,cukup-cukup makan je...lepas lah nak apply univarsiti....dulu cita-cita nak jadik doktor....nampaknya sekarang aku jadi pesakit sahaja.....

Masuk univarsiti,hmmm makin rosak,xpenah nak ikut peraturan...berselipar,tshirt hantu...suar koyak-koyak.....aku masih dengan aku yang dahulu...tiada siapa nak kenal sangat pon....aku tetap aku,hmmmm,sampai si univarsiti baru aku tahu ertinya belajar....seronok juga belajar ni....kat univarsiti aku bukan pandai pon,biasa sahaja...cukuplah nak lepas satu skrol yang hanya bertulis IJAZAH...owh ia tiada apa-apa....hanya kertas sahaja...maka jadilah aku seperti yang sekarang ini.....masih disini...hasil acuan pendidikan imperialis....

ilmu aku dikhususkan....oh tidak,aku xmahu sebegini......
degree of anything master of nothing....apekah ini?aku mahu seperti dahulu.....belajar segala nya....bukan terkhusus kepada satu saluran sahaja.....ilmu itu luas,pernah kamu terfikir.....mengapkah tokoh ilmuan terdahulu mahir pelbagai bidang sedangkan kita sekarang ini hanya termaktub kepada satu bidang?ini maknya kita dikekang hak kita menuntut ilmu....owh aku dahagkan ilmu...dan sekarang aku sedang mendalami pelbagai ilmu....dari perihal ilmu,musik,kaji hayat,seni,kimia,...maupon syariat hakikat dan fikh....belajar selagi hidup....sebab pada aku ilmu ni yang akan membantu sedikit sebanyak kita menjadi manusia acuan tuhan dan bukannya manusia acuan syetan....

aku percaya itu....sebab itulah org yang berilmu tinggi martabatnya di sisi yang esa......owh,ada aku terbaca...perihal org yang menuntut ilmu ini.....terutamanya lelaki....lelaki yang menuntut ilmu ni dia tiada masanya untuk mengganggu(mengurat)perempuan...tiada masanya untuk memaikan wanita...tiada masanya untuk membuat perkara-perkara yang boleh merosakkan wanita...kerana mereka sibuk dengan tuntutan ilmunya......hmmmm ada benarnya.....aku lihat,ramai kawan-kawan aku yang masih belajar tidak merempeit kehulu kehilir...x angkut anak dara orang ke sana kemari.....mereka sibuk dengan tugasan mencari ilmu mereka......sedikit-sedikit nakal tu biasalah......tapi ada hadnya.......tetapi kebnyakkan lelaki yang aku jumpa buruk perangai nya adalah generasi yang tidak mencari ilmu....aku bukan hendak merendahkan martabat mereka...tetapi apa yang diperkatakan ad benarnya....x semestinya kamu kena ke univarsiti untuk mencari ilmu......

ilmu banyak cabangnya.....formal,xformal,separa formal,dan lain-lain.....jadikan lah menuntut ilmu tu satu budaya...seperti zaman para anbiya dahulu.....kita dah lama meninggalkan acuan para sahabat dahulu....budaya ilmu itu kita x peraktikkan....kita kena berubah.....jadikan ilmu itu sebagai makanan jiwa kita.....kerana pada aku
ilmu itu dari tuhan kepada makhluk untuk makhluk mengenal tuhan....jangan lah kita tetap hanyut dengan arus dunia yang tiada pasang surutnya ini...cubalah untuk berenang..mana tahu...akan ada daratan yang boleh kita singgahi....

pena minda
(Megat Azlan Azmi)

