Sunday, March 21, 2010

Untuk apa aku hidup

Hidupku selama ini tidak mempunyai tujuan....padaku aku hanya ingin berjaya dalam hidup...berumah tangga....berharta....berketurunan......selama ini,hanya inilah yang aku mahukan dalam hidupku....bertahun lamanya aku leka......ya aku telah leka dahulu.....sebelum2 ini aku leka......leka tentang tujuan apa aku hidup di dunia ini sehinggakan aku melupakan janji-janji yang telah aku lafazkan kepada sang pencipta semasa di alam ruh terdahulu.....aku sibuk mencari harta....mengejar kedudukan dalam masyarakat......sehingga aku melupakan tugas sebenar aku di dunia ini....kedua ibu bapaku telah menghantar aku untuk belajar agama dahulu.....sewaktu di sekolah rendah...pada masa itu aku tidak mengerti lagi mengenai perihal agama dan spiritual....aku diajar mengaji.....tetapi aku kerap ponteng......aku dihantar belajar fikah....tauhid....serta sirah...tetapi aku bnyk bermain dengan rakan2.....aku tidak mengerti lagi kepentingan ilmu syariat ini.....aku banyak mengikut......ya dahulu aku bersolat...tetapi aku tidak tahu mengapa aku perlu bersolat....ianya hanya ikutan.....aku bertanya pada ibuku "kenapa kena bersolat" "ibuku hanya katakan jika tidak bersolat kita akan berdosa"jadi aku hanya bersolat sekadar selesa aku.....kadangkala solat aku xsampai 3 minit pun.....sujudku seperti ayam mematuk ke tanah......

sehingga aku dewasa.....ketika umurku 20 tahun aku tetap sebegitu.....amal ku hanya ikutan....jika tidak pun ianya sekadar tak melanggar adat.....aku banyak menghabiskan masa utk dunia.....belajar padaku untuk masa depan yang cerah....jadi aku tekun untuk belajarilmu horizontal berbanding ventrikal........semuanya kerana.....suruhan ibu bapa tanpa aku tahu asas nya...tetapi apa yang aku dapat ketidak tenangan jiwa....ya benar aku katakan.....jiwa aku tidak tenang...sentiasa murung....sentiasa berasa sendirian.....pokok pangkalnya...hati aku umpama mati.......

sehinggalah....satu ketika....aku dan rakan2 kg ku keluar minum2.....cerita di kedai kopi seperti biasalah....bermula dgn bertanyakan khabar....kemuadian isu2 semasa....hal2 perancangan masa hadapan...politik....dan "isu hakekat"tuhan.......isu hakekat yang menariknya pada hari itu.....seorg rakan aku bertanya.....mengenai isu ajaran sesat....dan aku mengulas serba sedikit.....aku katakan kita xsepatutnya mengikut.....kerana ianya jelas sesat.....dan org seperi ayah pin adalah orang yang merosakkan umat.....dan aku nyatakan aku pelik...mengapa ada yang mengikut.....dan sebilangan nya golongan yang terpelajar....rakan ku tadi hanya tersenyum.....jawapannya biasa sahaja...dan aku boleh menerimanya kerana aku tidak mengerti perihal hakekat itu tadi.......aku xpernah rasa bgaimana hendak mengenal pencipta........sehingga ayat2 terakhir rakan ku yang memberi kesan kepad hatiku untuk terus menyelami diri aku sendiri sehingga saat ini.....katanya"ayah pin itu sesatnya kerana ingin mencari siapa sang pencipta,sesatnya kerana mencari ALLAH.......sedangkan kita?.....adakah kita telah berusaha untuk mencari?......."pertanyaan itu membuatkan aku bertanya pada diri aku sendiri perihal ini....

hari ini.....aku cuba untuk mencari.......aku membaca tulisan2 orang yang pernah belajar ilmu ini....aku bertukar2 pandangan dengan rakan2 ku perihal kita HIKAM.......dan aku rasa aku akan memerlukan seorang guru untuk membimbing aku untuk ilmu ini.....dan aku berharap aku akan menemuinya.....jika diizinkan ALLAH....aku juga cuba mengkaji pandangan2 org2 yang mengakji perihal HIZBUT TAHRIR.....perihal iblis......dan semalam aku telah membaca satu artikel mengenai IBLIS dan alamnya.......dan aku sedar....bahawa apa yang aku lakukan dahulu adalah salah satu dari tipu dayanya......aku baru sedar yang bahawa Iblis ini siapa.......azazil itu siapa....syaitan itu siapa....ifrait itu siapa...qarin itu siapa....kesaktian mereka.......baru aku tahu....dari mana mereka masuk ke tubuhku......bagaimana mereka menggangu dan menggoda manusia......

terima kasih pada pencipta...hari ini aku sedikit tenang......dan aku banyak menyerahkan segala urusanku bulat kepadanya....sehinggakan soal2 percintaan pun aku hanya letakkan padanya...kerana aku tahu...aku adalah untuknya “Dan Aku telah memilihmu untuk diriKu” (Thaha 20:41) ......aku mula sedar tangggungjawabku.....mengapa aku dijadikan....utk apa......walaupun sedikit sahaja yang aku tahu...aku akan cuba untuk mengetahuinya lebih.....selama ini aku silap....aku merasakan aku seorg diri....tetapi sebenarnya...Allah ada besamaku...“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”(Qaf 50:16).....benarlah kata2 dalam kitab HIKAM.....sesungguhnya tidak ada hijab antara ALLAH dan makhluknya...tetapi kita yang menghijabkan diri kita dengan dosa2 yang kita lakukan......

aku ingin mendalami ilmu ini.....supaya aku kenal pencipta....supaya ruh ku kenal pencipta kerana sampai masanya....ruh ku akan kembali kepadanya.....jika dahulu kita disuruh utk beramal utk syurga.....tetapi pada hari ini aku hendak beramal kerana ALLAH....untuknya....untuk bertemu dengannya.....aku ingin menjalankan syariat dan mendalami hakekat untuk menuju jalan maarifat......aku harap aku diberi petunjuk oleh ALLAH....

jika ketika ini aku dikurniakan seorang insan yang berlainan jantina utk melengkapi hidupku...aku takut.....aku takut terlalu menyintai nya....sehingga sekali lagi aku melupakan tanggungjawabku dan mengingkari sumpahku....dan biarlah aku dikurniakan seorang insan yang sama2 turut mencari penciptanya agar aku tidak akan lupa tujuan aku dijadikan....agar aku betemu tuhanku tanpa wujudnya persoalan "dimana tuhanku"itulah mungkin sebabnya aku jarang mengambil berat perihal seorang wanita......maafkan aku...jika kamu salah seorang dari insan itu......