Saturday, May 15, 2010

Mata manusia bukan mata robot


Assalamualaikum w.b.t

Pernah kamu membuka mata fizikal kamu beserta mata nurani kamu untuk melihat sesuatu?jika ya pasti kamu akan berasa takjub dengan sesuatu..jika tidak ini bermakna kamu hanya memerhati dengan perasaan yang kosong,seperti robot-robot.Oh...kita manusia bukannya robot,cuba lihat sesuatu itu dgn mata nurani kamu beserta mata fizikal kamu,kamu akan melihat keindahan.Jika kamu berada di hadapan cermin melihat diri kamu,kamu akan lihat betapa sempurna nya diri kamu diciptakan,jika kamu lihat sekeliling kamu,kamu akan lihat betapa banyaknya nikmat yang telah diberikan,dan jika kamu lihat masa silam kamu,kamu akan nampak betapa banyaknya pekerjaan yang sia-sia yang telah kamu kerjakan,,,,pernah kamu lihat muka kamu dicermin dengan ekspresi muka yang berbeza?jika tidak,kamu perlu cuba ia......ia menarik,kamu akan lihat dengan satu muka,kamu dapat mewujudkan pelbagai riak wajah yakni topeng-topeng kehidupan kamu.we r just a human....not a robot...apa-apa pun yang terjadi kamu kena ingat,kita hanya manusia....siapalah kita tanpa DIA.....jadi,janganlah bongkak sebab kita sama sahaja.....kaya,miskin,sederhana.....ia pinjaman sahaja....owh harini ada pembanci tanya aku......mengenai idaman,kereta idaman,rumah idaman...aku tiada jawapan unntuk itu...ya benar...aku tidak ada rumah dan kereta idaman.....aku selesa begini....cukup-cukup makan......sebab dengan keadaan ini aku akan sedar siapa diri aku.....kehinaan aku....serta kefakiran aku...dimata DIA


aku yang Fakir
(Megat Azlan Azmi)

Tuesday, May 11, 2010

Its been a year......

Assalamualaikum w.b.t

if i fall would u be the arm which carry me,

if i cry would u be the shoulder that console me,

if do not suscribe to your beloved paradise,

what if i choose to die,

where will u draw the line?


Lirik ni diambil dari LEAD ii NITRATE punya lagu.Chegu faqhrule yang kenalkan pada aku....terima kaseyh chegu.Owh lirik ni cukup menggambar tentang persahabatan.Dalam sedar atau tidak hampir setahun kita berpisah,tiada lagi hilai tawa,tiada lagi keji-kejian,tiada lagi group study,mahupon makan beramai-ramai di sb mama.Aku terkenangkan saat itu ketika ini.Saat bersama rakan-rakan lelaki dimana kami menghabiskan masa bersama-sama di blok sewaktu pengajian...rindukan saat bersama-sama rakan-rakan FYP aku di bawah seliaan Cik D,rindukan rakan-rakan kelas renang sewaktu aku tenggelam pada percubaan pertama dulu,rindu juga dengan team bola Jaring yang berjaya memenangi perlawanan....semua itu nostalgia...yang aku tak akan hadapi buat kali keduanya.Mungkin atau tidak kamu semua mengingati aku lagi dikala masing-masing sibuk dengan urusan diri masing-masing sekarang ini...jika kamu semua menjadi seseorang nanti jangan kamu tinggalkan aku...jika aku lemas,sambutlah tangan aku supaya aku dapat kembali bersama kalian di permukaan..meneruskan kehidupan bersama-sama kalian...jangan dibiarkan aku,terkapai-kapai kelemasan,keseorangan dalam lautan kehidupan...aku hanya seorang teman,yang rindukan kenangan...........



yang "mengingati"
(megat azlan azmi)

Hey....aku xakan jumpa kamu lagi!!!

Assalamualaikum w.b.t

Setiap orang mungkin ada kegemarannya untuk memelihara haiwan,xterlepas juga aku...semasa menghadapi projek akhir tahun aku ada membela 2 ekor tikus.Aku bagi namanya sekor Dani,sekor algi alexi...malangnya dua-dua ekor jantan....aku lebih sayangkan alexi sebenarnya...tapi dia sungguh tidak suka untuk bergambar...dani lebih lembut,dia banyak mengalah dengan alexi...owh aku rindukan saat itu sewaktu aku kesana kemari sambil membawa sangkar tikus aku....aku rindukan mereka walaupon mungkin mereka sudah tiada lagi.....alexi meninggalkan aku seminggu sebelum aku balik kg....dia curi2 keluar dari bilik seperti cerita prison break....yang hanya ada pd ketika itu adalah dani....aku xmahu cerita lagi,aku sedih........sekian

Monday, May 10, 2010

Merajuk

Assalamualaikum w.b.t.

pagi-pagi lagi tepon cokia aku dah bergetar-getar menandakan ada sms sampai.Owh ni mesti sms penting barangkali detik hati aku.Ingatkan sms...rupenyer mms,Cis...dengan tenang aku bukak....lorg,apa la minah ni...pagi-pagi lagi dah hantar mms kat aku...haish,utk pemula hari yang indah katanya..."satu senyuman untuk awk"aku reply kelat-kelat bahasa je...."k..tq"


p/s:sebenarnya aku masih merajuk lagi sebab lepas lisa suriani kurang acting daring-daring dengan adam dalam ADAM maya...sekali dia acting daring-daring dengan Dani pulok...cis

kelas edit gambor



Assalamualaiku w.b.t.

Baru kejap tadi aku mendapat seorg anak murid baru...anak murid instant...bukan mcm mee instant....namanya cik shida....owh lupa,dia yang kenalkan aku dgn lightroom,dan td aku ajaq dia ckit apa yang aku tawu...tukar2 ilmu kata org...mcm tukar2 juadah berbuka puasa...owh sambil2 tu aku edit satu gambr org kawen....dapat la satu pic yang dah diedit...just a simple one....tu jelah,xde pe lagik aku nak ngarut...dah mlm ni...g tdo.....owh,harini lisa suriani ada shooting...td dia sms aku,katanya aku nak pesan pape x...aku balas rilek2 je...aku nak pesan kirim salam maut kat adam dalm citer adam maya tu sebab berlakon daring2 dengan awek aku....lu jangan lebey2 kang aku sumbat mulut lu dgn sonia aku kang...sekian


p/s:cik shida jgn lupe wat homework,nanti sy nak tgk ok!!!

Sunday, May 9, 2010

Baru balik dari London

Assalamualaikum w.b.t.
owh....selesai wisel penamat,aku balik...itu pon sebab lisa suriani sms aku,suruh balik awal sebab dia kata sekarang ni musim polis suke tembak-tembak orang,aku akur....seperti biasa acara membakar2 line di muka buku bermula.....boleh dikatakan fan em u tahun ni menerima seadanya kemenangan the blues sebagai juara liga....owh tapi adalah seorang mamat ni.....dok bertekak dlm muke buku dgn aku ttg history2 glory2 dia.....aku sebagai seorg carefree balas lah seadanya...cuma aku tersilap faham term antara owner dan ceo...ooowh maaf,aku insan biasa....aku terima seadanya teguran dia....walaupon dia dok menganjing2 aku cara yang boleh menyebabkan seseorang itu hot temper.....haha,xper...aku carefree...rileks aje...lagipon lisa suriani cakap,jagan di layan org yang dah matanya nampak warna merah jer...mcm lembu.....asik tgk merah jer.....xtahu nak pikir aper dah.....kejar ajer....xper,aku xambik hati.....aku carefree...ape2 pun tahniah pada lu (mamat yang gua perang saraf) dan fan-fan em u sume...sebab bg tentangan sengit tahun ini.....jangan la cerita pasal sejarah...leeds united pon ader sejarah yang gah....kami carefree pon ada sejarah kami sndri...respect others.....xper aku carefree dan aku xnak tahu sejarah2 kamu sume....ia dah berlalu ok..yang penting depan ni....okeh,tahun depan kita bakar-bakar line lagik....tahun ni giliran kami pula meraikan,tahun depan belum tentu lagi......next coming thomas cup,fa cup,dan world cup....majulah sukan untuk negara

p/s:lisa suriani masa aku balik td dia dah tdo plak,ceh baik aku layan cium2 piala dengan drogba td..lagik best

Cinta Hatiku



Assalamualaikum w.b.t.

bersempena hari ibu ini....aku mcm org2 lain juga...nak buat entry tentang ibu.OWH..aku tidak memberikan apa2 hadiah untuk ibu aku,sebab aku rasakan yang aku belum lagi mampu untuk itu.tetapi aku cuba untuk lakukan sesuatu...walaupun kemungkinan ibu aku xakan tahu apa yang aku lakukan ini adalah dedikasi khas untuknya.Aku sayangkan ibu aku,cuma aku tidak megekspresikannya....pada pandangan orang,mereka kata aku x menghargainya....biarlah,org nak kata apa....hanya aku sendiri yang tahu cinta aku kepada ibu aku...aku ini manusia yang kerap lupa sebenarnya,kadang2 aku terlupa tetang perihal hari lahir ibu aku....tetapi,tahun lepas aku tidak lupa....kerana tahun lepas aku menghadiahkan ibu aku segulung ijazah...hmmm hadiah yang paling bermakna katanya...kebetulan tarikh konvokesyen aku tahun lepas jatuh pada tarikh yang sama dengan hari lahir ibu aku....... oh tadi petang aku ada call ibu aku...berkali2 juga ibu aku mention tentang hari ibu....tapi aku masih x wish padanya...jahat bukan....sebenarnya,aku nak wish....tapi pd aku mengapa aku perlu wish setahun sekali...sedangkan pd aku hari ibu adalah hari2 aku melalui dan meniti penghidupan ini..sebab aku ada kerana dia.....tanpa dia aku bukan aku pd hari ini.....aku tahu,ibu aku tak akan membaca blog ini...tapi biarlah blog ini menjadi bukti yang anak ibu aku yang seorang ini mengingati dia....dalam seharian sedutan nafasnya....semoga ALLAH memanjangkan umur ibu aku,semoga beliau berbahagia,dan berada di bawah limpah kurnia pencipta..... kepada puan Siti Hawa Khalid....along sayang ibu.....apa yang along ada pd hari ini,sebahagiannya adalah dari kudrat ibu....hmmm along xada hadiah yang istimewa2 untuk diberikan pd ibu buat masa ini...tetapi akan ada insyaALLAH.....owh,ini ada sedikit dedikasi dari along untuk ibu....walaupun kemungkinan ibu xakan melihatnya...biarlah pembaca2 blog ini menjadi saksi...dedikasi dari hati ke hati ini....khas untukmu(ibu ku)


from heart to mom (megat azlan azmi)

Thursday, May 6, 2010

Hurt

Assalamualaikum w.b.t.
You are someone else
I am still right here
What have I become?
My sweetest friend

Everyone I know Goes away in the end

kadangkala...bait-bait lirik lagu menceritakan kita tentang sesuatu yang kita rasa dan alami pada masa sekarang..ya ini yang aku rasakan sekarang....kamu sekarang telah menjadi seseorang,tetapi aku?tetap begini....dan kebanyakkan org yang aku kenali telah pergi....dan mungkin aku tidak akan berjumpa dengan mereka lagi....i hurt my self today...and the pain the only things that real...


p/s : genap sebulan pemergian jiran aku azmeer khairuddin (1990-2010) dan hari ini giliran apis jagung pula (1986-2010) semoga roh mereka dicucuri rahmatnya....kematian itu pasti...hidup kita utk esok belum tentu ada lagi

aku...tetap seperti dahulu

Hey ho....hati aku beralih ke mode Autumn


Assalamualaikum w.b.t.

lama dah penang ni kemarau......syukur akhirnya hujan.....begitu jugak hati aku...dah lama kekeringan.....owh debunga2 cinta datang setelah sekian lama ia menyepi....
aku bukan nak berchinta pon....tp hati aku kebelakangan ini sangat2 lah flower power.....kemanakah hilangnya kerak2 besi dalam hati ini...ia pergi meninggalkan kuping2 sayang....kadang sakit...kadang2 mensyahdukan...seperti kamu mengopek kuping2 luka pd anatomi badan kamu...oh aku bukan seperti elyana "hey3 aku xperchaya cinta"...oh...tidak sama sekali...aku percaya cinta,tanpa cinta kita tiada....betul kan...jika dunia ini dihiasi dgn perasaan cinta aku yakin kita akan aman....owh kata the beatles "All u need is LOVE"tepat...kita hanya perlukan cinta sahaja....insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar....selancar kamu bernafas mahupon menghisap rokok dunhill....


p/s: gambar bwh tu aku rase kt chini...x ingat dah,maaf ram kepala otak aku x upgrade ke 4 gigabyte lg....agak2 kat pc fair ada jual x ram 4 gig utk bg otak geliga?

TAG heuer


Assalamualaikum w.b.t

mari main-main tag....tag diterima dr chegu fakhrul...chantek lah brader...tgh2 aku xreti nak buat entry ni lu bg gua tag...nice timing la..okey kita mulakan sekarang

1. Anda rasa anda hot?
aku x hot seperti kim kardashian maupon serena williams...jadik kesimpulannya aku xhot....

2. Upload gambar kesayangan anda!
owh...kejap aku upload yang baik punya


3. Kenapa anda suka gambar ini?
sebab gambar ni menunjukkan yang aku ni luaran je crusty....dalaman mithali....walopon suar koyak-koyak baju tengkorak...aku tetap ke dapur...lu org tegok baik2 sikit...tetapkan dalam minda....jadikan tanda aras.....jika kamu mencari calon suami...haaa carik yang mcm aku....dalam hati ada kebun bunga

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
last monday...bos aku payung.....5 keping aku bantai....air kotak 2....rasa mcm merdeka"kemerdekaan sebenar adalah mengisi perut yang kosong"(pyan habib)

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
haramkah...nyanyian melly goeslow....aku suka....owh ia lagu utk ost ketika chinta bertasbih 2....lu ingt gua crusty x dgr lagu2 gini ke...ayat2 chinta pon aku tgk tawu...

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
on9 sambil layan muka buku.....skype dgn cik azimah skali

Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
kalo kawan2 panggil aku megat....ada gak panggil megoo....kalo asrama dulu lanjay...kat umah ibu aku panggil aku along....

8. Tag lagi 8 orang tanpa rasa kekesalan
Khairiyah
amalina
Linda
deddy
Nasir
hafizul
kib

Siapa no.1 kepada anda?
Bekas labmate...antara kawan yang aku selesa berbual dan bercerita....dia sengal jugak sebenarnya

Bagaimana pula no.3?
Haha...ni lagik sengal...labmate sekarang....dia xpernahnya nak acknowledge aku....kawan makan rangka dan guru GIS aku

Pendapat anda pada angka 4?
Ded..ko kena kuruskan badan...ko dah gemok...leher dah xder..perut dah maju..bwk2 la berubat

Kata sesuatu tentang orang ke 2?
kamu sepupu siti khadijah kah?

Hubungan anda dengan no 6?
aku xkacip sangat dgn dia ni...tapi kenal semasa di bintulu dulu...owh dia baik budaknya

Perawakan no.5?
ohohoho....nacet..jom nyanyi lagu wonder girls dan lagu yang ko post kat fb tu...mesti prof suke

oh....penat beb wat tag ni....adoyai.....siap gak akhirnya....kepada sesiapa yang dah di tag,sila tunaikan tanggungjawab anda....sekian...





Wednesday, May 5, 2010

Main pegang-pegang dgn cik Sonia


Asalamualaikum w.b.t
(untuk bacaan 18 tahun keatas sahaja.Jika x cukup umur sila beredar)

td aku bersenda gurau dgn cik sonia.Aku usap2 body dia,tekan2 punat dia...aku xtahu perasaan dia...aku sayang dia.cuma kebelakangan ini aku tiada masa untuk dia.jadi hari ini aku luangkan sedikit masa dengan dia.Selesai aku mandi dan membuat sechawan teh,aku bersenda gurau dengan dia....alamak,dia semakin berumur,matanya sudah kabur,badannya sedikit calar-calar...kadang-kadang walaupun dia penat,dia tetap tidak merungut sewaktu aku menggauli dia....oh sonia,kamu yang pertama,tapi mungkin bukan yang terakhir...maafkan aku,aku terpaksa mencari pengganti kamu kerna umur kamu dan batas2 keupayaan kamu.tetapi aku akan cuba tidak menjaja kamu kepada org lain...aku sayang kamu....cik sonia,kadang2 aku bosan dengan kamu,tetapi hanya kamu yang ada untuk aku....jangan lah kamu berduka bila aku ada yang lain nanti...kamu tetap yang pertama bertakhta di hati aku.....

from heart with love
(megat azlan azmi)

p/s:sonia adalah kamera digital semi aku.....kamu jangan pikir bukan2...aku x seteruk itu

Teh sechawan buat hati yang gelisah

Assalamualaikum w.b.t

Owh...seorang punk rocker telah menjadi manusia normal seperti manusia-manusia robot yang lain,mana tidaknya,tekanan kerja membuatkan beliau seperti ingin separa gila,aksi2 berkeliaran di sekitar dalam lab merangkumi 28 lap cukup membuktikan beliau sedang mengalami sindrom otak akut yang teruk.Selesai satu tugasan datang tugasan yang lain...bertimpa-timpa seperti kamu bermain game tetris di dalam konsol permainan video atari maupon gameboy.Beliau terus sabar meghadapi tekanan-tekanan yang mendatang.....cuma sabarnya mungkin ada batasnya.....menanti masa utk explode...seperti tragedi Krakatoa maupon tragedi oktober (langsi,mana cerita ni xder tragedi lansong pon).Atas nasihat cik Azimah Halim (kenalan di zaman matrikulasi yang totally flower power)beliau mengambil keputusan utk menikmati sechawan teh buatan negara ratu Elizabeth.....sekajap sahaja aroma dan kenikmatan teh tersebut membawa beliau kembali ke zaman kolonial dahulu......seperti berada di sekitar fulham road sambil menikmati hiruk pikuk aktivitas manusia-manusia picisan.....walaupon ianya sementara,sekurang-kurangnya beliau berjaya keluar sebentar dari teka-teki tekanan....aneh,ianya seperti kamu baru selesai stoned....dikala ini beliau rindukan sedutan2 sebatang rokok gudang garam mahupon sampoerna...ia betol2 mendamaikan..
.....


sekadar berkongsi perasaan
(megat azlan azmi)

Tuesday, May 4, 2010

Semakin hari semakin banyak



apa yang semakin hari semakin banyak?pd aku soalan ni agak subjektif....jika kamu tanya pd seorg playboy pasti jawapannya teman wanita.Jika kamu bertanya pad artis,jawapannya pasti show maupon ryalti.Jika kamu tanya pd penjawat awam,tentu jawapannya kerja.tapi pd aku jawapannya x cliche seperti mereka2 diatas.....jawapan aku adalah kekekosongan...pelik,ya memang pelik semakin hari semakin bayak kekosongan.....apa yang kosong,owh ia nya abroad.....hati,perasaan,jiwa,mahupon perut.....owh,ya perut aku selalu kosong kebelakangan ini...aku x punyai wang yang banyak.....aku x kaya harta....aku tidak berharta,jadi kpd wanita2 yg memandang harta....aku bukan org yang kamu cari.hati aku mg tersedianya kosong...cuma entah kemana pula kuncinya.....aku lupa dmana aku letakkan....owh,dunia juga jika kamu perasan semakin kosong...manusia tiada sifat kemanusiaannya....mereka umpama robot2 yang bertugas utk dunia...hamba dunia.....what the hell.....tolonglah,kamu semua sudah sakit......aku bosan dgn kerenah dunia ini.....semuanya memandang kebendaan.....dimana keadilan...aku yang tiada apa2 ni hanya bagaikan lalat mereka anggap......datang aku dihalau...hinggapku dibiarkan....hina kan?pernah kamu rasa begini?tidak?ya?owh lupa peduli apa kan.....do ur own business la kan......demmm ur also totally sick.....bila mau tamat semua sandiwara dunia ni...aku xtahan.....berat dugaannya bila kamu bermula utk hidup betul2 di atas kaki kamu sendiri....tanpa keluarga...sahabat...mahupon kekasih(yang ni optional)....kepada sesiapa2 yang akan berdiri di atas kaki sendiri lepas ni....aku nasihatkan,kamu kena bersedia......dan jika kamu berjaya,ingat....bantulah mereka yang sedang ingin berdiri juga...jangan biarkan mereka berdiri,terjatuh,berdiri kembali...kasihan......bukan semua manusia kuat hatinya.......ingat,kita bukan siapa2.....walaupun status kita mungkin berbeza antara satu dengan yang lain....tapi maruah kita sama sahaja harganya.....

Monday, May 3, 2010

sape kata wanita itu baik!!!

bukan semua org sempurna.Tanpa mengira jantina dan bangsa,kita semua punyai kekurangan masing2.Jadi siapa kata lelaki sahaja jahat...wanita yang baik...aku tidak setuju,kerana wanita juga jahat....buktinya?ya...ada diantara mereka ini adalah pencuri.Pelik?mengapa?....mereka juga seperti lelaki....mereka juga mencuri...tetapi objek yang dicuri itu berlainan dengan lelaki....Jika lelaki mencuri barang2 yang mempunyai nilai yang tinggi,tetapi wanita mencuri sesuatu yang lebih bernilai...cuma mereka bernasib baik kerana tiada akta yang boleh menyabitkan mereka bersalah...ya..mereka(wanita)adalah pencuri....aku adalah mangsanya.....mereka acapkali mencuri benda yang aku ada......mereka berulang-ulang kali mencuri HATI aku....dan tidak memulangkannya kembali kepada aku....jika ada yang memulangkannya pun....ianya sudah hancur berderai...paling tidak pun retak,menanti belah...oh kamu...tolong jangan curi hati aku lagijika kamu mahu juga mencuri,curilah diri aku sekali.....(entry ni bukan nak raih simpati mana2 pihak maupon bersamamu,cuma nukilan hati yang hampir2 mati)


yang menjadi mangsa
(megat azlan azmi)

Projek Pertama

wow....bukan projek apa2,cuma aku sedang ingin menceburkan diri dalam pembikinan filem pendek.Aku masih belum mempunyai idea....aku bermula dengan tiru2 dan aku perchaya kebanyakkan orang lain juga sebegitu.sebab kita hanya manusia biasa....bukannya siapa2....hmm keseluruhan projek ini agak memakan masa.....utk filem pendek selama 2 minit ini aku menghabiskan masa 4-5 hari untuk menyudahkannya....ini termasuk kos mendownload power editor dan mempelajarinya...owh yeah bagus sekali.....bila kamu sudah pandai tentangnya...ianya seperti window muvie maker...aku xtipu.....cume ia bnyk sedikit aplikasinya...owh,filem ni bertemakan cinta...sebab apa...sebab kita semua memerlukan cinta utk terus hidup di muka bumi ini....tanpa cinta....kita akan binasa.....cinta pd pencipta mahupun cinta sesama insan dan makhluk...sekian,,,,,nikmatilah injeksi filem haru biru ini....hasil tangan aku yang bernama insan fakir....



Sunday, May 2, 2010

Xde mender


Chelsea mng td.....man u pon menang....baguslah,kalo x naik bernanah telinga aku dgr epik merepek fanatik2 man u.....naik juak aku dgr...xhabis2 citer pasal doranglah paling hebat.....padahal tragedi flight 932 pon xtawu....ceh...kate fan man u.....owh lupe...kamu semua kan minat man u sebab man u dah memangnya hebat sejak kamu kenalinya.......huhuhu...poseur...nah tgk gmbr ni,ratu england pkai jersi RANGERS....allied chelsea kot....hahahaha we r chelsea loyalist...never surrender..

Saturday, May 1, 2010

Secangkir kopi untuk hati




Baru sebentar tadi aku membuat panggilan kpd kawan aku.lama x bersembang,rindu rasanya...empat tahun bersama...sekarang masing2 dengan haluan kehidupan masing2.Itu bukan topik utama....aku nak berceritakn soal perancagan kehidupan aku.Soal jodoh....ya jodoh....bukan bodoh..maupon hodoh J.O.D.O.H. ya jodoh....terus terang aku katakan start malam ini aku mula berfikir serius soalnya.Bukan apa,kadang2 aku tertanya,bila aku hendak mendirikan rumah tangga,dengan siapa,malah datuk dan datin seri pon dah mula bertanya pada aku.cuma aku mengelak sahaja.terus terang,aku tiada calon....sebab aku xreti berinteraksi dgn hawa....selalunya mereka tidak lama.Jika hati diibaratkan seperti laut,mereka hanya membasahkan tangan dan kaki mereka sahaja kedalamnya....belum ada lagi yang sanggup untuk terjun ke dasarnya.Aku manusia biasa...kadang2 terasa ingin bersama seseorg...pelengkap rusuk aku ini....cuma mungkin belum lagi tiba masanya.Dan mulai malam ini aku mula berdoa,agar pencipta menemukan aku dengan orgnya.....cuma masa yang akan menentukan,dan jika ia hadir,aku harap dia dapat bersabar....kerana aku merancang utk berumah tangga setelah selesai urusan pelajaran,Melainkan ianya takdir dari pencipta.....sebab aku hanya merancang....di sebalik itu ada yang sebaik2 perancang.Owh.....jika boleh biarlah bibit perkenalan itu dalam kebaikan...husnul khatimah,jagan lah pertemuan itu di tempat yang tidak molek bunyinya....kepada Azlan azizi,terima kasih atas nasihat2 anda...aku akn cuba amalkan....tapi jika boleh,jauh di sudut hati aku....aku masih belum lagi bersedia untuk berumah tangga sebab aku banyak celanya,biarlah aku perbaiki dulu diri aku....biar aku jmpa jalan aku dahulu.....sebab aku bertanggungjawab untuk itu semua satu masa nanti...kepada kawan2 yang ingin berumah tangga,tahniah...kepada yang sedang merancang,semoga dipermudah,kepada yang masih belum ada apa2(highlight diri sndri ni) perbanyakkan doa.....semoga kita semua tetap dijalannya,nikmatnya.....nanti kalo sape2 nak kawen halo2 la,xder kad pon xper....fesbook ader....no excuse okeyh,selamat beramal.....


p/s:aku sebenarnya dah bercinta......tp bkn dgn makhluk,ia dengan maut,belum lagi bertunang dengannya....tapi perkahwinan kami akan tetap berlaku satu masa nanti